Monday, September 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (18)


Mengembalikan fungsi dan peranan masjid memerlukan kesepakatan dan semangat untuk benar-benar mendukung kemakmuran masjid. Di antara perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah satu usaha untuk memberikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada masyarakat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan majlis-majlis ilmu untuk memberikan kesedaran dan kefahaman bagi mengembalikan kekuatan umat bahawa betapa pentingnya ilmu buat mereka. 

Firman Allah subhanahua ta’ala dalam surah Az-Zumar ayat 9.

Maksudnya : ‘ …Adakah sama orang yang mempunyai ilmu dan orang yang tidak mempunyai ilmu…’ 

Rukuk: bicaramuslim.com

Thursday, September 10, 2015

ROMPIN FEAST MTB RIDE 2015

ROMPIN FEAST MTB RIDE 2015
 Tarikh: 19 Sept 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat : Pantai hiburan Kuala Rompin.
Jarak Kayuhan: 45 km
Jumlah peserta: 200 orang sahaja
Bayaran: PERCUMA
Anjuran:
Majlis Daerah Rompin
dengan kerjasama Rompin Cycling Commuity RCC
PERTANYAAN:
Amin- 0148394083
Muhayudin Salleh- 0199882375

Sunday, August 30, 2015

Petua Kayuh Basikal Untuk Orang umur 50 tahun.

 Muka depan buku: Petua Kayuh Basikal Untuk Orang umur 50 tahun.
Muka belakang buku: Petua Kayuh Basikal Untuk Orang umur 50 tahun.

Kalau kita fikir sepintas lalu, mungkin betul juga, cara orang muda dengan cara orang tua tidak sama.

Kadang-kadang kita yang dah tua nak menunjuk macam orang muda. Beberapa tahun awal 'belasah basikal mahal' kita mungkin rasa makin cergas. Tiba badan atau kaki atau lutut atau tangan atau bahu atau pingang atau beberapa tempat lain jadi 'semput'. Mungkin kederat dah bertambah kuat macam king kong tapi bimbang badan juga dah bertambah macam king kong.

Lagi satu, kadang-kadang kita yang masih muda dan baru nak mempamirkan gagah kayuh macam orang tua yang dan 10 tahun atau 20 tahun atau 30 tahun kayuh. Tak dan umur tua badan dah rosak kerana corak latihan yang agerasif maklumlah badan masih baru dan belia serta basikal masih baru dan berkualiti.

Mungkin sebab tu Joe Friel menulis suatu buku khusus untuk orang-orang tua yang dah berumur 50 tahun. (Kalau ada yang nak kata 50 tahun tu masih muda ... boleh juga, ikut rasa hati masin-masin)

Badan kita macam juga lori, kereta, motosikal, basikal ... semua akan 'rosak' juga. Kadang-kadang 'rosak' kerana terlebih guna tak sesuai dengan kemampuan asalnya. Lagi satu kadang-kadang 'rosak' kerana tak cukup guna. Banyak simpan tenaga dan peloh. Badang nampak 'pejal' tapi 'exercise' cabut kemuncut aja, itupun dah berpeluh.

Mungkin ada yang pulak yang terlintas, orang yang dah berpenyakit  macam koi ni tak sesuai atau tak larat nak 'exersise' ganas-ganas. (mungkin ada yang anggap kalau kayuh kena kayuh laju-laju sampi 45kmj).

Ada banyak kadang-kadang ni. Salah satunya adalah... kadang-kadang orang ingat kalau mengayuh atau exersise badan yang dan sedia sakit akan sakit. Kadang-kadang tak gitu. Motosikal kalau kena lenjan hari-hari, lama-lama dia 'haus' pasal 'part yang 'haus' tu tak eti nak 'repair sendiri'.

Tapi... badan kita, kalau betul ajaran dan latihan penggunaannya dia pandai repair sendiri. Contoh, mungkin 'minyak pelincir dalam kepala lutut' yang dah kering dan kena 'operate' di hospital masukkan 'minyak penlicir tiruan'...Mungkin.Mungkin. Kalau betul cara ngayuhnya badan kita boleh keluarkan semula 'minyak pelincir' tersebut secara semula jadi. Mungkin/Mungkin.

