1 Sebenarnya melalui pengalaman dan pembelajaran secara rasmi dan tidak
rasmi ,banyak perkara atau pengetahuan yang saya timba dan ingin saya
kongsi bersama orang-orang yang ingin mendengarnya atau berminat.
2 Senario di Malaysia ini masalahnya terlalu ramai orang yang pandai, atau rasa mereka sudah terlalu pandai dengan sekadar mereka
mengetahui atau mahir sesuatu perkara sahaja dalam latihan berbasikal,
sering mempengaruhi orang ramai (pengikut sukan berbasikal) agar
mengikut cara atau teknik mereka.
3 Keadaaan ini sebenarnya akan merosakkan generasi sukan berbasikal di
Malaysia, kerana banyak sangat ajaran atau fahaman songsang, membuat
orang ramai terkeliru. Ini juga membantutkan perkembangan sukan
berbasikal di Malaysia.
4 Selepas Azizul tak akan dapat lagi pelumba yang setaraf dengannya
selepas ini. Senario di Malaysia juga biasanya orang akan terpengaruh
kepada perkara-perkara yang popular, contoh seperti iklan produk
kesihatan, atau trend tertentu yang menjadi ikutan.
5 Untuk merancang latihan pada pandangan saya beberapa perkara yang
perlu di ambil kira (sekadar menyentuh apa yang teringat di fikiran pada
waktu ini).
6 Perkara-perkara tersebut ialah:-
Prinsip latihan
Periodisasi
Teknik kayuhan/biomechanics
Permakanan
Penyertaan perlumbaan
Prinsip latihan
Periodisasi
Teknik kayuhan/biomechanics
Permakanan
Penyertaan perlumbaan
7 Apabila hendak membuat program latihan kita perlu tahu prinsip-prinsipnya dan prinsip ini sangat perlu di rujuk.
1. Perkembangan Individu
2. Adaptasi
3. Penambahan beban (over load)
4. Ansur maju
5. Kebolehbalikan (reversibility)
6. Kekerapan
7. Pengkhususan
8. Variasi
1. Perkembangan Individu
2. Adaptasi
3. Penambahan beban (over load)
4. Ansur maju
5. Kebolehbalikan (reversibility)
6. Kekerapan
7. Pengkhususan
8. Variasi
8 Sepertimana
saya selalu bicarakan,bahawa latihan dalam sukan berbasikal atau
apa-apa sukan, latihan perlu dilaksanakan dengan latihan Aerobik sebagai
permulaan fasa sebagai Base/Foundation, atau latihan Endurance.
9 Bagi
pelumba pro, waktu ini adalah off season di mana mereka akan berkayuh
di luar kem dan mereka mencari mileage dengan kayuhan jarak jauh antara
4-8/9 jam sehari.Jangka masa ini biasa berlansung selama 2 hingga 3
bulan.Kebiasaannya mereka akan mencari sejauh sehingga 10,000 km dalam
tempoh tersebut.
10 Bagi kita sebagai pelumba amatur
rasanya tak perlu buat sepertimana pro, kerana nak jadi pro kena
training 6-10 tahun berterusan dan progressing , jadi kita sekadar
mengikut format yang sama tetapi dalam volume dan intensity yang
bersesuaian
11Untuk itu setiap program latihan perlu di mulakan dengan aerobic/endurance . Kenapa
perkara ini perlu? Mengikut penemuan, pembacaan dan pembelajaran saya,
aerobik sangat perlu pada awal musim kerana beberapa perkara berikut
yang dapat saya gariskan:-
12 Menambah keupayaan penyimpanan carbohydrate dalam otot dan hati
13 Mencergaskan system respiratory/keupayaan membawa banyak oksigen ke dalam aliran darah.
14 Menambah keupayaan jantung mengepam banyak darah per minit ke otot yang bekerja.
15 Membantu system ‘thermoregulatory’(penyejukan) dengan menambah aliran darah ke kulit semasa berkayuh.
No comments:
Post a Comment