Tuesday, December 31, 2013

Anda suka basikal apa? 2013

Berikut adalah keputusan undian Anda suka basikal apa? bagi tahun 2013. Seramai 109 orang telah mengundi basikal yang mereka minat. Keputusan ini bukan bertujuan untuk memecahkan pengayuh-pengayuh basikal. Tetapi menunjukkan kita terdiri dari kumpulan peminat basikal yang berbagai tetapi masih berkongsi minat yang sama iaitu mengayuh basikal.

Berikut adalah keputusan undian basikal popular 2013.

Basikal Racing  7 (24%)

Basikal Mountainbike   54 (49%)

Basikal Fixie   9 (8%)

Basikal Racing & MTB   18 (16%)

Basikal Racing & Fixie   1 (0%)

Basikal MTB & Fixie   0 (0%)

Basikal Lain-lain 0 (0%)

Berdasarkan keputusan 30.12.2013 ini kelihatan nya basikal MTB adalah basikal yang popular pada tahun 2013. Keputusan ini tidak mengambil kira MTB 26, MTB 27 atau MTB 29. Ini mungkin kerana MTB boleh digunakan untuk kayauh di pelbagai rupa bumi dan tempat kecuali dalam air.

Basikal yang kedua popular adalah basikal Racing. Kebiasaan pada masa ini pengayuh basikal racing bermula sebagai pengayuh basikal MTB. Mereka akan bertukar kepada basikal racing dari basikal MTB kerana nak kayuh lebih laju lagi dan mereka tidak lagi suka kayuh dijalan yang tidak cantik.

Pengayuh MTB perlu membiasakan diri dengan pelbagai rupa bumi yang tidak stabil.

Pengayuh Racing pula perlu membiasakan diri dengan pelbagai kenderaan yang berkongsi di jalan raya, ada yang memandu dalam keadaan yang tidak stabil.

Manakala pengayuh basikal Fixie pula perlu membiasakan diri dengan pelbagai aksi luar biasa. Kadang-kadang mereka boleh jadi tidak stabil jika kurang kemahiran untuk mengawal basikal semasa membuat pelbagai aksi yang dasyat.

Apa-apa pun orang-orang basikal perlu saling sokong menyokong dan bantu membantu. Jangan biarkan pengayuh tempelan yang mahukan kita kata mengata dan hina menghina sesama kita.

Kita mahukan keamanan untuk diri kita dan keluarga kita. Jika ada yang mahukan kekecohan biarkal kekecohan tersebut berlaku kepada mereka dan keluarga mereka bukan kita.

Mengayuh untuk berkawan.

Monday, December 30, 2013

Bicycle Popular This Week 30.12.2013 Malaysia

Specialized S-Works Tarmac SL4 2014

RM 31,000.00

FRAMES- S-Works Tarmac SL4 2014 fact carbon 11r
HANDLEBARS- S-Works Tarmac shortdrop
FRONT BRAKE-New SRAM RED
REAR BRAKE-New SRAM RED
BRAKE LEVERS-New SRAM RED
FRONT DERAILLEUR-New SRAM RED
REAR DERAILLEUR-New SRAM RED
SHIFT LEVERS-New SRAM RED
CASSETTE New SRAM RED, 11speed
CRANKSET- SRAM RED carbon CHAINRINGS-53/39
BOTTOM BRACKET Ceramic Speed, OSBB integrated ceramic, 30x42x7mm
PEDALS- TIME titan carbon
FRONT WHEEL- Zipp 404 tubular
REAR WHEEL- Zipp 404 tubular
SADDLE- S-works Body Geometry Romin, carbon rails, 143mm
SEATPOSTS-Works SL, FACT carbon
--------------------------------------------
Giant XTC 29er

RM 4,700.00

Giant XTC ALUXX SL
Size:S
Fork-:RockShox Recon w/ 15mm Thru-Axle
Rim:ZTR ARCH
Hub:Element
Rotor:160mm

Handlebar: Aerozine(flat)
Stem: Giant Connect
Seatpost: Original Giant Connect(new)
Saddle: Velo
Pedals: Wellgo(new)

Front Derailleur: SLX,10 speed(new)
Rear Derailleur: SLX,10 speed(new)
Brake Levers: TEKTRO(new)
Cassette: Deore, 10-Speed(new)
Crankset: SLX,10 speed(new)

Location:butterworth
------------------
 Ghost Special Edition 29er with Shimano XT