Agaknya juga pasal tu la Joe Friel tulis buku yang bertajuk 'Berbasikal lepas umur 50 tahun: untuk kecergasan dan prestasi sepanjang tahun'.

Aculah cari buku ni, kalau tak reti 'orang putih' cari rodong yang reti minta di bacakan. Hok lain ramai-ramai pakat dengor.

Buku basikal. "Cycling Past 50: for fitness and performance through the years" ditulis oleh Joe Friel.

Tuesday, August 18, 2015

Links: nama penulis-penulis Pahang

Setelah melihat senarai penulis-penulis Pahang ini, sudah tentu ada dikalangan pengayuh basikal adalah penulis. Berikut adalah senarai nama penulis-penulis Pahang yang mungkin sedang dalam pengumpulan.
[RUJUKAN]
Program Ceramah Hak Cipta Dalam Penulisan dan Pameran Hasil Karya Penulis-penulis Pahang pada 22 Ogos 2015 (Sabtu) jam 8.30 pagi di Dewan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang.

SENARAI PENULIS-PENULIS PAHANG
-Abdul Karim Abdullah, Bung Karim [-5.2.2001] (Temerloh)
-Abdul Karim Abdullah, Tuan Haji
-Abdul Mutalib Ghani (Jerantut)
-Abdul Rahman Zainal Abidin, Drs.
-Abu Hassan Sham, Dato' Dr. [27.7.1945-](Temerloh)
-Ahmad Kotot (Jerantut)
-Ami Masra (Temerloh)
-Aminuddin Alias (Jerantut)
-Aripin Said, Dato [11 Disember 1948](Bera)-Penulis
-Baharuddin C.D. (novel)
-Badaruddin bin Mat Zakaria, Badaruddin M.Z. [ 3 Mac 1954-](Lipis)
-Faizah Azaman (Temerloh)-Cerpen
-Daeng Ramli Akil (Maran)-Penulis
-Ghaffar Muhammad (Kuantan)
-Ibrahim Omar
-Ishak Haji Muhammad, Pak Sako[September 1909-7 November 1991](Temerloh)
-Ikhtiman Ismail (Temerloh) Novel: Keliru. Lagu: ‘Apo Kono Eh Jang’  Skrip: Villa Rakit (TV3)
-Jaafar Husain
-Jazam Lusah
-Kahar Ismail (teater)
-Kamaluddin Mat Lela
-Kamaludin bin Muhammad, Keris Mas[10 Jun 1922-9 Mac 1992] (Bentong)
-Khaidir Ahmad (Temerloh)-Novel: Khulu
-Khairiah H.A.(Kuantan)
-L.Man Kadir Shamsi (teater)
-Liyana Zahim (Pekan)-Novel: Rindu Awak 200%,
-M. Mahendran (Bentong)-Cerpen
-Maimunah Ali(Temerloh)
-Maimunah Manan(Lipis)
-Marsli N.O - Sajak
-Mazuen Yahaya [22.3.1980-] (Bera) Buku: Islam Pilihanku
-Mohd Taib Akil
-Mohd. Mansor Abdullah (Pekan)
-Mohd. Nor Ismail(Kuantan)
-Naharuddin Ali
-Nazri Nong Samah (Jerantut)
-Omar Muhammad (Maran)
-Radzwan Yusof (Kuantan)
-Rafar Muhammad,
-Rahman HajiYusof
-Razak Buman (Temerloh)
-Rokiah Abu Bakar(Kuantan)
-Saedon Ibrahim (Lipis) (Puisi)
-Shahrom Tok Muda Sulaiman
-Shikin Zainal (Rompin)-Novel: Suamiku Encik Sotong
-Suriati Ghazali [21.6.1961- ] (Temerloh)-Buku: Menyusukan bayi: mengatasi halangan mental dan sosial
-Sudirman Haji Arshad [25 Mei 1954-22 Februari 1992](Temerloh)-Penulis
-Subari Ahmad, Arisel Ba (Lipis)
-Teo Wei Sing (Pahang).Sajak, Buku:Suara Anak Pahang
-Yaakub Isa (Pekan) (sastera rakyat)
-Yaakub Yunus (teater)
-Yassin Salleh (teater)
-Yazid Idris (Maran)
-Zaharah Manan (Lipis)
-Zakaria Hitam, Pak Zek (Pekan)-Penulis
-Zakaria Ariffin [22 Julai 1952-](Kuantan) Skrip,

