Tuesday, January 15, 2013

Kayuhan Nazwan 05.01.2013

Pada hari Ahad bersamaan 5hb Januari 2013 Nazwan telah membuat kayuhan dari Perkampung Indera Sempurna - Pantai Sepat - Charok Paloh - Ubai - Perkampungan Indera Sempurna. Kayuhan ini berlangsung sejauh 53km. Sebelum memulakan kayuhan 53km ini, tiada latihan yang berkaitan dengan kayuhan dilakukan.

Nazwan menggunakan basikal Jamid Durango 1 yang telah di 'upgrade. Menggunakan fork Rock Shox Dirt 3 dan menggunakan rim mevic.
 01. Bergambar di batu tanda Pekan 31km dan Kg. Cherok Paloh 6km.
 02. Bergambar di batu tanda Kuantan 16km.
 03. Batu tanda aras.
 04. Kayuhan Nazwan telah sampai di Sungai Penor (C17/20/50)
 05.  Jambatan yang merentang Sungai Penor.
 06. Nazwan telah sampai di Surau kampung tebing Tinggi Penor 26610 Kuantan.
 07. Dihadapan kem latihan Khidmat Negara.
 09. Simpang ke Institut Oseanografi dan Kajian Maritim (INOCEM) dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa dan ditempatkan di Kampung Charok Paloh. [bakaumalaysia.blogspot.com]
 10. papan tanda sempada daerah Pekan.
 11. Inilah nasi ayam Kampung Ubai yang dinikmati oleh Nazwan.
 12. Bergambar dihadapan kedai makan Nasi Dagang Ubai tempat Nazwan makan nasi ayam ubai.
 13. Akhir sekali Nazwan bergambar dihadapan pintu gerbang Penjara Penor. Jika ada peluang akan mengayuh ke kawasan Penjara Mempaga Bentong pula.
[ jpmportal.prison.gov.my: prodok penjara penor ]

Setelah tamat kayuhan sejauh 53km Nazwan hanya sakit sikit-sikit pada peha bahagian depan dan tepi sahaja. Pengalaman pernah patah kaki tidak menjejaskan kekuatan kaki Nazwan untuk mengayuh sejauh 53km. 

Kepada penduduk sekitar Inderasempurna dan Inderapura yang berminat untuk mengiku Nazwan mengayuh, boleh cari Nazwan di SMK Mat Kilau (tingkatan satu).

No comments:

Post a Comment