Saturday, May 31, 2014

Zainal 31: kunjungan ke rumah saudara setiausaha kelab Bike Pahang.

Kunjungan ke rumah saudara setiausaha kelab Bike Pahang.

Berbaju belang adalah Tok Penghulu Jazam kini membuka Restoran Temerloh Catering.

Wednesday, May 28, 2014

Popular Posts 28.5.2014

  1. Ada pemerhati basikal bertanya, kenapa ada basikal yang dijual mahal sangat , dimana letaknya harga yang mahal itu? Jawapannya adalah yang ...
  2. Basikal yang mahal adalah idaman setiap pengayuh basikal tegar. Ada pengayuh yang dengan mula-mula kayuh dan mula-mula beli terus merasa ba...
  3. Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang m...
  4. Banyak pengayuh yang telah bertahun-tahun mengayuh rekreasi. Paling jauh mereka mengayuh 50km ke 80km. Mungkin ada yang ingin mencuba berbas...
  5. Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak ...
  6. TEMERLOH. Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursu...
  7. Bagi tahun 2012, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia akan menganjurkan sebanyak 24 kejohanan acara road. JUMLAH KEJOHANAN IKUT BU...
  8. Doa Keluar Masuk tandas adalah doa yang boleh dijadikan pendinding semasa kita menjalankan aktiviti berbasikal. Kita tak tau apa yang akan ...
  9. INGIN BERJAYA DALAM PERNIAGAAN BASIKAL 1. Jangan berbelanja melebihi pendapatan. Perkara ini sering dilakukan dalam perniagaan. Ada oran...
  10.   2013 SPECIALIZE Stumjumper Comp 29er RM5600 SPECK : 1)ALELO CARBON HANDLE BAR 2)X9 RD & SHIFTER 3)ELEMENT HUB 4)MAXXIS ICON TIRE --.

Saturday, May 24, 2014

Zainal 30: Kayuhan ke Tasik Bera- Group yang tersesat

Gambar tahun 1995.
Kayuhan ke Tasik Bera- Group yang tersesat dalam perjalanan ke Tasik Bera.

Saturday, May 17, 2014

Zainal 29: Kayuhan ke Tasik Bera

Kayuhan ke Tasik Bera Mengayuh di hadapan sekali adalah Encik Din Planet Tukang Tayar.

Gambar tahun 1995. 24 hb. September 1995.

Thursday, May 15, 2014

Kayuhan Alam Sekitar Maran: Persediaan fizikal kayuhan jarak jauh 80km

13.4.2014 (Ahad)
Pada hari ini telah diadakan Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km.

Kayuhan Alam Sekitar Maran yang bersempena pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah 'memaksa' peserta mendengar penerangan tentang kepentingan alam sekitar yang bersih. Perkara ini sebetulnya adalah perkara yang seiring dengan tujuan peserta memilih basikal sebagai aktiviti riadah. Aktiviti berbasikal sudah tentu tidak memerlukan minyak petrol yang boleh mencemarkan udara,
Dari sudut prinsip latihan dalam sains sukan, kita memerlukan prinsip ansur maju untuk menyediakan fizikal atau otot kita untuk menghadapi bebenan tugas yang berat sejauh 80km. Kita tidak boleh cuba-cuba untuk menambah bebanan tersebut kepada badan kita. Kita perlu latih badan kita untuk menghadapi bebanan tersebut. Dan latihannya adalah secara ansur maju. Ansur maju juga ada peraturan seperti melakukan tambahan jarak kayuhan sebanyak 15 atau 20 peratus dari jarak yang kita telah buat.
Badan kita boleh rosak jika kita melakukan tambahan beban latihan tidak mengikut prinsip ansur maju. Mungkin kita tidak boleh nampak untuk jarak masa yang dekat. SEPERTI orang yang merokok, kadang-kadang setelah menghisap rokok selama 30 tahun masih sihat, boleh berjalan dan tidak berulang ke hospital. Satu hari hisap 20 batang rokok. Tiga puluh hari dah hisap 600 batang rokok. Iaitu satu bulan 600 batang rokok.Satu tahun dah hisap 7,200 batang rokok.Maka untuk tempoh 30 tahun baru hisap sebanyak 216,000 batang rokok. tak sampai Suku juta batang.
 