[RUJUKAN]

Friday, August 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (17) Jaya Gading


Islam menggariskan konsep dan sifat-sifat bagi mereka yang dapat mengimarahkan masjid berdasarkan firman Allah dalam surah At- Taubah ayat 18 :
 
‘ Bahawa orang yang memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapa ) selain dari Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Bertolak dari ayat di atas memakmurkan masjid merupakan perkara penting di dalam masyarakat bagi melahirkan kelompok manusia yang bersifat takwa bagi memenuhi tuntutan ayat tersebut

Rujuk:  bicaramuslim.com

Saturday, August 8, 2015

SENARAI NAMA 65 KELAB BASIKAL DI PAHANG

SENARAI NAMA 65 KELAB BASIKAL DI PAHANG
Berikut adalah senarai nama kelab basikal atau rodong basikal yang ada di Pahang. Tak kiralah berdaftar atau tak berdaftar. Tak kiralah ahlinya ramai atau sedikit. Tak kiralah kayuh laju atau kayuh perlahan. Tak kiralah ada power ke tak cukup power. Mari kita sama-sama senaraikan.
--------------------------------------------------------------------
21st Century Cyclist -Cikgu Khairul Anuar Roslan (Kuantan)
360 Mtb Kuantan Riders (Kuantan)
46 Cyclist (Kuantan)
Amru Bike (Kuantan)
Adham Bike Centre-ABC (Kuantan)
Atok MTB (Raub)
Balok Cycling Club (Kuantan)
Bentong Prison Cycling Club (Bentong)
Bike Pahang (Kuantan)
Bentong Xtreme Cyclists -BXC (Bentong)
Cameron Riders (Cameron Highland)
Chenor Cycling CCKUB -CCC (Maran)
Colour Cycling Club (Kuantan)
Comunity Freezone Cycling Club (..........)
Cyclecross (Lipis)
Cycology (Kuantan)
EduBike Club - Cikgu Medan (Chini -Pekan)
Felda Puchong MTB (Bera)
Forbearing Cycling Team (Kuantan)
Galing Cycling Club (Kuantan)
Geng Boloq Cycling Team (Kuantan)
Geng Jahaq (Kuantan)
Geng Oren (Kuantan)
Geng Sepeda Malaysia (Kuantan)
IPD Rompin Cycling Team (Rompin)
Jengka Bikers (Maran)
KAMC UiTM Pahang (Maran)
Kelab Berbasikal Bera (Bera)
Kelab Berbasikal Jerantut (Jerantut)
KoiPRO (Temerloh)
Komuniti Berbasikal Rompin - RCC (Rompin)
Kota SAS Cycling Club (Kuantan)
Koyan Cycling Team -KCT (Raub)
Kuala Lipis Cycling Team (Lipis)
Kuala Tahan MTB Club - SK Kuala Tahan, Felcra Tembeling Tengah dan Mutiara Taman Negara Resort (Jerantut)
Kuantan MTB Pahang (Kuantan)
KTMZ MTB -keratong (Rompin)
Kuantan Ladies Cycling Team-KLCT (Kuantan)
Kuantan Mountain Bike Hash-KMBH (Kuantan)
Lapierre Kuantan MTB (Kuantan)
Maran Cycling Club -MCC (Maran)
Mentakab XC cyclists (Temerloh)
Monster Cyling Team (Pekan)
MTB Cycling Club (Pekan)
MTB Kuantan Riders (Kuantan)
Nasir Bike Team (Temerloh)
Piol Field MTB ( Jerantut)
Pro-sak Cycling Team (Rompin)
Raub Reborn Cycling Club (Raub)
RAW - Cikgu Mie (Kuantan)
Roda Cilik Club (Maran)
RTBcyc KUANTAN (Kuantan)
Semantan Mtb Temerloh (Temerloh)
Sempoot Cycling Team Lipis (Lipis)
Team Marin 360 (Kuantan)
Team Sukma Pahang (Kuantan)
Temerloh Bikerz Club (Temerloh)
Temerloh Cops Cycling Team -TCCT (Temerloh)
Test Drive - Jengka (Maran)
TJ MTB (Temerloh)
TXT Cycling Club (Kuantan)
UMP Cycling Team - Gambang (Kuantan)
Veteran Inderapura Cycling Club - VIPcc (Kuantan)
Velo29 Chenor (Maran)
Voet Pedale Cycling Team (..........)
--------------------------------------------------------------------
facebook
Facebook kemaskini 9.8.2015

