Tuesday, July 29, 2014

Kayuhan Universiti Malaysia Pahang (UMP) - SMK Tengku Abdullah

 01. Impian 110 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar sekolah SMK Tengku Abdullah Pekan untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi kenyataan pada 2hb Jun. Peserta Kayuhan UMP-Tengku Abdullah telah mengayuh basikal sejauh 324 km dalam Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Pekan-Putrajaya. Kayuhan UMP-Tengku Abdullah ini tiba di Kompleks Perdana Putra Putrajaya tepat jam 8 pagi.
 02. Datuk Sri Najib berbangga dengan semangat yang ditunjukkan generasi muda yang mencerminkan hasrat mereka  menjadikan semangat ini sebagai bekalan hidup dalam menyumbang pembangunan Negara. Generasi yang lemah, longlai, tidak bersemangat dan terjebak dengan gejala sosial akan merosakkan masa depan Negara.
 03. Bagi Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim pengelibatan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar sekolah SMK Tengku Abdullah Pekan bertujuan mewujudkan kerjasama erat antara dua pihak bagi merealisasikan konsep 1 Malaysia dalam  memasyarakatkan kampus. Aktiviti ini juga sebagai pengisi cuti sekolah dengan program yang berfaedah bagi mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan generasi muda.
 04. Kayuhan UMP-Tengku Abdullah berlangsung selama tiga hari dan melibatkan 12 lokasi perhentian. Iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, UMP Gambang, Kompleks Belia Maran, SK Gau Temerloh, SK Rantau Panjang Lanchang, SMK Karak Setia Bentong, Sekolah Menengah (SM) Vokasional Ampuan Afzan Bentong, SMK Bukit Tinggi, SBPI Gombak dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
05. Ketua Ekspedisi Kayuhan UMP-Tengku Abdullah adalah Ramle Abid. Beliau telah membuat kerjasama dengan semua pihak melibatkan petugas peralatan, teknikal, pengangkutan, logistik dan bantuan petugas kesihatan berjaya memastikan peserta sentiasa berada dalam keadaan selamat hingga ke destinasi akhir.

Jurulatih pasukan Kayuhan UMP-Tengku Abdullah adalah Cikgu Sakri Hamzah. Beliau memastikan sokongan keluarga pelajar dan semangat guru-guru yang terus menyuntik semangat kepada pelajar. Saat paling getir adalah apabila sampai di kawasan mendaki bukit yang tinggi sekitar Bentong dan Karak. Semangat dan kerjasama telah membolehkan kepayahan ini diharungi dengan jaya. Tahap disiplin dan komitmen pelajar dalam perjalanan ekspedisi sentiasa dipantau supaya kayuhan mengikut jadual serta berjalan lancar.

Kayuhan UMP-Tengku Abdullah ini mendapat bantuan kawalan trafik PDRM dengan kerjasama oleh Ketua Pengarah Polis Pahang, Datuk Shahrifuddin Ab Ghani.

Turut serta dalam Kayuhan UMP-Tengku Abdullah adalah pelajar tingkatan empat SMK Tengku Abdullah iaitu Thanaselan a/l Ramachandran. Beliau tidak kekok berkayuh bersama rakan-rakan lain dengan membawa semangat 1Malaysia ke Putrajaya ini. Thanaselan tidak pernah menyertai sebarang ekspedisi sebelum ini dan amat teruja. Tidak pernah menyangka akan sampai ke Putrajaya dengan berbasikal.

Bagi Muhammad Naim Zulkafli, yang berpendapat cabaran yang paling tidak dapat dilupakan ketika kayuhan kami perlu melalui jalan di Karak. Ketika itu, beliau amat keletihan untuk melepasi jalan yang berbukit tinggi, walau bagaimanapun keletihan ini terubat apabila bersua dan dapat bersalaman dengan Perdana Menteri pada pagi ini.