RM 5,500.00

Ghost Special Edition 29er
Size Small (16)
Shimano XT Groupset 30 speed
Tektro Drako Breakset
Rock Shox XC30 Fork 100mm Travel
New Jagwire blue color
Schwalbe Rapid Rob Tires
Condition: 9/10 (secantik Rozita Che Wan)
COD at Bdr Baru Bangi
--------------------
Cannondale F29 Anton Cooper factory rider stem M -9.7KG

RM 7,900.00

Cannondale F29 Alloy 2013
M size
Fork: NEW UPDATED 2013 LEFTY PBR with mudguard
Crank :XO 38/24T
Chain :KMC
FD : X7
RD: XT
SHIFTER: SLX
CASSETTE: XO
BRAKE: DEORE
WHEELSET: ZTR CREST+ELEMENT REAR HUB + DT SWISS COMP SPOKES
PEDAL: XT or XPEDO
BAR: TRUVATIV NOIR CARBON
GRIP: PROLOGO
STEM: CUSTOM + ORI OPI STEM (2 STEMS will be given)
SADDLE: TIOGA SYPDER
SEATPOST: KCNC PRO LITE
ROTOR: HS1
TIRE: MAXXIS ICON
CAGE: ELITE
WEIGHT: 9.8KG (OPI STEM)
Cond: 9.5/10

------------------------
 Specialized Camber Expert 29er

RM 9,000.00

Be careful of deals that look too good to be true
Description
Specialized Camber Expert 29 M size 17 inch
Shock Fox Float 110mm Pro Pedal
Fork Fox Fit CTD 29 100mm Kashima coat
Brakes Formula The One
Shifter SRAM X0 2x10
RD SRAM X0 2x10 medium cage
FD SRAM XX
Crankset XO 39/26 carbon
SRAM Press Fit BB30 Ceramic Bearing
Pedal Time Atac XS carbon
Wheelset Roval Control Trail front QR15, rear 142x12 axle
Front Specialized Purgatory 2.2 tubeless
Rear Schwalbe Racing Ralph 2.25 tubeless
Stem Thomson Elite 90mm
Seatpost Thomson Elite 27.2 400mm

setup more than 16k....now selling 9.5k
owner quitting MTB
----------------------------------
 Giant Glory

RM 8,000.00

FRAME : Giant Glory
SHOCK : FOX DHX RC4
SPRING : Nuke Proof Ti 3"x400 lbs
FORK : FOX 40 RC2
BARS : RaceFace
GRIPS : Odi
BRAKES : Hope Tech
SHIFTERS : Shimano Saint
RD : Shimano Saint
CRANKS : RaceFace Diabolus
RIMS : Mavic 823
HUBS : Hadley F/R
TIRES : Maxxis 3C F/R
SADDLE : Tioga Spyder
PADDLE : Shimano DX
SIZE : S

Sunday, December 29, 2013

Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 (Petronas - Star Mall Mentakab)

Nama Program: Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014

Tarikh: 31.12.2013 (Rabu)

Tempat Bermula: Stesen Petronas Bandar Mentakab

Laluan:mengelilingi bandar Mentakab atau Temerloh

Tempat Tamat: Star Mall Mentakab

Jarak kayuhan: .....

Anjuran: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang ( MOTAC Pahang )

Dengan Kerjasama:  Persatuan Berbasikal Pahang ( PBP)

VIP: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin

Cara pendaftaran: email : motac.pipahang@yahoo.com
Nyatakan
-nama peserta
-no kp/no hp
-saiz tshirt (terhad 300 sahaja)
-Nama kumpulan

Bayaran: PERCUMA

Makan minum: disediakan

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang ( MOTAC Pahang ) dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Pahang ( PBP) akan menganjurkan Kayuhan Ambang Visit Malaysia Year 2014 pada 31 Disember 2013.

Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014  ini akan bermula di Stesen Petronas Bandar Mentakab mengelilingi bandar Mentakab atau Temerloh dan berakhir di Star Mall Mentakab.

Seterusnya peserta  Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 akan bersama sama menantikan ketibaan 1 Januari 2014 bagi menyambut ketibaan hari pertama Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pendaftaran Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 boleh secara individu atau kumpulan melalui email : motac.pipahang@yahoo.com. Permohon perlu menyatakan nama/no kp/no hp/saiz tshirt ( terhad kepada 300 penyertaan pertama sahaja). Pendaftaran secara 'walk in' boleh dilakukan di tapak permulaan seawal jam 8.30 malam.