Sunday, August 2, 2015

Kayuhan Basikal Sempena Hari Sukan Negeri Pahang 10.10.2015

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang
10.10.2015


ACARA UTAMA:
1) KAYUHAN BASIKAL 30K HARI SUKAN NEGERI PAHANG
2) KAYUHAN BASIKAL 5K HARI SUKAN NEGERI PAHANG
3) Pertandingan kecergasan - aerobik - fitball - step aerobik - lompat tali ( Sek Ren & Sek Men )
4) Pertandingan Mr Gym 1 Malaysia - Dataran Telok Chempedak jam 8.00 mlm
5) Aerobik beramai ramai

ACARA SAMPINGAN HARI SUKAN NEGERI PAHANG
1) Pertandingan futsal terbuka kanak-kanak ,dewasa , OKU
2) Pertandingan bola jaring
3) Jualan barangan sukan
4) Pameran
5) Perhimpunan kelab kereta
6) Pertandingan bola keranjang 3 on 3
7) Aktiviti mari mencuba

Kepada yang berminat untuk menyertai HARI SUKAN NEGERI PAHANG boleh hubungi:
Jabatan Belia & Sukan Pahang
Encik Azian bin Ali.
0129838997

Tuesday, July 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (16) Inderapura


Menyingkap sejarah perkembangan kegemilangan umat Islam di zaman baginda Rasulullah s.a.w. , masjid adalah pusat ibadat, muamalat, penyebaran Islam, pemerintahan dan pentadbiran. Masjid juga menjadi pusat pembentukan keperibadian insan serta kegiatan yang dapat memberikan faedah serta mendatangkan manfaat kepada Islam dan penganutnya.

Masjid adalah lambang syiar Islam dan kedaulatan Islam. Masjid merupakan pusat yang menghubungkan manusia sesama manusia dan hubungan manusia bersama penciptanya. Rasulullah s.a.w. mengambil langkah yang berkesan bagi meluaskan fungsi dan peranan masjid bagi mewujudkan perpaduan yang kukuh dikalangan umat Islam di Madinah dengan meletakkan dasar ketakwaan di dalam kehidupan mereka.

Firman Allah subhanahua ta’ala dalam surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud : 

‘ Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa ( Masjid Kuba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang yang ingin membersihkan diri dan Allah menyukai orang-orang yang bersih’ 

Rujuk: bicaramuslim.com

Wednesday, July 8, 2015

2nd Kota Tinggi MTB Jamboree 2015 17 Oct


Continuing the success of Kota Tinggi MTB Challenge 2014, Institut Pembangunan Pengurusan Johor-IPPJ (a member of Johor Corporation Group of Companies) has again returned with another exciting MTB event ? 2nd Kota Tinggi MTB Jamboree 2015 to be held in Kulim Eco Trail Retreat, Ladang Basir Ismail  on 17th October 2015 (Saturday). You are indeed most welcome to participate in this premier MTB Jamboree that had given a unique new twist in the concept and offers attractive prizes ? 100+lucky draw and sponsors? merchandise.

Course Description
A variety of track from grass to rocks and sands will allow riders to test their skills over picturesque flowing technical trails with total distance covered 48km ++. The breathtaking view of Sungai Johor and Kota Tinggi will make this event more exciting yet enjoyable.