SEPERTI orang berlatih untuk acara kayuhan atau larian jarak jauh. Satu minggu mengayuh sejauh 20 km. Empat minggu kayuh sejauh 80 km. Iaitu satu bulan dah kayuh 80 km.Dua belas bulan mengayuh sejauh 960 km.Maka dalam tempoh 30 tahun baru kayuh 28, 800 km.
Berbalik semula kepada 80 km. Kalau kita mengayuh 20 km seminggu kita akan mencapai 80 km dalam tempoh sebulan. Jarak tersebut diperolehi secara sikit-sikit iaitu 20 + 20 + 20 + 20. Bukan sekali gus dapat 'selongok' 80 km. Untuk menyediakan diri kita bagi kayuhan sejauh 80 km, kita perlu melakukan kayuhan sebenar 80 km, bukan kayuhan terkumpul sebanyak 80 km.
Untuk mencapai jarak 80 km. Kita tidak boleh guna formula 20 + 20 + 20 + 20. Kita perlu ubah formula MUNGKIN seperti 
BULAN PERTAMA: 20 + 20 + 20 + 20
BULAN KEDUA: 20 + 30 + 40 + 50
BULAN KETIGA: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KEEMPAT 30 + 40 + 50 + 60
BULAN KELIMA: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KEENAM: 40 + 50 + 60 + 70
BULAN KELAPAN: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KEENAM: 50 + 60 + 70 + 80
BULAN KELAPAN: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KESEMBILAN: hari jadi
Mungkin juga anda tidak ada masa selama LAPAN bulan untuk berlatih. Katakan masa cuma ada EMPAT bulan sahaja. Dengan bantuan jurulatih yang 'bersijil' Minta beliau 'cut' masa tersebut dengan menukar ..... kepada ..... dan memasukkan ..... sebagai ganti dan perlu ada ..... bagi mengelakkkan terjadinya .....

Perkara yang palong ditakuti oleh jurulatih 'bersijil jurulati basikal' dan  'bersijil sains sukan' adalah c.... Sang Jurulatih akan di tanya oleh Si Jurulatih lain: "macam mana you latih budak tu sampai dia c....". bagi menyelamatkan diri dan maruah Sang Jurulati terpaksa menjawab: "budak tu tak ikut formula, dia nak break the law".
Itu sikit-sikit cerita kalau nak ikut cara 'sains sukan'. Kalau nak ikut cara' sains rekreasi' kena ikut cara 'sains sukan' juga. Tapi MASALAHnya sekarang beli basikal bulan ini dan nak kayuh 80 km bulan depan (atau bulan ini juga). Kat sini tak boleh pakai cara 'sains sukan' kena pakai cara 'saing dan rodong'. Kalau nak bersaing dan berodong kena ikut saing atau rodong kita. Hantam sajalah labuuuuuuuuuu. Yakin Boleh. Satu lagi, kalau tak jumpa jurulatih yang 'bersijil' ... Hantam sajalah labuuuuuuuuuu. Yakin Boleh.
----------------------
13 April 2014 (Ahad).
Bersempena dengan pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah diadakan serentak Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km. Peranan masyarakat dalam isu pencemaran alam sekitar di Maran telah diperhebatkan lagi apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Parlimen Maran pada hari ini. 
 
Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) peringkat Parlimen Maran dilancarkan Ahli Parlimen Maran YB Dato Haji Ismail b Haji Abd Mutalib di Taman Tasik Maran, Pahang pada 13.4.2014. Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) ini berikutan bertambahnya kesedaran orang awam terhadap isu-isu yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Turut hadir semasa pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran 3P Parlimen Maran adalah YB Datuk Shahaniza Samsudin Adun Kuala Sentul.

Saturday, May 10, 2014

Zainal 28: Kayuhan Diraja bersama UIA Gombak ke Temerloh

Gambar tahun 1995. 16hb Mei 1995.

kelab Basikal kembara Negeri Pahang (BIKEPAHANG) dijemput untuk menyertai Kayuhan Diraja bersama UIA Gombak di Temerloh. kayuhan ini bermula di UIA Gombak dan tamat di Pekan Pahang.

