Thursday, May 15, 2014

Kayuhan Alam Sekitar Maran: Persediaan fizikal kayuhan jarak jauh 80km

13.4.2014 (Ahad)
Pada hari ini telah diadakan Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km.

Kayuhan Alam Sekitar Maran yang bersempena pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah 'memaksa' peserta mendengar penerangan tentang kepentingan alam sekitar yang bersih. Perkara ini sebetulnya adalah perkara yang seiring dengan tujuan peserta memilih basikal sebagai aktiviti riadah. Aktiviti berbasikal sudah tentu tidak memerlukan minyak petrol yang boleh mencemarkan udara,
Dari sudut prinsip latihan dalam sains sukan, kita memerlukan prinsip ansur maju untuk menyediakan fizikal atau otot kita untuk menghadapi bebenan tugas yang berat sejauh 80km. Kita tidak boleh cuba-cuba untuk menambah bebanan tersebut kepada badan kita. Kita perlu latih badan kita untuk menghadapi bebanan tersebut. Dan latihannya adalah secara ansur maju. Ansur maju juga ada peraturan seperti melakukan tambahan jarak kayuhan sebanyak 15 atau 20 peratus dari jarak yang kita telah buat.
Badan kita boleh rosak jika kita melakukan tambahan beban latihan tidak mengikut prinsip ansur maju. Mungkin kita tidak boleh nampak untuk jarak masa yang dekat. SEPERTI orang yang merokok, kadang-kadang setelah menghisap rokok selama 30 tahun masih sihat, boleh berjalan dan tidak berulang ke hospital. Satu hari hisap 20 batang rokok. Tiga puluh hari dah hisap 600 batang rokok. Iaitu satu bulan 600 batang rokok.Satu tahun dah hisap 7,200 batang rokok.Maka untuk tempoh 30 tahun baru hisap sebanyak 216,000 batang rokok. tak sampai Suku juta batang.
 
SEPERTI orang berlatih untuk acara kayuhan atau larian jarak jauh. Satu minggu mengayuh sejauh 20 km. Empat minggu kayuh sejauh 80 km. Iaitu satu bulan dah kayuh 80 km.Dua belas bulan mengayuh sejauh 960 km.Maka dalam tempoh 30 tahun baru kayuh 28, 800 km.
Berbalik semula kepada 80 km. Kalau kita mengayuh 20 km seminggu kita akan mencapai 80 km dalam tempoh sebulan. Jarak tersebut diperolehi secara sikit-sikit iaitu 20 + 20 + 20 + 20. Bukan sekali gus dapat 'selongok' 80 km. Untuk menyediakan diri kita bagi kayuhan sejauh 80 km, kita perlu melakukan kayuhan sebenar 80 km, bukan kayuhan terkumpul sebanyak 80 km.
Untuk mencapai jarak 80 km. Kita tidak boleh guna formula 20 + 20 + 20 + 20. Kita perlu ubah formula MUNGKIN seperti 
BULAN PERTAMA: 20 + 20 + 20 + 20
BULAN KEDUA: 20 + 30 + 40 + 50
BULAN KETIGA: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KEEMPAT 30 + 40 + 50 + 60
BULAN KELIMA: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KEENAM: 40 + 50 + 60 + 70
BULAN KELAPAN: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KEENAM: 50 + 60 + 70 + 80
BULAN KELAPAN: 20 + 20 + 20 + 20 (rest)
BULAN KESEMBILAN: hari jadi
Mungkin juga anda tidak ada masa selama LAPAN bulan untuk berlatih. Katakan masa cuma ada EMPAT bulan sahaja. Dengan bantuan jurulatih yang 'bersijil' Minta beliau 'cut' masa tersebut dengan menukar ..... kepada ..... dan memasukkan ..... sebagai ganti dan perlu ada ..... bagi mengelakkkan terjadinya .....

Perkara yang palong ditakuti oleh jurulatih 'bersijil jurulati basikal' dan  'bersijil sains sukan' adalah c.... Sang Jurulatih akan di tanya oleh Si Jurulatih lain: "macam mana you latih budak tu sampai dia c....". bagi menyelamatkan diri dan maruah Sang Jurulati terpaksa menjawab: "budak tu tak ikut formula, dia nak break the law".
Itu sikit-sikit cerita kalau nak ikut cara 'sains sukan'. Kalau nak ikut cara' sains rekreasi' kena ikut cara 'sains sukan' juga. Tapi MASALAHnya sekarang beli basikal bulan ini dan nak kayuh 80 km bulan depan (atau bulan ini juga). Kat sini tak boleh pakai cara 'sains sukan' kena pakai cara 'saing dan rodong'. Kalau nak bersaing dan berodong kena ikut saing atau rodong kita. Hantam sajalah labuuuuuuuuuu. Yakin Boleh. Satu lagi, kalau tak jumpa jurulatih yang 'bersijil' ... Hantam sajalah labuuuuuuuuuu. Yakin Boleh.
----------------------
13 April 2014 (Ahad).
Bersempena dengan pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah diadakan serentak Kayuhan Alam Sekitar Maran 2014 sejauh 80km dan Kayuhan Tasik Maran 2014 sejauh 40km. Peranan masyarakat dalam isu pencemaran alam sekitar di Maran telah diperhebatkan lagi apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Parlimen Maran pada hari ini. 
 
Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) peringkat Parlimen Maran dilancarkan Ahli Parlimen Maran YB Dato Haji Ismail b Haji Abd Mutalib di Taman Tasik Maran, Pahang pada 13.4.2014. Penubuhan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) ini berikutan bertambahnya kesedaran orang awam terhadap isu-isu yang melibatkan pencemaran alam sekitar. Turut hadir semasa pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran 3P Parlimen Maran adalah YB Datuk Shahaniza Samsudin Adun Kuala Sentul.

No comments:

Post a Comment