Start Times, Distances, and Entry Fees















Age 7 ? 12
(Must be accompanied by parents)
RM 30 / SGD 15

Age 13 – 59
RM 60 / SGD 50

Age 60 and above
RM 30 / SGD 15

Cut-off Time/ Approximate Distance
Flag Off : 8.30 am
Checkpoint 1 (15km+ ) : 10.00 am
Checkpoint 2 (30km+ ) : 11.00 am
Checkpoint 3 (40km+ ) : 12.00 pm

All riders will receive:
•Top quality Ciclista tshirt & Ciclista medal
•Custom printed bag
•Superb lunch meals
 
Registration
To guarantee your booking simply fill up the *Registration Form and fax to +607-227 1786 or e-mail to Secretariat at kotatinggiMTBjamboree@gmail.com with your proof of payment before 25th September 2015 (Friday).

*Registration form can be downloaded at fb.com/kotatinggiMTBjamboree & www.ippj.com.my
The following methods of payment are available:
Cheque, Bank Draft or Online Transfer, payable to,
CONVENUE MARKETING SDN. BHD.
A/C : 5510 1620 3648
Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
Swift Code : MBBEMYKLJOB

Special Prizes
The 1st Rider to arrive         : CICLISTA JERSEY
The Last Rider to arrive       : CICLISTA JERSEY
The 50th, 100th, 150th, 200th250th, 300th, 400th, 500th,
700th 800th Riders to arrive   : CICLISTA JERSEY

Team With Most Participants          : TROPHY & SPECIAL GIFT
The Most Supportive Team/Rider    : TROPHY
The Most Unique Team/Rider         : TROPHY
The Youngest Rider                      : TROPHY
The Oldest Rider                          : TROPHY

The 1st 100 riders to register : CICLISTA ACCESSORIES

For More Information:
IPPJ SDN BHD
Tingkat 20, KOMTAR JBCC,
Johor Bahru City Centre,
80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-222 1767 (Office) / 017-701 6190 (Cik Kila) / 012-785 1505 (En Aswad)  / 013-899 2243 (En Ku Amat) / 019-778 9770 (En Ata)
Fax : 07-222 1786
Website : www.ippj.com.my

?Waiver: Participants take part entirely at their own risk and agree that they shall have no claim whatsoever against the Organizing Committee, any individual or official, marshal, assistant, helper or agent, the sponsors or any local authority or their employees, in respect of any loss or damage whatsoever which participants may suffer arising from any injury to their person or loss or damage to their property as a result of, or arising out of, whether directly or indirectly, the participants' arrival and departure there from, attendance at registration, prize-giving or other function thereof, any loss or damage to bicycles or other equipment, however such loss or damage may arise regardless of whether or not the same shall have been caused directly or indirectly by the negligence, albeit gross, of one or more of all the aforementioned parties. Persons taking part in the 2nd Kota Tinggi MTB Jamboree 2015 as part of a team and whose entries were made on their behalf are deemed to have accepted these terms and conditions by virtue of their participation in the 2nd Kota Tinggi MTB Jamboree 2015.
WITH WARMEST GREETINGS:
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"
UPCOMING EVENT 
  
SITI NOR AKILAH HASRI
Event Executive
Convenue Marketing Sdn Bhd
Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Sdn Bhd
Suites 1A & 1C Tingkat 20
Menara KOMTAR
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor
T: +607-222 1767
H: +6017-701 6190
F: +607-222 1786

Monday, June 29, 2015

FREY EBIKE China


This is Ender from FREY EBIKE China. We are professional on developing and producing all kinds of electric bicycles. Recently,we have developed a brand new 16" wheel electric folding bike With Double inner battery inside of frame with capacity can be 36V/12-17Ah. It is lighter,Smaller and longer mileage than normal folding e-bike models.

Gross Weight: 15-19KGS.
Folding size: 80*40*55cm
Battery: 36V/12-17Ah
Mileage: 50-80kms
EN15194 certificate is ready.