Bagi Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMP, Nurul Atikah Zainal mula berminat menyertai aktiviti berbasikal sejak awal tahun lalu dan Kayuhan UMP-Tengku Abdullah ini adalah  suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat beliau. Kerana dapat merasai susah senang kayuhan sejauh 342 km dengan menempuh panas terik. Akhirnya dapat berjumpa dengan Perdana Menteri yang amat di kaguminya selama ini. Turut menyertai Nurul Atikah adalah 8 lagi peserta wanita yang mahu membuktikan perempuan juga berkemampuan menjalankan aktiviti lasak.

Peserta Kayuhan UMP-Tengku Abdullah dilepaskan  Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Peramu Jaya , YB Ibrahim Awang Ismail di rumah Perdana Menteri Malaysia di Pekan.

Turut membantu Kayuhan UMP-Tengku Abdullah adalah Jabatan Pertahanan Awam dan Parlimen Pekan.

Dipetik dari Unit Perhubungan Awam & Media Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.
SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI, 03-06-2011, 09:36:39.
community.ump.edu.my - Peserta Ekspedisi Berbasikal Temui PM di Putrajaya

Sunday, July 27, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (8) Pasukan basikal Sukma

Program Kayuhan Gunung Senyum turut disertai oleh Pasukan Lumba Basikal Pahang yang akan menyertai Sukma Pahang. Turut memantau pelumba-pelumba Pahang ini adalah orang kuat pasukan Encik Fauzi dan Encik Wak (Aminuddin Sulaiman).
08
Memerhati potensi pelumba-pelumba Pahang yang dijangka menyumbangkan pingat emas untuk Pahang.
07
Merancang dari awal bagi memastikan Pahang mendapat pingat emas dari acara basikal. Segala ilmu di perah untuk 'mengulik' impian supaya kilauan pingat emas menjadi kenyataan bukan mimpi ngeri.
06
Berfikir sepanjang masa bagi 'menyuluh' lubang yang boleh membuahkan pingat emas untuk pasukan Pahang.
05
Tersenyum memikirkan harapan yang disandarkan untuk mendapatkan 'pulangan' yang berbaloi-baloi untuk negeri Pahang.
04
Memerhati kemunculan kilauan pingat emas untuk Pahang.
03
Memberikan tumpuan kepadq pingat emas yang bakal dikalongkan ke lehir untuk dibawa balik ke Pahang untuk membalas jasa Majlis Sukan Pahang kerana memberikan sumbangan peruntukan yang besar (200,000) untuk basikal baru Sukma Pahang.
02
Bergembira kerana gambaran emas bakal menjelma kerana berlumba di Tahah Tok Banaman pahlawan Pahang.
01
Bersedia."Pingat Emas, Mu Tunggu Aku Datang"

Tuesday, July 22, 2014

Aminuddin Sulaiman bersama Pelumba Malaysia di Chiang Mai Thailand 2014


 01. Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursus dengan berbagai instructor dari luar Negara khusus dari Barat ramai yang  mengatakan:-
 02. Seorang pelumba perlu banyak berkayuh, lagi banyak km, lagi kuat kaki seseorang pelumba itu
 03. Pelumba di Asia rata-rata kurang berkayuh dan kurang km pada kaki mereka dan sebab itulah prestasi mereka jauh ketinggalan berbanding  pelumba Eropah.
 04. Pelumba Eropah terutama professional berkayuh sejauh 35,000 km- 45,000km setahun.
 05. Perkara diatas hanya menyentuh satu perkara sahaja dari segi latihan, sedangkan terlalu banyak perkara yang perlu di ambil kira.
 06. Sebenarnya melalui pengalaman dan pembelajaran secara rasmi dan tidak rasmi, banyak perkara atau pengetahuan yang saya timba dan ingin saya kongsi bersama orang-orang yang ingin mendengarnya atau berminat.
 07. Senario di Malaysia ini masalahnya terlalu ramai orang yang berlagak pandai, atau rasa mereka sudah terlalu pandai dengan sekadar mereka mengetahui atau mahir sesuatu perkara sahaja dalam latihan berbasikal.
 08. Orang sebegini sering mempengaruhi orang ramai (pengikut sukan berbasikal) agar mengikut cara atau teknik mereka.
 09. Keadaaan ini sebenarnya akan merosakkan generasi sukan berbasikal di Malaysia, kerana banyak sangat ajaran atau fahaman songsang yang boleh membuat orang ramai terkeliru.
 10. Ini boleh membantutkan perkembangan sukan berbasikal di Malaysia.
 11. Selepas Azizul siapakah lagi pelumba yang setaraf dengannya selepas ini?
12. Senario di Malaysia juga biasanya orang akan terpengaruh kepada perkara-perkara yang popular, contoh seperti iklan produk kesihatan, atau trend tertentu yang menjadi ikutan.

