Sunday, December 14, 2014

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (7)

Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang bermaksud: 

"Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."
(surah Al-Nur, ayat 36-37) 

Rujuk: bicaramuslim.com

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (6)

Di bidang ekonomi, masjid pada awal perkembangan Islam di gunakan sebagai “Batiul Mal” yang agihkan harta zakat, sedekah, dan rampasan perang kepada fakir miskin dan kepentingan Islam. Golongan lemah pada waktu itu sangat terbantu dengan adanya baitul mal.

Rujuk: shahraniefauzi.blogspot.com

Saturday, December 6, 2014

Adun Tahan, YB. Dato' Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak jadi Presiden Persatuan Basikal Pahang 2014

YB. Dato' Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak Adun Tahan Jerantut telah menang tanpa bertanding semasa Mesyuarat Agung Persatuan Berbasikal Pahang di Rumah Rehat Temerloh pada 25 Mei 2014.

sumber gambar: http://wzwh.blogspot.com

Tidak perlu Persatuan Berbasikal Pahang mengariskan kriteria pemilihan YB DATO' WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK (Adun Tahan) sebagai Presiden baru bagi menggantikan presiden lama. Persatuan Berbasikal Pahang sentiasa bersedia menerima sesiapa sahaja yang mampu memberikan sumbangan kepada negeri Pahang melalui Persatuan Berbasikal Pahang.

Kepimpinan YB. Dato' Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak amat diharapkan oleh 4 badan gabungan Persatuan Basikal Pahang. Kemenangan beliau akan menjadi langkan 'kanan' kepada Persatuan Berbasikal Pahang bagi kembalikan kegemilangan Pahang.

Beliau mahu kembalikan kegemilangan era 80an dan 90an negeri Pahang dalam lumba basikal. Semua AJK dan badan gabungan perlu  'memecut' kearah tersebut dalam tempoh setahun. Inilah yang dibincangkan semasa Mesyuarat AJK Persatuan Berbasikal Pahang di Rumah Rehat Jerantut pada 5hb Disember 2014.

Berada dalam gambar adalah Encik Aminuddin Sulaiman dan Encik Osman Limat.

Melalui kepimpinan YB. Dato' Wan Amizan sebagai presiden baru, semua AJK dan badan gabungan perlu memberikan pelbagai sokongan yang amat diperlukan oleh beliau.

Kepada peminat basikal didaerah yang belum ada persatua berbasikal, mereka amat digalakkan untuk menubuhkan persatuan basikal di daerah masing-masing. Penubuhan ini perlu kerana Pelan Pembangunan Sukan Berbasikal Negaerri Pahang 2015 akan melibatkan pencarian bakat-bakat muda di semua daerah di Pahang.

Pelan Pembangunan Sukan Berbasikal Negaeri Pahang 2015 akan dijadikan oleh  YB. Dato' Wan Amizan sebagai 'alat' bagi menjadikan Negeri Pahang kembali unggul seperti era 80an dan 90an.

Tidak dinafikan pada masa ini, sukan berbasikal amat meriah dan popular. Hampir setiap minggu ada pelbagai aktiviti berbasikal yang berbentuk Kayuhan Santai atau 'Fun Ride' atau Jamboree diadakan. kadang-kadang penyertaan mencecah 1,000 orang peserta. Ada peserta yang menjadikan aktiviti tersebut sebagai medan lumba basikal untuk mereka.

Aktiviti kayuhan ini menjadi semakin rancak apabila Kementerian Pelancongan Malaysia turut aktif dalam menganjurkan aktiviti kayuhan. Kayuhan Santai atau 'Fun Ride' atau Jamboree telah bertukar menjadi perlumbaan.

Malangnya dari sudut pembangunan sukan berbasikal prestasi tinggi, minat berbasikal masyarakat melalui 'Funride' dan jamboree ini tidak banyak membantu. Ini kerana purata umur mereka ini adalah lebih kurang 35 tahun. Amat sedikit ruang yang ada untuk persatuan mencarti bakat-bakat muda melalui keadah ini.
Kalau kita lihat kategori umur untuk pertandingan basikal adalah seperti kerikut:
1. Bawah 16 tahun
2. Junior 17-18 tahun
Bawah 23 tahun
Elit 19 tahun keatas
 
Menyedari keadaan ini, Persatuan Berbasikal Pahang melalui presiden baru YB. Dato' Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak Adun Tahan akan memberi fokus kepada Pelan Pembangunan Sukan Berbasikal Pahang 2015. Usaha ini melibatkan penyusunan carta organisasi Persatuan Berbasikal Pahang yang perlu memberi fokus kepada:
1. Jawatankuasa Kewangan
2. Jawatankuasa Pengurusan
3. Jawatankuasa Promosi
4. Jawatankuasa teknikal dan pertandingan
6. Jawatankuasa Pembangunan
7. Jawatankuasa kebajikan dan kemudahan


Somoga kehadiaran YB. Dato' Wan Amizan akan mencetuskan perubahan yang telah sekian lama tertangguh.