If you are interested in this new model and would like to learn more related information. Please reply us.
We will answer you quickly. You can visit our website: www.freyebikes.com to learn more about our company and our products.

If you do not want to receive email about our new product introduction and routine maintenance & technical knowledage about electric bikes, please: Unsubscribe

Best Regards,
Ender Xing

Sunday, June 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (15)

Masjid adalah rumah Allah untuk beribadat kerana kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.

Rujuk:  bicaramuslim.com

Monday, May 18, 2015

Kayuhan Cherating 35km Sempena Karnival Kuantan Berekreasi Dan Mesra Komuniti 2015

Fun Ride 35 Km Edisi Cerating 2015

Karnival Kuantan Berekreasi Dan Mesra Komuniti akan diadakan pada 23 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Cerating, dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Anda semua dijemput menyertai aktiviti dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

ATURCARA KARNIVAL KUANTAN BEREKREASI DAN MESRA KOMUNITI

TARIKH:23 MEI 2015
MASA:8:00 PAGI HINGGA 10:30 MALAM
TEMPAT:PANTAI CHERATING

7.00 PAGI :
PENDAFTARAN PESERTA / WARGA MPK

7.45 PAGI:
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DIIRINGI ORKESTRA SEMSAS
TARIAN PEMBUKAAN

8.00 PAGI:
PELEPASAN ACARA BASIKAL DAN PERASMIAN "Fun Ride 35 Km Edisi Cerating 2015"
-Kayuhan 35km
-Kayuhan 5km

9.00 PAGI:
SENAMROBIK:
-SUKANEKA(JPP, JKK,PELANCONG)
-ACARA SUKAN(JKK/ IPTA/IPTS DLL)
-BOLA JARING PANTAI & BOLA SEPAK PANTAI
-PAMERAN ULAR DAN ARNAB
-PHOTO BOOTH ( TIME TUNNEL)
-DEMONSTRASI PERMAINAN GASING,LAYANG-LAYANG & MENCANTING BATIK

11.00 PAGI:
KETIBAAN KONVOI & PAMERAN KERETA ANTIK

12.00 T/HARI:
PERSEMBAHAN PENTAS

1.00 PETANG :
REHAT & SOLAT ZUHUR

[Borang Penyertaan]

Thursday, May 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (13)

Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.

Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.

Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk:

-Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya.
-Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan.
-Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan.
-Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan
-Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam. 

Rujuk: bicaramuslim.com

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (12)

Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah:
-Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan.
-Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.
-Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid.

Rujuk: bicaramuslim.com

Tuesday, April 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (11)

Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:
-Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
-Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
-Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
-Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
-Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
-Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
-Tempat letaknya Baitulmal negara.
-Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
-Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan. 