Sumber gambar dan text: Aminuddin Sulaiman Jurulatih Malaysia.
Rujuk: http://lamanbasikal.blogspot.com/2011/12/pertama-prinsip-latihan-basikal.html

Sunday, July 20, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (5) Papan Tanda

YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DIMP., SMP. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan telah melancarkan papan tanda info untuk Gunung Senyum. Turut berbaris dihadapan papan tanda adalah Pasukan Lumba Basikal Pahang untuk Sukma Pahang 2012.

01Semoga dengan pengenalan papan tanda baru ini pelancong tahun melawat Malaysia 2014 akan mendapat maklumat yang bermanafaat. Kadang-kadang kita sendiri lupa kenapa dinamakan Gunung Senyum?

Tuesday, July 15, 2014

Aminuddin Sulaiman di Chiang Mai Thailand 2014

 01. Sedia membantu sedia berkhidmat.
 02. Papan tanda The Memorial Stupa King Narasuan The Great. Setiap 25hb Januari disambut sebagai hari peringatan untuk Raja Naresuan. Baginda adalah raja yang menjadi wira bagi Thailand. Baginda dianggap legenda kerana peperangan bergajah. Baginda berjaya menewaskan putera mahkota Burma semasa peperangan tersebut. Berlaku pada tahun 1592. Maka ianya dingati sebagai Hari Tentera Diraja Thai. Orang berkumpul di tempat-tempat suci untuk sembahyang. Setiap pangkalan tentera mempunyai patung baginda.
03. Global Positioning System (GPS) adalah integrasi yang menghubungkan rangkaian satelit pada orbit bumi bagi pemetaan posisi jalan darat, udara dan laut. Satelit ini asalnya bertujuan bagi kegunaan tentera yg dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika, ia dikenali NAVSTAR GPS. Satelit GPS pada orbit tetap berfungsi dalam apa jua cuaca, 24jam tanpa henti, sepanjang tahun. Satelit GPS berpusing 2 kali sehari pada paksi dan orbit dan menyimpan masa & kedudukan Latitud dan Longitud. Maklumat ini dihantar (transmit) secara berterusan secara langsung (real time) kepada alat penerima (receiver) bagi menetapkan kordinat didaratan. Penerima akan menafsirkan maklumat koordinat yg diterima kepada program (aplikasi GPS). Aplikasi ini pula akan menterjemahkan kedudukan dalam bentuk peta lokasi sebagai panduan pengguna.

10 perkara menarik di Chiang Mai adalah:

1. Makanan taradisional mee Khao Soi
2. Taman negara Ob Luang National Park dan Doi Inthanon National Park
3. Mendaki Gunung Doi Suthep yang memiliki 300 anak tangga
4. Melawat kampung Mae Klang Luang dan "hidden waterfall".
5. Melawat bazaar malam di Chang Klan Road, Saturday Walking Street di Wualai Road, Sunday Walking Street di Ratchadamnoen Road.
6. Melihat sambutan hari-hari penting seperti Songkran, water fight dan Tha Pae Gate.
7. Menikmati suhu sejuk 20 C (68 F)
8. Jalan raya Mae Hong Son Loop 600-kilometer yang bermula di Chiang Mai, Pai, Mae Hong Son, Mae Sariang dan kembali ke Chiang Mai.
9. Merasai ketenangan kehidupan masyarakat Chiang Mai
10. Menikmati pemandangan dari udara melalui "Balloon Adventure Thailand".