Makanan dan minuman ringan juga disediakan sebelum kayuhan.
Penampilan khas oleh saudara Anuar Manan

Perserta Kayuhan Ambang Tahun Melawat Malaysia 2014 akan bergerak secara beramai ramai menuju ke tempat 'Countdown Visit Malaysia Year 2014 ' di Star Mall Mentakab bersama sama Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin menyampaikan hadiah kepada  acara berbasikal edisi kedua terbesar di pantai timur, Kuantan Century Ride (KCR) atau lebih popular dengan gelaran Kuantan 160 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Indera Mahkota dekat Kuantan, baru-baru ini.
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Lepasgianmemecut/MA/Article/

Penyertaan adalah PERCUMA

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

1. MOHD IZAZI BIN ISMAIL - 011 12077170
2. MOHD HANEFF BIN HJ ABD MANAN - 017 3678081

Dicadangkan peserta membuat tinjauan awal lokasi Stesen Petronas Bandar Mentakab supaya tidak tersalan tempat. Pendaftaran 'walk-in diterima bermula jan 8.30 malam.

Aturcara lengkap belum dapat dikeluarkan.

Homestay di Pahang untuk Penginapan Pelancong TMM2014 VMY2014 (panpages.my)

Bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM?VMY2014) mungkin ada yang hendak melancong cara CUTI-CUTI Malaysia dengan memilih penginapan secara 'Homestay '. Ini kerana ada antara kita yang lebih meresa selesa dengan menginap di tempat yang mempunyai suasana rumah. Bila menginap di hotel tak rasa macam santai.

Bagi memudahkan pengayuh basikal memilih Homestay  yang bersesuaian disepanjang laluan maka Laman Basikal telah memetik senarai Homestay dari panpages.my berdasarkan maklumat pada 30.12.2013. Kalau nak disenarikan yang baru-baru mungkin banyak. Sebab dan jadi trend masa ni, orang beli runah bukan untuk dia diami dan bukan untuk dijadikan rumah sewa tetapi untuk dijadikan House Stay atau disebut juga Homestay. Ada pihak mahukan nama yang berbeza untuk Housestay dan Homestay kerana mereka menunjukkan konsep yang berbeza untuk dua perkara ini. Tapi ada juga yang tak ambil kisah, asalkan harga murah, selesa dan puas hati dengan layanan.

Berikut adalah homestay yang telah lama beroperasi. Mungkin ada maklumat yang belum dikemaskini, harap dapat kita berkongsi info.

Homestay Desa Murni
Pahang 013-927 6132
Kampung Ketam 1 Kerdau, 28010, Temerloh, Pahang
LINK: https://sites.google.com/site/homestayextra/


Homestay Mempaga 1
Pahang 013-968 7655
Felda Jayatimur Mempaga, 28600, Karak, Pahang
LINK: http://homestaymempaga1.blogspot.com/

Homestay Sungai Pasu, RAUB
Pahang 09-365 9581
Lot 3539, Kg. Sg Pasu, 27600, Raub, Pahang
LINK: http://homestaysungaipasu.blogspot.com/

Peranginan Tamukami
 Pahang 09-583 9090
Pantai Balok, Kuantan, 26100, Balok, Pahang

Ukhwah Homestay D' Kuantan
Pahang 013-928 0040
11, Lorong Permatang Badak Makmur 7,
Taman Ukhwah, Permatang Badak, 25150, Kuantan, Pahang

Homestay Sg. Lembing
Pahang 09-5177 7879
Pejabat MPK, Sg. Lembing, Kuantan

Homestay Kg Pantai Sepat 2
Pahang019-918 5127
Kg. Pantai Sepat 2, 25150, Kuantan, Pahang

Sri Kuantan HomeStay
Pahang 019-932 3322
A 4256, Lorong Alor Akar 11, Kuantan, 25250, Kuantan, Pahang

Homestay Kg. Sungai Lembing, KUANTAN
Pahang09-541 1495
Kg. Sungai Lembing, Sungai Lembing, 26200, Kuantan, Pahang

Homestay Leban Chondong
Pahang09-414 515
Kampung Leban Chondong, 26810, Kuala Rompin, Pahang

Homestay Taman Sedia, CAMERON HIGHLANDS
Pahang 05-491 2005
Balai Penghulu Cameron Highlands, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands, Pahang

Homestay Muadzam Shah Pahang09-452 6285
MM 13 A, 26700, Medan Mewah, Pahang

Homestay Kampung Gali Hilir
Pahang019-231 8188
32A, Kampung Gali Hilir, 27600, Raub, Pahang

Homestay Kampung Taman Sedia
Pahang016-972 0699
Taman Sedia, 39000, Tanah Rata,Cameron Highlands, Pahang

Homestay Janda Baik
Pahang 019-988 9830
No. 100 B, Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang

Homestay Jengka Pahang
Pahang019-916 2169
25, Lorong Mutiara 7, 26400, Bandar Jengka, Pahang



Homestay Kuala Medang
Pahang09-331 3333
Sungai Koyan, Lipis, RPSB Kuala Medang, 27650, Pahang
LINK: zaraab.wordpress.com (homestay-kuala-medang)

LINKS:
1. pengelasan-premis-penginapan
2. carihomestay.net

Pengelasan Premis Penginapan Pelancongan di Pahang oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (VMY2014) (30.12.2013)

Bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY2014) ada empat perkara yang penting bagi kita untuk turut sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014:
1. Dimana nak tidur?
2. Dimana nak makan?
3. Dimana nak melawat?
4. Dimana nak kenderaan?

Bagi menjawab perkara yang pertama iaitu, DI Mana Nak TIDUR? Maka Laman Basikal telah merujuk kepada Portal Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Berikut adalah Hotel atau Permis Penginapan Pelancong di Pahang yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Senarai ini  diambil dari Portal  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 30.12.2013. Mungkin ada dalam senara ini belum dikemaskini. Jadi pelancong tempatan yang datang untuk Cuti-cuti Malaysia atau Pelancong luar yang datang untuk Truly Asia perlu membuat semakan semula.

Jika anda ada maklumat terkini mengenai tempat-tempat penginapan di Pahang, boleh maklum.

-------------------------------------------------------------------
KUANTAN

Kuantan
A & A Hotel
B-18, Tingkat 2 & 3, Jalan Besar
Pahang
014-210 0106

Kuantan
Agro Resort Sg. Semuji
Km 42, Jalan Kuantan-Maran
Pahang
09-478 0488

Kuantan (2 bintang)
Anjung Selesa Guest House    
No.6, 7 & 8,Jalan Sim Lim, Telok Chempedak, Pahang
http://www.anjungselesaguesthouse.com/


Kuantan (1 bintang)
Black Stone Resort    
Lot 1457, KM 10
Jalan Kuantan-Kemaman,
Pantai Batu Hitam,26100
Pahang
09-544 7822
mamamieja.blogspot.com (cuti-cuti-ke-black-stone-resort)

Kuantan (3 bintang)
Bumimas Hotel
No. B8-B10, Jalan Bukit Ubi 1,    
Pahang
09-515 0803

Kuantan Bukit Gambang(3 bintang)
Caribbean Bay Suites
Bukit Gambang
26300 Pahang

Kuantan  (3 bintang)
Cherating Eastana Beach Resort    
Lot1/772,Pantai Cherating,
26080 Pahang
09-581 9378

Kuantan (1 bintang)
Cherating Palm Resort    
Lot 1/722, Kg. Pantai Cherating Pahang
09-581 9378
-------------------------------------------------------------------
GENTING HIGHLANDS

Genting Highlands (4 bintang)
Awana Genting Highlands Golf & Country Resort    
KM 13, Genting Highlands Pahang
03-6102 3010
-------------------------------------------------------------------
CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands (4 bintang)
Cameron Highlands Resort    
By The Golf Course, Jalan Besar Tanah Rata  Pahang
05-491 1100

Cameron Highland (2 bintang)
Cameron Holidays Inn    
No. 16, Jalan Mentigi,
39080 Cameron Highland, Pahang         
05- 491 1327

Cameron Highlands (2 bintang)
Cameronian Holiday Inn    
No. 16, Jalan Mentigi, Tanah Rata Pahang

Cameron Highlands (2 bintang)
Casa de la Rosa Hotel    
Lot 48, Jalan Circular
Pahang
05-491 1333

Cameron Highlands (3 bintang)
Century Pines Resort    
Lot 42, Jalan Masjid, Tanah Rata
Pahang    
05-491 5115

-------------------------------------------------------------------
TEMERLOH

Mentakab (1 bintang)
Ban Yen Seng Hotel    
No. 45 & 47, Tingkat 1,
Jalan Bunga Tanjung
Pahang
09-278 4397

Mentakab  (3 bintang)
Bukit Bendera Resort    
No. 8, Lrg. Bendera IF,
Taman Bukit Bendera
Pahang
09-278 2828
-------------------------------------------------------------------
BENTONG

Bentong (2 bintang)
Bentong Maju Hotel     P22-23, Jalan 2,
Pusat Perniagaan Bentong Maju, Pahang
09-222 2228

Bentong  (4 bintang)
Bukit Tinggi Resort - Colmar    
KM. 48, Persimpangan Bertingkat,
Lebuhraya Karak
Pahang
03-288 8888
-------------------------------------------------------------------
ROMPIN

Kuala Rompin (4 bintang)
Berjaya Tioman Malaysia Resort
Kg. Tekek, Pulau Tioman,
26800 Pahang
09-419 1000
-------------------------------------------------------------------
TRIANG

Triang (1 bintang)
Beta Pentagon Inn
6289, Ground Floor Pentagon House
Taman Kerayong,
28300 Pahang
09-255 4505
-Beta Pentagon Inn  telah bertukar menjadi Coop Inn kerana telah dimiliki oleh Koperasi Mawar.

