Tuesday, July 15, 2014

Kayuhan Alam Sekitar Maran:'cycling bird watching'

13 April 2014 (Ahad).
Bersempena dengan pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah diadakan serentak Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km. Peranan masyarakat dalam isu pencemaran alam sekitar di Maran telah diperhebatkan lagi apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Parlimen Maran pada hari ini.


 Seperti juga sukan-sukan yang lain, nikmat yang paling nikmat adalah apabila berjaya menamatkan jarak kayuhan yang disasarkan. Lebih seronok adalah apabila kita sampai dalam keadaan yang selesa dan tidak terlalu letih. Memang amat mendukacitakan apabila terpaksa menapatkan kayuhan dengan menaiki lori atau lebih malang lagi jika terpaksa menamatkan kayuhan dengan menaiki ambulan.
 Bagi kumpulan kayuh kaki santai pula adalah menyeronokkan apabila dapat mengayuh atau mengiringi kumpulan atau peserta yang paling akhir. Ramai pengayuh-pengayuh baru dan lama memberikan tumpuan kepada mereka yang berada didepan. Kerana mereka yang didepan adalah mereka yang dianggap hebat basikalnya, hebat kawan-kawannya dan juga hebat cakap-cakapnya.
Tetapi ada juga kumpulan yang suka memberikan tumpuan kepada mereka yang berada paling belakang ATAU siapa yang kayuh basikal yang paling 'sengket' atau paling tua atau paling sampoi. Suatu pengalaman yang sukar dibeli apabila dapat mengiring atau mengayuh bersama dengan mereka yang paling belakang sedangkan kita mampu meninggalkan mereka. Mungkin setelah lebih 20 tahun mengayuh telah susut 'nafsu'  untuk sentiasa mengayuh di depan. Rupanya banyak yang kita akan dapat cungkil jika kita bersama mereka yang 'ditinggalkan' di belakang.

Ini adalah salah satu keadah untuk menikmati aktiviti berbasikal. Bukan bila sampai atau tamat adalah perkara yang paling seronok, tetap masa mengayuh adalah paling seronok. Bila sampai seronoknya habis. Ini juga boleh dinamakan 'seni mengayuh'. Kayuh-kayuh cari motivasi. Ada pihak panggil cara ini adalah 'Bird Watching' atau lebih tepat lagi 'cycling bird watching'.

Perkara yang paling keciwa dalam 'cycling bird watching adalah apabila peserta paling belakang yang kita iring membuat keputusan 'dah betul-betul tak larat' dan TERPAKSA naik lori yang disediakan oleh penganjur. Ini dianggap sebagai kegagalan 'bird watcher' memberi motivasi untuk mereka terus mengayuh.

Mungkin ada 'kumpulan' 'cycling bird watching' dapat menyokong mereka yang baru-baru nak cuba kayuh dengan basikal murah mereka. Kumpulan 'miskin' ini biasanya 'dipulau' oleh kumpulan besar. Mereka sering berasa terasing dalam dunia aktiviti berbasikal. Inilah hakikat budaya berbasikal masa kini.
Kita harap akan betul-betul ada penganjur yang anjurkan kayuhan 'fun' untuk mereka yang nakkan 'fan'. Sebenarnya ramai yang telah 'serik' dengan 'fun ride' kerana apa yang terjadi adalah penganjur anjurkan 'fast ride' bukan 'fun ride'. Mereka yang baru-baru nak kayuh jauh ditinggalkan seorang diri dalam hutan atau kawasan sunyi. Tiada sesiapa mengiring, baik peserta yang 'bersimpati' ataupun kumpulan 'Bird Watching'. Fun ride tersebut boleh menjadi kayuhan yang terakhir yang disertai. Seterusnya adalak kayuhan bersama keluarga sahaja.

Semasa Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 ini, ada pasukan dan individu yang tidak sanggup menyertainya kerana sudah tahu ianya BUKAN 'fun ride'. Mereka terniang-niang kata: Lu mau kayuh kasi beli basikal mahal lo. Kita olang tak main basikal libu-libu woo. Gatal bontok kayuh basikal cap ayam. Kayuh mau depan loo, bapok pun kayuh depan. Ini brand orang sudah tak pakai, lu angkat siapa punya barang ni. Dan macam-macam kata-kata. Kebanyakan kata-kata sebegini diucapkan secara main-main, orang lama tak rasa apa-apa, orang baru mungkian akan takut dan kecut dengar. Mungkin orang baru kena faham inilah cara orang-orang zaman sekarang bercakap.

No comments:

Post a Comment