Pada masa dahulu ada petugas Jabatan Hutan Panag yang menjadi penunggu di Gunung Senyum ini. Bila sampai ke gunung senyum kena lapor kepada penunggu ini. Penunggu ini akan suruh kita tulis nama dalam buku. Ada sekali tu kami kena marah oleh penunggu gunung Senyum ini. Kami
Kami telah dimarah dengan 'kasarnya' kerana langsung tidak datang berjumpa dengan penunggu yang dah nak pencen tersebut. Mungkin dia marah kerana ditukarkan dari tempat lain ke Gunung Senyum untuk menjadi penunggu. Apa yang kami boleh buat adal diam sahaja bila ditengking dihadapan orang ramai termasuk depan budak-budak sekolah ikut kami. Lama juga kami terkedu dan hilang minat nak kegunung senyum.
Beberapa lama kemudia, kami memberanikan diri mengayuh semula ke Gunung Senyum. Kali ini Petugas Jabatan Hutan Temerloh yang menjadi Penunggu Gunung Senyum menyambut kami dengan baik. Seronok pula dapat bercerita dengan penunggu baru ini. Kewibawaan penunggu baru ini telah menanbahkan minat orang rami untuk berkunjung ke gunung senyum. kemana perginya penunggu lama yang garang dan bengis ... kami tak nak tahu. Malah kami tak cadang nak kenal pun. Kami tak nak terlintas rasa terkilan dan kecil hati. Mungkin dia tak sedar/waras pada masa tu.
Gambar lama Kayuhan Gunung Senyum.
No comments:
Post a Comment