Pengelasan Premis Penginapan Pelancongan  di Pahang
oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Saturday, December 28, 2013

Zainal 09: Kayuhan Tasik Bera


Bergambar ketika program kayuhan Tasik Bera

Bersama-sama mengayuh adalah Yassir Arafat (Mini Restoran), sekarang membuka kedai makan di gerai MPT berhampiran tapak pekan sehari temerloh.

Berbaju hitam adalah Iwan, bertugas sebagai jurugambar dengan ... sekejap dengan Berita Harian, dengan Utusan Malaysia, dengan PahangKU dan kini juru video dengan TV3.

Berada antara Yassir Araffat dan Irwan jurugambar adalah Meri. Mendapat nama bukan kerana suka makan biskut meri tetapi suka sangat tengok cerita katon dalam TV.

Seterusnya adalah Din Planet. mendapat nama kerana sering bercerita tentang planet-planet yang ada di alam ini.

Seterusnya adalah Zali Polis Kuda. Beliau adalah penaja utama kebanyakan program kayuhan Orang-orang Temerloh. Terima kasih Tuan Zali.

Zainal 08: Kayuhan Lubuk Wong


Gambar lama ketika berehat semasa ke Lubuk Wong

Gambar ini dirakamkan pada 13.3.1995. Berada paling depan dalam gambar adalah adik-beradik tukang besi kampung batu Satu Temerloh. Cerita tentang peserta yang lain ... tiada kata-kata yang mampu digunakan untuk mengambarkan aktiviti pada masa tersebut. Kelab Basikal Kembara Negeri Pahang tidak memasukkan aktiviti tersebut dalam program kayuhan ini.

Saturday, December 21, 2013

Zainal 07: Lubuk Wong, Kuala Krau.


Gambar lama Berehat semasa ekpedisi ke Lubuk Wong, Kuala Krau.

Gambar ini dirakamkan pada 19hb Mac 1995 ketika Kelab Basikal Kembara Negeri Pahang (BIKE) melakukan kayuhan Lubuk Wong, Kuala Krau.

Memakai seluar panjang berwarna merah adalah Prelwell (Mohd Rizah). Beliau kini bertugas di Politeknik Kuantan sebagai pemain bola putsal.

Berseluar biru di belakang Prel Wel adalah Encik Razak TNB, kini bertugas di TNB Jengka.

pada masa ini semua peserta kayuhan Lubuk Wong menggunakan basikal besi. Inilah basikal yang paling hebat pada kami.

Saturday, December 14, 2013

Zainal 06: ladang Hutan Kemasul


Gambar Berehat dihadapan khemah di hutan kemasul.

Berada dalam gambar adalah Meri (MPT), Zali Kuda (Polis), Hassan Basri (Tukang Rumah) dan Din Planet (Tukang Tayar). VIP pada Kayuhan Hutan Kemasul ini adalah Cik Remi Ketua Jurutera TNB Pahang. Sebelum kayuhan ini Cik Remi telah terlibat dalam kemalangan pencawang TNB Kampung Awah. Kemalangan tersebut telah menyebabkan badan beliau terbakar 60 peratus. Oleh kerana rezeki Cik Remi masih banyak ladi di dunia nyata ini, maka selamatlah beliau hingga ke hari ini. Pada masa kemalangan tersebut cik Remi bertugas sebagai TA di TNB Temerloh.

Kekuatan semangat Cik Remi telah memberi motivasi kepada pengayhh basikal Kelab Basikal Kembara Negeri Pahang.

Saturday, December 7, 2013

Zainal 05: Kampung Penderas Temerloh


Kelab Basikal Kembara Negeri Pahang berbasikal ke  Kampung Penderas, Temerloh. Kampung Penderas adalah salah satu kampung yang didiami oleh orang asli. Dikampung ini terdapat air terjun. Tatapi kami tidak pernah sampai kerana kedudukannya jauh keladam hutan dan tidak boleh dilalui dengan basikal.

Di Kampung Penderas terdapat sebatang anak sungai yang cetekairnya tetapi deras airnya.