PERANCANGAN PERSATUAN BASIKAL PAHANG 2015

1. Perlumbaan Bakat Muda Pahang
2. Klinik Basikal Bakat Muda Pahang
3. Kursus Kejurulatihan Basikal
4. Kejohanan MTB Kebangsaan
5. Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan
6. Kejohanan BMX Kebangsaan
7. Jamboree MTB Pahang
8. Fun Ride Jelajah Pahang

AJK PERSATUAN BASIKAL PAHANG 2014-2015

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BERBASIKAL PAHANG 2014
Tarikh: 25 Mei 2014
Masa: 2.00 petang
Tempat: Rumah Rehat Temerloh

Presiden:
 sumber gambar: http://wzwh.blogspot.com
DATO' WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK, DSMP,  DIMP.
(Adun Tahan)

SETIAUSAHA KEHORMAT:
 En. Mohd Asri b Abdul Mubin 

Timbalan Priseden:
En. Abdul Razak bin Omar

Naib Presiden 1:
 Pn Wan Rohani bin Wan Hashim

Naib Presiden 2:
 En Aminudin bin Sulaiman
(Jurulatih Basikal Malaysia)

Naib Presiden 3:
En Salim bin Che Ahmad

Ahli Jawatankuasa:
1. En. Arif Abadi b Mat Rashid
2. En. Nor Azhar b Abu Bakar
3. En. Ab Bashik b Mohamad
4. En. Agos Salim b Mohd Som
5. En. Mohamad Shahinfadhlan
6. En. Mohd Fauzi b Yusuf
7. En. Berahim b Baharuddin

Pemeriksa Kira-kira
1. En. Abd Karim b Manaf
2. En. Zamri b Ramli

AHLI GABUNGAN
1. Persatuan Berbasikal Daerah Temerloh
2. Persatuan Berbasikal Daerah Jerantut
3. Persatuan Berbasikal Daerah Raub
4. Persatuan Berbasikal Daerah Bera

Friday, November 14, 2014

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (5)


Islam adalah satu cara hidup yang sempurna di mana keseluruhan aktiviti kehidupan dianggap sebagai ibadat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan di akhirat. Dengan itu segala urusan hidup seseorang muslim seperti jual-beli (ekonomi), sosial, kebajikan, pendidikan, perundangan dan sebagainya, termasuk juga riadah mempunyai hubungan langsung dengan persediaan untuk hidup di akhirat. Budaya hidup muslimin tidak memisahkan di antara kegiatan-kegiatan duniawi (sekular) dengan persediaan untuk akhirat.

Rujuk: 2010812422.blogspot.com

Tuesday, October 14, 2014

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (4)


Tiada catatan jelas mengenai tarikh pembinaan. Bagaimana pun terdapat catatan sejarah tentang perjalanan sekumpulan pendakwah dari Champa telah singgah dalam meneruskan misi dakwah ke Pulau Jawa, itu kerajaan Hindu Majapahit. Disebabkan tempoh masa yang panjang serta sebagai destinasi persinggahan dalam perjalanan ulang alik mereka, maka kumpulan pendakwah tersebut telah membina sebuah masjid untuk kegunaan mereka dan penduduk setempat.

RUJUK:
tabutjawi.blogspot.com - tokoh pembangun masjid tua nusantara

Sunday, October 5, 2014

20140607 Kayuhan Sungai Lembing: Pasir Kubur

Kayuhan Insera Mahkota Kuantan ke Sungai Lembing pada 7.6.2014 (Sabtu) bermula jam 8.15 pagi dan sampai ke Hentian Bas Sungai Lembing jam 1015 pagi. Tiada hentian dalam perjalanan pergi ke Sungai Lembing.

