Gambar kayuhan Gunung Senyum 6hb Mei 1998.
Berbasikal tidak sentiasa menyeronokkan. Kadang-kadang ia menyakitkan. Kadang-kadang dirasakan kita dah serik dan tak sanggup lagi mengayuh.
Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, apabila kita balik dari mengayuh dan kita merasakan "Saya tak sanggup dah ngayuh lagi" tapi minggu depan mengayuh semula.
Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, apabila kita balik dari mengayuh dan kita merasakan "Saya tak sanggup dah ngayuh lagi" tapi minggu depan mengayuh semula.
Jadi, bagaimana kita nak mulakan mengayuh dan tinggalkan sementara tilam yang empok diawal pagi?
Mesti Mempunyai Matlamat
Jika anda tidak ada matlamat, mula-mula perlu dapatkan satu matlamat. Bukan matlamat untuk menjadi pelumba dan kayuh lintang pukan dan tinggalkan semua orang dan anda rasakan matlamat anda tercapai. Bukan matlamat macam itu. Mungkin matlamat anda adalah:
- keinginan untuk kekal cergas dan sihat,
- suatu jarak yang anda mahu kayuh
- mengurangkan berat badan
- Merapatkan hubungan sesama ahli keluarga
- Macam-macam matlamat yang anda sahaja lebih tahu
Dapatkan satu matlamat hari ini.
Itulah yang kami bertiga buat pada tahun 6hb Mei 1998 seperti dalam gambar. Kami berkongsi satu matlamat untuk mengayuh ke gunung senyum. Pada masa itu tak ramai orang mengayuh basikal. Malah tak ramai yang buat kerja mengayuh ke gunung senyum tiap-tiap tahun. Kayuh pula dengan basikal besi. Nak jumpa basikal aloi ditemerloh amat-amat jarang. Tetapi kami seronok kerana matlamat kami nak kayuh ke gunung senyum tiap-tiap tahun. Setiap tahun itulah yang kami tunggu. Dan setiap minggu kami berlatih untuk kayuhan yang menjadi matlamat kami.
Bagi kami yang penting adalah mengayuh bukan basikal apa yang dikayuh.
Koleksi gambar-gambar lama ini ada banyak dan kami harap dapat mengeluarkannya secara berperingkat jika ada kelapangan.
No comments:
Post a Comment