Wednesday, December 4, 2013

Kayuhan Bukit Setongkol - Telok Cempedak - Tanjung Tembeling - Zoo Teruntum - Taman Gelora

Kayuhan Bukit Setongkol - Telok Cempedak - Tanjung Tembeling - Zoo Teruntum - Taman Gelora. 
01. Singgah di Zoo Truntum
02. Cannondale F3000SL bergambar dengan Penaluka Khursani yang memperkanalkan imag barunya merah putih seperti Cannondale F3000SL.
03. Penaluka Khursani bersama Abang Long Zainal Abidin Lurah Bilut
04. Tak bercadang nak ikut trend bertukar kepada MTB 27 atau MTB 29. Rasanya tak ada keperluan untuk kami berbelanja kesitu. Biarlah orang-orang nak panggil MTB 26 sebagai Basikal BMX.
05. Cogan kati kami adalah KAYUH-KAYUH CARI RODONG
06. Topi dan cermin gelap UV400 adalah keperluan semasa mengayuh.
07. Abang Long Zainal Bukit Setongkol
08. Kayuh-kayuh cari makan
09. Ngayoh Berodong lebih seronok dari ngayuh solo

Saturday, November 30, 2013

A660 kayuhan Gunung Senyum bersama orang muda

Kumpulan kami biasanya menjadi 'jurulatih' awal untuk bebudak muda yang baru 'kusut' nak mengayuh. Kiteka bawak bebudak macam ni kami kena pilih mereka yang ada sedikit tatatertib dan displin. Kalau yang mengayuh macam ada buasir kat bontot atau macam ular kena palu, kami tak berani bawak. Nanti rosak imej pengayuh rekreasi yang bersopan yang telah kami bina sela bertahun-tahun. Adab kami adalah perlu menghormati semua orang kampung yang kami temui di sepanjang jalan ke Gunung Senyum.

kalau ada yang nak buat jalan raya sebagai tempat dia. 
Kami tak boleh terima.
Kalau mengayuh tak pandang belakang
Kami tak boleh terima
Kalau mengayuh terjerit-jerit
Kami tak boleh terima.
Kalau mengayuh pakai selipar jepun
Kami tak boleh terima
Kalau mengayuh nak mintak orang tukan belanja dia
Kami tak boleh terima
Kita perlu ada adab ketika mengayuh
Baru orang suka.

Ketika mengayuh dari Kuantan ke Rantau Abang Terengganu, pernah pemandu kereta menunjukkan penumbuk kepada kami yang mengayuh basikal. Marah sangat dan benci sangat kat kami yang mengayuh basikal. Kami tak tau apa perasaan penunjuk penumbuk tersebut pada masa ini. kami tak simpan rasa terkilan. Mungkin dia tak sedar masa tu. Masa ni mungkin dia dah minat mengayuh atau anak-anak dia 'sawan' mengayuh.

Gambar lama kayuhan Gunung Senyum bersama bebudak muda.

Wednesday, November 27, 2013

Kayuhan Penaluka Khursani

Bad atau Penaluka Khursani telah kembali mengayuh setelah terluka jari pada 7hb September 2013 sebelum bermula Kayuhan Bandar Bera bersama Ahli Parlimen Bera Dato Ismail Sabri.  Bersempena dengan Kayuhan Bukit Setongkol Penaluka Khursani telah menggunakan ineg baru. Sebelum ini Penaluka Khursani menggunakan warna biru tetapi kali ini bertukar kepada warna merah.

 01. Ini adalah persediaan Penaluka Khursani untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014.
 02. Cogan kata yang ditonjolkan oleh Penaluka Khursani adalah BIKE  GET  TOGATHER.
 03. Penaluka Khursani merasa sedikit kesal apabila pengayuh-pengayuh basikal berterusan bercakaran sesama sendiri. Malah lebih teruk lagi menghina pengayuh lain yang tidak sehebat mereka. Mere sebegini sering datang dan pergi dalam aktiviti berbasikal. Kemunculan seketika mereka biasanya boleh membunuh minat mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal.
 04. Mereka ini suka membangkang apa yang orang buat, menghina apa yang orang lain capai mengumpat apa yang orang lain dapat. Tiada apa yang orang macam kami boleh buat selain berharap minat berbasikal mereka cepat pudar supaya mereka boleh membangkang orang-orang dalam sukan yang lain pula.
 05. Cannondale F3000SL tahun 2004. Masih boleh berkilat memancar-mancar apa kena polish dengan wax. Kata Penaluka Khursani cukuplah dengan apa yang ada pada masa ini. Kalau pun ada hajat,... hajat nak beli basikal Racing untuk disimpan sebagai koleksi pelengkap dengan MTB Cannondale F3000SL.

