Bad atau Penaluka Khursani telah kembali mengayuh setelah terluka jari pada 7hb September 2013 sebelum bermula Kayuhan Bandar Bera bersama Ahli Parlimen Bera Dato Ismail Sabri. Bersempena dengan Kayuhan Bukit Setongkol Penaluka Khursani telah menggunakan ineg baru. Sebelum ini Penaluka Khursani menggunakan warna biru tetapi kali ini bertukar kepada warna merah.
01. Ini adalah persediaan Penaluka Khursani untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014.
02. Cogan kata yang ditonjolkan oleh Penaluka Khursani adalah BIKE GET TOGATHER.
03. Penaluka Khursani merasa sedikit kesal apabila pengayuh-pengayuh basikal berterusan bercakaran sesama sendiri. Malah lebih teruk lagi menghina pengayuh lain yang tidak sehebat mereka. Mere sebegini sering datang dan pergi dalam aktiviti berbasikal. Kemunculan seketika mereka biasanya boleh membunuh minat mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal.
04. Mereka ini suka membangkang apa yang orang buat, menghina apa yang orang lain capai mengumpat apa yang orang lain dapat. Tiada apa yang orang macam kami boleh buat selain berharap minat berbasikal mereka cepat pudar supaya mereka boleh membangkang orang-orang dalam sukan yang lain pula.
05. Cannondale F3000SL tahun 2004. Masih boleh berkilat memancar-mancar apa kena polish dengan wax. Kata Penaluka Khursani cukuplah dengan apa yang ada pada masa ini. Kalau pun ada hajat,... hajat nak beli basikal Racing untuk disimpan sebagai koleksi pelengkap dengan MTB Cannondale F3000SL.
No comments:
Post a Comment