Rujuk: bicaramuslim.com

Wednesday, April 1, 2015

Kemenangan dan Penyampaian Hadiah Jamboree Mempaga MTB 2015

Marilah sejenak kita kaji tentang apa makna kemenangan dari sudut yang lebih luas. Makna kemenangan ini tidak cukup untuk kita kupas di sini satu persatu, itu memerlukan pembahasan dengan diri sendiri.
 1. Makna terbesar dari sebuah kemenangan yang pasti telah dicapai oleh siapa saja yang mau berjihad, baik sendirian atau bersama sama umat adalah ketika seorang mujahid berhasil mengalahkan nafsunya, mengalahkan syetan yang menggodanya serta mengalahkan ‘lapan perkara yang disukai semua manusia’ dan kesukaan-kesukaan yang menjadi cabangnya, mengalahkan urusan-urusan duniawi yang menarik dirinya, di mana dalam hal ini banyak sekali kaum muslimin yang gagal
 2 Jika ibubapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai ..........
 3 Maka ketika seorang mujahid keluar untuk berjihad, berarti ia telah merealisasikan kemenangan atas orang-orang yang tidak mau ikut jihad dan menghalangi darinya.
 4 Ketika seorang teguh di atas jalan dan perjuangan, apapun yang menimpa dirinya, kepayahan dan kekeliruan dan kata-kata yang menyakitkan hati pada dasarnya ini sudah merupakan satu kemenangan.
 5 Jika orang yang mengalami kesengsaraan dan kesedihan melebihi orang lain, tetapi masih terus berjalan di atas jalan kehidupan mereka dan pantang mundur ketika di medan tempur, serta tidak tewas dengan kemewahan dunia telah teguh memegang prinsip yang ia pegang. Itulah kemenangan.
 6 Ia dikatakan menang jika mereka pegang teguh, mereka rela berperang demi membela prinsip tersebut, mereka rela mengorbankan diri demi menebusnya, itulah kemenangan hakiki.
 7 Sungguh mereka yang hanya berbekal keyakinan dalam melawan musuhnya yang dilengkapi dengan berbagai peralatan dan senjata canggih adalah mereka yang menang dengan kemuliaan dan prinsip yang ia pegang.
 8 Adapun orang-orang yang kebanyakan cenderung kepada dunia dan rela hidup dalam kehinaan, maka sejarah tidak akan pernah sudi menulisnya, bahkan sejarah akan membencinya.
 9 Ketika ia menyatakan dengan terus terang bahwa ia sangat merindukan kemenangan di atas jalan yang ia yakini, dan ia menyatakan bahwa kemenangan sama sekali tidak mempengaruhi maju mundur dirinyanya, maka itu sudah termasuk kemenangan tersendiri.
 10 Api dunia ternyata tidak mampu mengundurkan mereka dari prinsip yang mereka pegang. Mereka lebih memilih selamat dari api neraka di akhirat walau harus mereka bayar dengan memasuki api dunia.
 11 Maka merekapun terjun satu persatu ke dalam api, seperti seperti belalang yang meloncat dengan penuh kemantaban dan perasaan rela berkorban, mereka tidak ditakutkan oleh pemandangan api yang begitu hebat. Mereka memasukinya demi meraih kemenangan.
 12 Kemenangan yang selanjutnya adalah kemenangan yang berupa kemenangan hujjah dan dalil. Ini dekat dengan makna kemenangan sebelumnya.
 13 Akan selalu ada satu kelompok dari umatku yang menang di atas kebenaran, tidak akan dipengaruhi oleh orang yang melemahkan semangat, hingga tiba ketentuan, sementara mereka tidak berubah.
 14 Betapa banyak kelompok yang sedikit mengalahkan kelompok yang banyak adalah salah satu kemenangan.
 15 Kalaulah kita tidak melihat kemenangan dengan segera, sebenarnya kemenangan itu hampir saja datang.
 16 Bezanya kemenangan ini tidak hanya dirasakan oleh pemenang yang mendapat kemenangan ini, tapi meluas kepada orang lain, baik ketika orang itu masih hidup atau sudah meninggal. Hujjah dia tersampaikan dan memuaskan hati orang walaupun dirinya sendiri lemah dan tidak meraih kemenangan di medan tempur.
 17 Salah satu bentuk kemenangan adalah kemenangan atas musuh yang senantiasa mengintai dan berusaha sekuat tenaga dengan berbagai cara untuk menghalanginya dari meneruskan tugas kita.
 18 alangkah besar kemenangan itu, ketika seorang hamba berada di bawah naungan hidayah
 19 Ketika kita berjaya untuk meneruskan latihan setiap petang berarti kita telah telah menang atas orang-orang yang sentiasa menghalan kita untuk turun berlatih.
 20 Kalaulah mereka keluar mengayuh bersama, mereka tidak akan menambahkan apapun kepada kita selain kekusutan, mereka menabur riak di dalam hati kita dan di antara mereka yang suka mendengarkan hasutan mereka. Dan ada yang tidak hiraukan hasutan mereka, itulah kemenangan seorang pengayuh basikal.
 21 Orang-orang yang tidak minat mengayuh merasa senang dengan cara hidup mereka yang anti-sukan dan mereka tidak suka berbelanja untuk apa-apa yang menyihatkan tubuh badan mereka dan mereka akan berkata “Janganlah kita membuat kerja meletihkan (berkayuh) dalam cuaca terik panas.
 22 Kita katakan pada mereka, membeli sebuah basikal adalah membeli sebuah kesihatan. Kita lebih rela membayar kepada kedai basikal daripada membayar kepada hospital swasta. Itu juga suatu kemenangan.
23 Bukankah orang yang tetap teguh di atas minat berbasikal dan teruskan aktiviti mengayuh serta menjadi pengayuh yang tetap meneruskan kayuhan boleh disebut sebagai orang yang mendapatkan kemenangan.

