Mengikut anggaran jarak dari Kuantan, jaraknya adalah lebih kurang 40km. Pukul 9.45 pagi kami telah sampai di batu tanda yang menunjukkan jarak ke Sungai Lembing adalah 19km.
Badan belum ada rasa sakit-sakit. Tetapi 19 km ini menunjukkan kami baru sampai separuh perjalanan nak ke sungai lembing.
Kami ada berselisih dangan kumpulan pengayuh basikal seramai tiga orang. Kami hanya sempat melambaikan tangan sahaja.
Kami dapati jarak antara Perpustakaan Desa Indera Mahkota dengan Perpustakaan Desa Sungai Lembing adalah adalah 38.8km. (Sumber daftar-jarak-perpustakaan-di-daerah-kuantan ]. Mungkin jarak sebenar kayuhan kami mungkin akan cecah 40km.
Kayuhan perbi balik ke Sungai Lembing ini adalah lebih kurang 80km.
No comments:
Post a Comment