Sunday, January 27, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (A) Bermula

Kami adalah kumpalan pengayuh basikal yang tidak pernah mengayuh basikal ke Sungai Lembing Pahang Malaysia. Hasrat untuk mengayuh basikal ke Sungai Lembing telah lama disimpan. Pada 26 Januari 2013 (Sabtu) kami telah berkesempatan melakukan kayuhan ke Sungai Lembing Pahang.

Acar kayuhan ini disertai oleh tiga orang pererta sahaja. Nak ikut serta kumpulan yang dah biasa kayuh ke Sungai Lembing kami tak mampu. Mereka ni tentu kayuh laju dan tak 'pandang belakang'. Kami bukan jenis kayuh laju. Kami adalah kumpulan kayuh perlahan. Kerana dengan cara ini kami dapat merasai nikmat mengayuh basikal.

Kami berkumpul di Indera Mahkota Kuantan Pahang. Kayuhan Sungai Lembing kami yang pertama kali ini telah bermula tepat jam 8 pagi. Kami menjangkakan kayuhan sengai lembing ini tidak sama dengan kayuhan gunung senyum yang kami telah lakukan setiap tahun bermula pada tahun 1990an.
 01. Baru beberapa kilometer mengayuh kami terlihat sebuat warong roti canai. Terasa pada kami seolah-olah warong roti canai tersebut melambai-lambai kami supaya singgah sebentar. 

Turut menyertai kami adalah Cannondale F3000sl 2004, Fuji Nevada 1.0 2008 dan Jamis Durango 1 2010.

02. Rotai canai ini sungguh rangup dan sedap. kami makan dua keping seorang.

Dalam kayuhan Sungai Lembing ini kami telah bertemu dengan orang lama yang berpengalaman:
1. Encik David Fun (Jurugambar yang berasal dari kuala lumpur)
2. Encik Wan Ismail bin Wan Ali (cucu Wan Jusuh yang pernah bertugas di Istana Pekan)
3. Norain bt Mat (Aki Mat ini juga dikenali dengan nama Mat Tekong lombong sungai lembing, Mat Pahang dan Mat Lenggok)
4. Encik Bidin (bekas anggota tentera British Army dan Orkestra DBKL)

Semak Daftar Jarak
[ daftar-jarak ]

No comments:

Post a Comment