Monday, November 25, 2013

Kayuhan Basikal Tua Klasik Tradisional

Bukan semua orang mesti kayuh basikal untuk laju atau untuk kuat. Ada yang mengkhusus dalam menghargai dan meminati basikal kerana sejarahnya yang unik. Minat kepada basikal tua dan klasik ini diharapkan tidak dijadikan perbalahan dikalangan peminat basikal muda. Kita sama-sama mempunyai minat maka kita perlu saling menghormati minat orang lain.

Ada peminat basikal tidak sanggup membeli basikal moden atau basikal muda yang sering dibanggakan oleh pemiliknya kerana mereka mampu memiliki basikal yang  harganya puluh ribu. Tetapi ada juga peminat basikal tua di negara ini yang sanggup menghabiskan wang beribu ringgit demi hobi menyimpan barangan usang yang wujud sejak tahun 1890an membuktikan ia mempunyai nilai bersejarah.

Basikal tua atau basikal klasik atau basikal tradisional, mampu mengembalikan kenangan kepada 'orang lama' ini kini semakin diminati bukan sahaja di kalangan orang tua malah golongan muda dan remaja untuk memilikinya.
 Minat pengumpul basikal klasik tua kepada barangan aksesori seperti lampu dinamo, loceng, beg buatan England dan aksesori lain yang kerana ianya semakin sukar ditemui.

Ketagihan untuk memiliki basikal tua klasik adalah kepada basikal yang masih berfungsi dengan baik dan lengkap dengan pelbagai aksesori. Ianya enjadi kepuasan kepada pemiliknya kerana barangan klasik tersebut mempunyai pelbagai cerita menarik di sebaliknya.
 Basikal-basikal tersebut pernah digunakan pemilik generasi terdahulu semasa zaman penjajahan Jepun dan Inggeris serta menjadi kenderaan utama kakitangan kerajaan pada zaman sebelum merdeka seperti polis, guru, tentera dan posmen.

Minat basikal tua semakin berkembang dengan adanya pelbagai aktiviti yang dijalankan kelab-kelab basikal tua. Peminat tegar baikal tua mahu mengembangkan minat ini kepada orang ramai serta generasi masa kini yang mungkin tidak sedar peranan basikal tua pada masa dahulu..

Peminat basikal tua dari pelbagai kelab dari seluruh negara sering berkumpul untuk mengadakan aktiviti berbasikal serta pameran di kawasan-kawasan yang menjadi tarikan pelancong pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.
 Peminat basikal tua yang semakin bertambah menjadikan hobi ini tambah semakin menarik dan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang berpeluang melihatnya dengan lebih dekat.

Peminat basikal tua telah berjaya mengumpul seramai 460 peminat basikal tersebut dan perhimpunan ini dianggap Perhimpunan Basikal Klasik Terbesar di negara ini.
.
 Perhimpunan terbesar basikal tua ini telah berjaya diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dan mendapat pengiktirafan dalam dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Usaha Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dengan kerjasama pasar raya Mydin MITC itu berjaya mengumpulkan 20 buah kelab basikal tua dari seluruh negara.
 Turut meriahkan perhimpunan ini adalah seramai 25 peserta jemputan dari Pekan Baru, Riau, Indonesia.

Antara kelab yang terlibat termasuklah KBTBB;
Kelab Basikal Klasik Jalan Khamis;
Kelab Basikal Klasik Kg. Kundang;
Kelab Sepeda Tua Felda Chemplak;
Kelab Sepeda Klasik Kinta
Kelab Sepeda Tua Johor Bahru.
Port Swettenham Classic Bicycle;
Kelab Sepeda Tua Kota Tinggi;
Kelab Basikal Tua Muar;
Kelab Basikal Champion Melaka;
Kelab Basikal Klasik Pulau Pinang;
Kelab Basikal Adtec Batu Pahat
Pemilik Basikal Klasik Muar.
 Basikal tua yang berjaya dikumpulkan pada perhimpunan ini adalah buatan England sekitar tahun 1920-an hingga 1970-an

Jenama terkenal basikal tua adalah:
Raleigh
Hercules
Robinhood
Phillips
British Small Arms (BSA)
Sunbeam
Triumph
New Hudson
Rudge
Perhimpunan ini turut dimeriahkan dengan pertandingan:
Basikal Beragam Terbaik,
Pakaian Terbaik,
Pengurusan Kelab Terbaik
Peserta Paling Veteran
Peserta Paling Muda

SUMBER GAMBAR:
http://basikalmalaya.wordpress.com/2012/11/05/perhimpunan-basikal-klasik-terbesar/

SUMBER CERITA:
http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120920/ws_03/Perhimpunan-klasik-basikal-tua

Saturday, November 23, 2013

A659 Kayuhan Gunung Senyum bersama orang pencen.

