Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00
Tidak sampai 200 peserta telah mendaftar untuk menyertai Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Jumlah ini amat sesuai untuk laluan yang disediakan.. Kalau terlalu ramai , akan terjadi macam Kayuhan Janda Baik Bertukar dari Kayuhan Basikal kepada Menolak Basikal.
Ramai peserta telah datang pada hari sebelumnya. Tetapi ada juga yang bertolak awal pagi dari tempat masing-masing.
Ada juga yang masih ragu-ragu mengenai pencapaian masing-masing semasa Kayuhan Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 kerana ini adalah yang pertama.
ALONG diapit oleh jantan-jantan perkara dari Semantan MTB (Temerloh)
Pada hari ini juga turut berlangsung Kayuhan 120km Jerantut yang dikhaskan kepada peminat basikal racing. Kayuhan 120km Jerantut ini mungkin dijadikan medan latihan sebelum Kayuhan 160k/180k Kuantan. Sebelum ini bakal peserta Kayuhan 160k/180k Kuantan telah menyertai Kayuhan 80k Maran sebagai salah satu slot latihan.
Bagi Pengerusi Semantan MTB (Temerloh) Encik Abah The Patin Man, memilih untuk menyerti Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 yang berjarak 25km sahaja. Jika jarak 25k off road Budu Lipis di bandingkan dengan 120k Jerantut jalan raya mungkin .....
Pihak penganjur memberikan penerangan yang baik, lengkap dan jelas kepada semua peserta. Bezanya adalah ada peserta yang mendengar dengan teliti ketika taklimat laluan dan keselamatan diberikan DAN ada yang bercakap sesama sendiri TIDAK henti-henti sampai tak tau apay yang diterangkan semasa taklimat laluan dan keselamatan.
Sebelum acara kayuhan Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 bermula peserta
telah dapat melihat kesungguhan dan ketelitian pihak penganjur bekerja.
Mungkin mereka kurang pengalaman dalam menganjurkan acara MTB tetapi
mereka mungkin banyak bertanya da=n belajar. Tahniah kepada penganjur
Mat Kilau MTB Xtion Series 2014
Ada peserta datang dari jauh.Ada peserta yang datang. Ada yang tua dan
ada yang muda. Ada yang besar dan ada yang kecil. Ada yang bujang dan
ada yang dara. Ada yang janda dan ada yang duda. Ada yang suama dan ada
yang isteri. Ada yang sudah ada pasangan dan ada yang belum berpunya. Ada yang bercakap tidak henti-henti dan ada yang diam membisu sepanjang acara. Ada yang berpantun dan ada yang berpuisi.
No comments:
Post a Comment