Rujuk: http://edition.cnn.com/2014/05/28/travel/bourdain-chiang-mai/

Blog k-ridersteam.blogspot.com

Berkunjunglah ke Blog Knight Rider Team (http://www.k-ridersteam.blogspot.com)


Info terakhir blog adalah:
pada Tuesday, June 24, 2014 yang bertajuk Roda Basikal Kami Berputar-putar D Funride Padang Rengas.

Bagus dok mengelamun.... terdengar bunyi Handphone teman berbunyi, ooo rupe nye ade mesej masuk dalam group whatsApp Knight Riders Team.. dari bro Zaini berbunyi bergini..

"Ada sesiapa nak pergi Funride Padang Rengas 18km sabtu depan?

Pedaftaran percuma.. dapat T-Shirt free dan cabutan...

Wow!!  bagi teman rugi kalau tak pergi .. masa yang sama jugak teman hantar butir2 peribadi teman pada beliau (zaini)... ...

Pagi sabtu 21Jun2014 menceritakan apa yang berlaku......

Kayuhan Alam Sekitar Maran:'cycling bird watching'

13 April 2014 (Ahad).
Bersempena dengan pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah diadakan serentak Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km. Peranan masyarakat dalam isu pencemaran alam sekitar di Maran telah diperhebatkan lagi apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Parlimen Maran pada hari ini.


 Seperti juga sukan-sukan yang lain, nikmat yang paling nikmat adalah apabila berjaya menamatkan jarak kayuhan yang disasarkan. Lebih seronok adalah apabila kita sampai dalam keadaan yang selesa dan tidak terlalu letih. Memang amat mendukacitakan apabila terpaksa menapatkan kayuhan dengan menaiki lori atau lebih malang lagi jika terpaksa menamatkan kayuhan dengan menaiki ambulan.
 Bagi kumpulan kayuh kaki santai pula adalah menyeronokkan apabila dapat mengayuh atau mengiringi kumpulan atau peserta yang paling akhir. Ramai pengayuh-pengayuh baru dan lama memberikan tumpuan kepada mereka yang berada didepan. Kerana mereka yang didepan adalah mereka yang dianggap hebat basikalnya, hebat kawan-kawannya dan juga hebat cakap-cakapnya.
Tetapi ada juga kumpulan yang suka memberikan tumpuan kepada mereka yang berada paling belakang ATAU siapa yang kayuh basikal yang paling 'sengket' atau paling tua atau paling sampoi. Suatu pengalaman yang sukar dibeli apabila dapat mengiring atau mengayuh bersama dengan mereka yang paling belakang sedangkan kita mampu meninggalkan mereka. Mungkin setelah lebih 20 tahun mengayuh telah susut 'nafsu'  untuk sentiasa mengayuh di depan. Rupanya banyak yang kita akan dapat cungkil jika kita bersama mereka yang 'ditinggalkan' di belakang.

Ini adalah salah satu keadah untuk menikmati aktiviti berbasikal. Bukan bila sampai atau tamat adalah perkara yang paling seronok, tetap masa mengayuh adalah paling seronok. Bila sampai seronoknya habis. Ini juga boleh dinamakan 'seni mengayuh'. Kayuh-kayuh cari motivasi. Ada pihak panggil cara ini adalah 'Bird Watching' atau lebih tepat lagi 'cycling bird watching'.

Perkara yang paling keciwa dalam 'cycling bird watching adalah apabila peserta paling belakang yang kita iring membuat keputusan 'dah betul-betul tak larat' dan TERPAKSA naik lori yang disediakan oleh penganjur. Ini dianggap sebagai kegagalan 'bird watcher' memberi motivasi untuk mereka terus mengayuh.