Setelah jambatan untuk lebuhraya siap, kami telah mengubah laluan kayuhan ke Gunung Senyum. Tahun-tahun sebelum kami perlu menggunakan jambatan di Temerloh bagi mengayuh ke Gunung Senyum. Bila Lebuh Raya ke Kuantan dah siap kami menggunakan jambatan lebuh raya ini untuk mengayuh ke gunung senyum. Kami naik ke jambatan ini lelalui laluan sikal di Kampung Kuala Sanggang dan turun melalui laluan sikal dikampung bintang.

Laluan ini menjadikan masa kayuhan kami lebih cepat atau kami semua mengayuh lebih cepat. Pasal tiap tiap tahu mengayuh ke gunung senyum.

Gambar lama Kayuhan Gunung Senyum bersama seorang pak cik pencen.

Wednesday, November 20, 2013

Kayuhan Tanjung Lumpur 2013

Pada 24hb Ogos 2013 kami telah Kayuh-kayuh Cari Rodong ke tanjung Lumpur Kuantan Pahang Malaysia.
 01. Kami dan tempuh zaman kayuh basikal besi. Masa tu tak terfikirkan nak beli basikal aloi kerana yang kami fikirkan adalah nak kayuh aja.
 02. Kami juga tempuh zaman orang tak suka kayuh basikal. Kata mereka dan ada moto buat apa susah-susah nak kayuh basikal.
 03. Kami juga tempoh zama kayuh basikal dengan baju t  shirt. Baju basikal yang ada poket belakan dapat tengok aja. Tak tau nak beli di mana dan tak terfikir pun nak beli kerana harga yang mahal pada kami. Usaha terbaik adalah ubah suai baju t shirt biasa dengan menampal poket dibelakang. Pening kepala tukang janit nak layan design baju poket belakang.
04. Kini semua tu dan tak jadi pelik. Mungkin ada orang pelik tengok kami pakai basikal MTB 26. Sekarang kena pakai MTB 27 atau 29. Meraka panggil MTB 26 ni basikal BMX. Kami diam aja orang nak kutuk atau nak hina pengayuh MTB 26. Macam-macam jenis pengayuh kami dah jumpa setelah lebih 20 tahun mengayuh rekreasi. Malas nak ulas cakap-cakap orang yang baru dua tiga tahun mengayuh.

Disini kami bertemu dengan rodong yang sedang menyiapkan tempahan pukat. Banyak masalah nelayan Tanjung Lumpur Kuantan Pahang telah di lontarkan kepada kami. Segan pula kami nak tulis disini kerana kami bukan jenis yang suka sebut orang lain tidak bagus dan kami bagus.

Tetapi nelayan Tanjung Lumpur mempunyai banyak masalah yang telah berlarutan sekian lama.

Monday, November 18, 2013

Popular Posts 18.11.2013

  1. Ada pemerhati basikal bertanya, kenapa ada basikal yang dijual mahal sangat , dimana letaknya harga yang mahal itu? Jawapannya adalah yang ...
  2. Basikal yang mahal adalah idaman setiap pengayuh basikal tegar. Ada pengayuh yang dengan mula-mula kayuh dan mula-mula beli terus merasa ba...
  3. Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang m...
  4. Banyak pengayuh yang telah bertahun-tahun mengayuh rekreasi. Paling jauh mereka mengayuh 50km ke 80km. Mungkin ada yang ingin mencuba berbas...
  5. Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak ...
  6. Bagi tahun 2012, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia akan menganjurkan sebanyak 24 kejohanan acara road. JUMLAH KEJOHANAN IKUT BU...
  7. Doa Keluar Masuk tandas adalah doa yang boleh dijadikan pendinding semasa kita menjalankan aktiviti berbasikal. Kita tak tau apa yang akan ...
  8. TEMERLOH. Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursu...
  9. INGIN BERJAYA DALAM PERNIAGAAN BASIKAL 1. Jangan berbelanja melebihi pendapatan. Perkara ini sering dilakukan dalam perniagaan. Ada oran...
  10.  Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd akan menganjurkan " World Kidney Day Run & Carnival 2013 ". Larian Hari Buah Pingga...