Thursday, May 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (13)

Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.

Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.

Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk:

-Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya.
-Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan.
-Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan.
-Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan
-Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam. 

Rujuk: bicaramuslim.com

No comments:

Post a Comment