Kelihatan dalam gambar adalah Encik Hasan Basri Tukan Rumah dan Encik Baha Norzibar Enterprise Tukang Taip Surat.

Sunday, May 4, 2014

01 Kayuhan Budu Lipis Pahang - bersedia

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00

 Tidak sampai 200 peserta telah mendaftar untuk menyertai Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Jumlah ini amat sesuai untuk laluan yang disediakan.. Kalau terlalu ramai , akan terjadi macam Kayuhan Janda Baik Bertukar dari Kayuhan Basikal kepada Menolak Basikal.
 Ramai peserta telah datang pada hari sebelumnya. Tetapi ada juga yang bertolak awal pagi dari tempat masing-masing.
 Ada juga yang masih ragu-ragu mengenai pencapaian masing-masing semasa Kayuhan Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 kerana ini adalah yang pertama.
 ALONG diapit oleh jantan-jantan perkara dari Semantan MTB (Temerloh)
 Pada hari ini juga turut berlangsung Kayuhan 120km Jerantut yang dikhaskan kepada peminat basikal racing. Kayuhan 120km Jerantut ini mungkin dijadikan medan latihan sebelum Kayuhan 160k/180k Kuantan. Sebelum ini bakal peserta Kayuhan 160k/180k Kuantan telah menyertai Kayuhan 80k Maran sebagai salah satu slot latihan.
 Bagi Pengerusi Semantan MTB (Temerloh) Encik Abah The Patin Man, memilih untuk menyerti Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 yang berjarak 25km sahaja. Jika jarak 25k off road Budu Lipis di bandingkan dengan 120k Jerantut jalan raya mungkin .....
 Pihak penganjur memberikan penerangan yang baik, lengkap dan jelas kepada semua peserta. Bezanya adalah ada peserta yang mendengar dengan teliti ketika taklimat laluan dan keselamatan diberikan DAN ada yang bercakap sesama sendiri TIDAK henti-henti sampai tak tau apay yang diterangkan semasa taklimat laluan dan keselamatan.
Sebelum acara kayuhan Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 bermula peserta telah dapat melihat kesungguhan dan ketelitian pihak penganjur bekerja. Mungkin mereka kurang pengalaman dalam menganjurkan acara MTB tetapi mereka mungkin banyak bertanya da=n belajar. Tahniah kepada penganjur Mat Kilau MTB Xtion Series 2014
 Ada peserta datang dari jauh.Ada peserta yang datang. Ada yang tua dan ada yang muda. Ada yang besar dan ada yang kecil. Ada yang bujang dan ada yang dara. Ada yang janda dan ada yang duda. Ada yang suama dan ada yang isteri. Ada yang sudah ada pasangan dan ada yang belum berpunya. Ada yang bercakap tidak henti-henti dan ada yang diam membisu sepanjang acara. Ada yang berpantun dan ada yang berpuisi.

Saturday, May 3, 2014

Zainal 27: jenis basikal yang menyertai pameran di Maran

 
Gambat tahun 1995. 2hb Julai 1995.
Kelab Basikal Kembara Negeri Pahang mengadakan pameran di Padang Maran.

Inilah gambar jenis basikal yang menyertai pameran di Maran

Thursday, May 1, 2014

Gambar Kayuhan Janda Baik 20.4.2014

Janda Baik Waterfall Ride 2014 (JBWR2)

Tarikh: 19-20.4.2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa Pelepasan: 8.30 pagi

Tempat: Kg. Janda Baik, Pahang
Basikal: MTB sahaja (Off-road - Cross-country/XC)
Jarak: 35 km

Penganjur: SK Event Mgtwith

Makan tengahari Gulai Kawah Siti Norhaliza

Kategori
1 Lelaki Junior 12-18 tahun
2 Lelaki Terbuka 19-34 tahun
3 Lelaki Senior 35-44 tahun
4 Lelaki Senior Otai 45 tahun keatas
5 Wanita Terbuka
 Jarak rapat-rapat sampai tak boleh nak kayuh
 Masih berjarak yang rapat-rapat dan tak boleh nak kayuh.
 Baru boleh kayuh.
Kayuhan Tolak Basikal di Janda Baik, Pahang, Malaysia.

Sumber Gambar: CC Bukit Setongkol