Mungkin ada 'kumpulan' 'cycling bird watching' dapat menyokong mereka yang baru-baru nak cuba kayuh dengan basikal murah mereka. Kumpulan 'miskin' ini biasanya 'dipulau' oleh kumpulan besar. Mereka sering berasa terasing dalam dunia aktiviti berbasikal. Inilah hakikat budaya berbasikal masa kini.
Kita harap akan betul-betul ada penganjur yang anjurkan kayuhan 'fun' untuk mereka yang nakkan 'fan'. Sebenarnya ramai yang telah 'serik' dengan 'fun ride' kerana apa yang terjadi adalah penganjur anjurkan 'fast ride' bukan 'fun ride'. Mereka yang baru-baru nak kayuh jauh ditinggalkan seorang diri dalam hutan atau kawasan sunyi. Tiada sesiapa mengiring, baik peserta yang 'bersimpati' ataupun kumpulan 'Bird Watching'. Fun ride tersebut boleh menjadi kayuhan yang terakhir yang disertai. Seterusnya adalak kayuhan bersama keluarga sahaja.

Semasa Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 ini, ada pasukan dan individu yang tidak sanggup menyertainya kerana sudah tahu ianya BUKAN 'fun ride'. Mereka terniang-niang kata: Lu mau kayuh kasi beli basikal mahal lo. Kita olang tak main basikal libu-libu woo. Gatal bontok kayuh basikal cap ayam. Kayuh mau depan loo, bapok pun kayuh depan. Ini brand orang sudah tak pakai, lu angkat siapa punya barang ni. Dan macam-macam kata-kata. Kebanyakan kata-kata sebegini diucapkan secara main-main, orang lama tak rasa apa-apa, orang baru mungkian akan takut dan kecut dengar. Mungkin orang baru kena faham inilah cara orang-orang zaman sekarang bercakap.

Sunday, July 13, 2014

Homestay Indera Mahkota 2 kuantan Pahang Malaysia.


Menyewa disini. esoknya boleh melakukan Kayuhan Sungai Lembing.

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (1)

Masjid Kampung Laut yang dibangunkan semula di Nilam Puri, asalnya terletak di Kampung Laut di pinggir Sungai Kelantan, iaitu di seberang sebelah hilir Bandar Kota Bharu. Masjid yang asal bukanlah seperti yang dilihat pada hari ini. Struktur asasnya dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat. Atapnya adalah diperbuat dari daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Agung demak di Jawa dan Masjid Kuno (Masjid Panduranga) di Champa.

sember: http://tabutjawi.blogspot.com/2012/05/tokoh-pembangun-masjid-tua-nusantara.html

Kayuhan Gunung Senyum (4) Pahang FM

Turut memeriahkan program pada Kayuhan Gunung Senyum ini adalah Pahang FM. Selesai aktiviti menanam pokok ini Datuk Hanafiah Abdul Mutaib telah ditemuramah oleh Pahang FM.
03
Cuba lihat siapa yang tompang bergaya dengan basikal di belakang Datuk Hanafiah Abdul Mutaib. Mana tau ada rezeki boleh keluar suara basikal dalam Pahang FM.
02
Cuba lihat disini, siapa pula yang terjengok-jengok dibelakang Datuk Hanafiah Abdul Mutaib. Nak pergi dekat takut tetiba Pahang FM buat temuramah dengan dia.
01
Lagi sekali tompang bergaya dibelakang Datuk Hanafiah Abdul Mutaib bekas pengarah Tourism Pahang (PKBF)

Sunday, July 6, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (3) Tanam Pokok

Turut diadakan sempena Program Kayuhan Gunung Senyum adalah acara menanam pokok. Lebih logij jika diadakan sesi 'menanam' basikal. Bimbang kalau bila dah besar akan keluar basikal, habis semua kedai basikal tutup sebab ada pokok basikal.

08
Sorong dalam-dalam sampai sontok, biar terasa nikmat menanamnya.
07
Harap-harap tumbuh setelah pokok yang ditanam mendapat semangat basikal
06
Simbah dengan air dari dalam baldi
04
Cocok dalam tanah
02
Bersedia