Sekitar Jamboree Mempaga MTB 2015

 1 Sebenarnya melalui pengalaman dan pembelajaran secara rasmi dan tidak rasmi ,banyak perkara atau pengetahuan yang saya timba dan ingin saya kongsi bersama orang-orang yang ingin mendengarnya atau berminat.
 2 Senario di Malaysia ini masalahnya terlalu ramai orang yang pandai, atau rasa mereka sudah terlalu pandai dengan sekadar mereka mengetahui atau mahir sesuatu perkara sahaja dalam latihan berbasikal, sering mempengaruhi orang ramai (pengikut sukan berbasikal) agar mengikut cara atau teknik mereka.
 3 Keadaaan ini sebenarnya akan merosakkan generasi sukan berbasikal di Malaysia, kerana banyak sangat ajaran atau fahaman songsang, membuat orang ramai terkeliru. Ini juga membantutkan perkembangan sukan berbasikal di Malaysia.
 4 Selepas Azizul tak akan dapat lagi pelumba yang setaraf dengannya selepas ini. Senario di Malaysia juga biasanya orang akan terpengaruh kepada perkara-perkara yang popular, contoh seperti iklan produk kesihatan, atau trend tertentu yang menjadi ikutan.
 5 Untuk merancang latihan pada pandangan saya beberapa perkara yang perlu di ambil kira (sekadar menyentuh apa yang teringat di fikiran pada waktu ini).
 6 Perkara-perkara tersebut ialah:-
Prinsip latihan
Periodisasi
Teknik kayuhan/biomechanics
Permakanan
Penyertaan perlumbaan
 7 Apabila hendak membuat program latihan kita perlu tahu prinsip-prinsipnya dan prinsip ini sangat perlu di rujuk.
1.    Perkembangan Individu
2.    Adaptasi
3.    Penambahan beban (over load)
4.    Ansur maju
5.    Kebolehbalikan (reversibility)
6.    Kekerapan
7.    Pengkhususan
8.    Variasi
 8 Sepertimana saya selalu bicarakan,bahawa latihan dalam sukan berbasikal atau apa-apa sukan, latihan perlu dilaksanakan dengan latihan Aerobik sebagai permulaan fasa sebagai Base/Foundation, atau latihan Endurance.
 9 Bagi pelumba pro, waktu ini adalah off season di mana mereka akan berkayuh di luar kem dan mereka mencari mileage dengan kayuhan jarak jauh antara 4-8/9 jam sehari.Jangka masa ini biasa berlansung selama 2 hingga 3 bulan.Kebiasaannya mereka akan mencari sejauh sehingga 10,000 km dalam tempoh tersebut.
 10 Bagi kita sebagai pelumba amatur rasanya tak perlu buat sepertimana pro, kerana nak jadi pro kena training 6-10 tahun berterusan dan progressing , jadi kita sekadar mengikut format yang sama tetapi dalam volume dan intensity yang bersesuaian
 11Untuk itu setiap program latihan perlu di mulakan dengan aerobic/endurance . Kenapa perkara ini perlu? Mengikut penemuan, pembacaan dan pembelajaran saya, aerobik sangat perlu pada awal musim kerana beberapa perkara berikut yang dapat saya gariskan:-
 12 Menambah keupayaan penyimpanan carbohydrate dalam otot dan hati
 13 Mencergaskan system respiratory/keupayaan membawa banyak oksigen ke dalam aliran darah.
 14 Menambah keupayaan jantung mengepam banyak darah per minit ke otot yang bekerja.
15 Membantu system ‘thermoregulatory’(penyejukan) dengan menambah aliran darah ke kulit semasa berkayuh.