Penaluka Khursani bakam menikmati Mee Jawa Sungai Lembing. Asalnya Penaluka Khursani mintak nak makan Mee Bugis tapi tak ada. Jadi makan ajalah Mee Jawa. Apakah bezanya antara Mee Jawa dengan Mee Bugis?
Papan tanda menunjukkan arah tempat Perkelahan Pasir Kubur. mulanya kami dimaklumkan namanya Pengkalan Kubur. Keliru juga mulanya. Setelah melihat-lihat sekitar barulah senang nak ingat. Pasir Kuburnya ini kerana di tepi sungainya ada kawasan berpasir yang luas. Sebelum sampai ke kawasan sungai berpasir ini kita perlu melalui kawasan kubur. Maka jadinya Pasir Kubur.
Sebelum sampai ke kawasan Perkelahan Pasir Kubur kita akan bertemu dengan suatu tandas yang unik. 'Tandas Takada Pintu' (Toilet No Door). Mungkin sebagai orang Melayu kita amat segan untuk menggunakan tandas tak berpintu. Tetapi ianya tetap disediakan mungkin untuk sesiapa yang 'Ada Berani' untuk membuang dalam tandas yang tak berpintu. Amat dicadangkan untuk buang air kecil sahaja. Juga amat dicadangkan supaya menghadap ke dinding JANGAN membelakangkan dinding. Bimbang ada yang terambil gambar.
Kawasan Perkelahan Pasir Kubur ini kelihatannya amat meriah dengan kehadiran pengunjung secara berkumpulan kesini. Ini adalah kumpulan kaum India yang sedang menikmati kesejukan air Pasir Kubur.
Disatu arah yang lain kelihatan masih banyak pengunjung-pengunjung berkereta ke kawasan Perkelahan Pasir Kubur.
Kelihatan beberapa kumpulan sedang syooook memancing. Ada yang menggunakan umpan cacin sahaja.
Ini adalah jarak antar arah masuk dengan tebing sungai. Kelihatan dimereta tempat adalah batu-batu sungai yang saiznya sedang-sedang. terfikir juga mungkin patut dinamakan kawasan Perkelahan Batu Kubur.
Basikal MTB sesuai dikayuh terus ke gigi air. Itu pun bergantung kepada jenis tayar. Kalau pakai tayar ada bunga boleh kayuh sampai gigi air. Kalau pakai tayar botak kena MTB (Main Tolak Basikal).
Kami mengayuh ikut cara 'Easy Touring'. Bawa satu bag pada badan. Cukup-cukup untuk sehelai tuala, kain pelaikat, baju simpanan dan seluar simpanan.
Ketika tengan panas di Pasir Kubur Sungai Lembing, teringat ABC atau ABJ di Kg Kolek.
Kami tak bercadang nak mandi di kawasan Perkhemah Pasir Kubur ini. Bimbang air sungai yang sejuk akan menyebabkan badan menjadi sejuk dan lemah untuk meneruskan kayuhan.
Kami hanya berhenti sekejap sahaja di kawasan Perkelahan Pasir Kubur ini. Perlu teruskan perjalanan menuju ke Masjid Kg Kolek. Mungkin sesuai membersih diri di Masjid Kg Kolek sebelum bersolat dan berihat.
Saudara Bad 'man' sedang memerhati kearah kawasan yang dilarang mandi. Ketika di pekan Sungai Leming kami telah dingatkan supaya tidak mandi di tempat tertentu di Pasir Kubur ini. Bimbang BERKUBUR di Pasir Kubur. Setakat ini sudah dua orang pengunjung Pasir Kubur telah BERKUBUR di Pasir Kubur. Nama Pasir Kubur ini sepatutnya mengingatkan kita kepada kubur kita yang kita sendiri tak tau dimana.

Berkebetulan pula ketika kita nak sampai ke kawasan perkelahan Pasir Kubur ini, kita perlu melalui kawasan perkuburan. Ketika lalu kita berkesempatan pula untuk bersedekah selawat atau Fatihah kepada ahli kubur. Mungkin ini boleh menginsafkan seseorang yang diberi hidayah oleh Allah SWT.

Usaha mereka yang membina kawasan Perkelahan Pasir Kubur ini diharap mendapat keredaan Allah SWT kerana pengunjung Islam berpeluang untuk bersedekah kepada ahli kubur dan berpeluang untuk mengenal diri.

Sunday, September 28, 2014

Pra-Kayuhan Tasik Chini 2014

Pada 9.5.2014 telah diadakan Pra-Kayuhan untuk Kayuhan Tasik Chini 2014. Sesi ini adalah untuk menguji laluan yang bakal digunakan sema Kayuhan Sebenar Tasik Chini yang belum ditetapkan tarikh.
 Setelah beratus tahun lamanya legenda naga menjadi kepercayaan Orang Asli yang di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik. Tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.
sumber: kosmo.com.my
 Tasik Chini Resort.
Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, bercerita kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya.

Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati.

Bahasan Abdullah meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik,

Ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat.

Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat.
Sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir. Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan tidak berpenyakit.

Penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya. Seorang bomoh di Terengganu memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

Bahasan Abdullah menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas Bahasan Abdullah nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu. Bahasan Abdullah berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. Rawatan itu dibuat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup Bahasan Abdullah yang mungkin terkena sumpahan naga Tasik Chini.

SUMBER:
http://suhazna.blogspot.com/2009/09/lagenda-tasik-chini-kisah-benar.html

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini. Satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.

Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat.

Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.
SUMBER:
http://suhazna.blogspot.com/2009/09/lagenda-tasik-chini-kisah-benar.html

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini.
Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha, lain-lain tasik di seluruh Malaysia tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.
Tapi sekarang ni aku sedih tengok keadaan Tasik Chini. Sejak empangan dibuat, paras air dah turun. Kawasan Tasik pun dah surut dan banyak tempat yang dulu di pinggir tasik dan ada teratai dah hilang. Kalau dulu tepi jalan raya pun banyak teratai sekarang ni tinggal kenangan sahaja bagi aku. Dulu masuk kawasan Tasik Chini, nyaman terasa sekarang dah tiada lagi. Itulah nilai sebuah pembangunan yang perlu dibayar.
Maka pada hari ini Mei 2014 Kumpulan Peminat Basikal Mountain Bike bercadang membuat program kayuhan di Tasik Chini. Bukan untuk mencari Naga Tasik Chini tetapi membawa pengayuh basikal menikmati keindahan Tasik Chini yang berjaya dipertahankan selama ini.

Ada pihak lebih berminat untuk bercerita apa yang telah dirosakkan oleh pihak tertentu. Pengayuh Basikal lebih berminat untuk bercerita apa yang telah terselamat selama ini.

Sunday, September 21, 2014

05 Kayuhan Budu Lipis Pahang - Tapak Warisan Kubu Mat Kilau

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00

Kg Budu dibuka setelah Panglima Ibrahim mengalahkan Tok Batin Badu. Panglima Ibrahim telah membina perkampungan Melayu yang dikenali sebagai Kg. Badu sempena nama Tok Batin Badu. Namun begitu, mengapa Kg. Badu bertukar kepada Kg. Budu, ramai sejarawan berpendapat perubahan ini tidak ada kena mengena dengan “budu” orang Kelantan.
Mungkinkah ada kaitan dengan "Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan)."
 
Kg. Budu pernah menerima dugaan apabila dibakar oleh askar-askar British. Sejarah juga menyaksikan benteng pertahanan di Kg. Napal dan Kg. Parit Dalam tidak dapat dipertahankan daripada serangan askar Britsih.  Di sini jugalah, para pejuang dan para pahlawan Pahang yang mempertahankan tanah pertiwi terkorban. Oleh itu, tempat-tempat yang penuh tragis ini dianggap “keras”, dan sering menjadi gangguan hingga ke hari ini.

 Di Kg. Budu, ada kampung yang dikatakan tempat “Orang Bunian”, iaitu :
Bukit Perangin,
Bukit Kolam, dan
Bukit Perenti yang terletak di permatang Bukit Raya menghala ke Ulu Dong

Rujukan:
http://psmkawasanlipis.blogspot.com/2013/05/kampung-budu-dalam-lipatan-sejarah.html

Sunday, September 14, 2014

04 Kayuhan Budu Lipis Pahang - hentian air

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00
Pengayuh anak-beranak dari Tanjung Malim merasa gembira kerana berjaya memberikan semangat kepada anak ciliknya supaya terus mengayuh untuk sampai di Hentian Air. Disamping menyertai Kayuhan 25km Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 ini, pasangan anak-ayah ini sebenarnya balik kampung disini untuk menjengok tok wan.
Aktivi berbasikal juga mampu membina kerja sama antara peminat basikal dengan bukan peminat basikal. Untuk menjayakan acara seperti Kayuhan 25km off road Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 memerlukan penglibatan ramai pihak antaranya adalah JPAM. Senyuman gadis JPAM amat membantu dalam menguatkan kembali semangat Si Pengayuh Cilik dan a y a h n y a.
Ini adalah pengayuh Cilik dari Tanjung Malim. Datang menyerti kayuhan 25km off road Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Semangat tinggi peserta cilik  ini tidak menghalang beliau untuk mengayuh basikal milik abang-nya yang kurang sesuai untuk si-cili. Inilah contoh minat mengayuh dan BUKAN minat basikal. Yang penting kayuh aja, tak kira basikal apa dan basikal siapa. Asal jangan basikal curi.

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (3)


Sekiranya kita berjaya mengembalikan peranan dan fungsi masjid secara berkesan, cekap dan berkualiti (berkualiti) pastinya masyarakat Islam dapat melihat dan mengecapi suasana kehidupan yang harmoni. Manakala perpaduan masyarakat dan pengembangan dakwah Islam secara menyeluruh bagi memperkasa dan memartabatkan umat berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dapat dijayakan. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud :

‘ Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.

Rujuk:  bicaramuslim.com

Sunday, September 7, 2014

03 Kayuhan Budu Lipis Pahang -

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00

 Laluan jambatan berlumpu ini adalah salah satu laluan mencabar yang disediakan oleh pihak penganjur Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Tetapi ada yang menganggap laluan ini tidak mencabar untuk diri mereka. Penganjur perlu menyediakan laluan yang lebih mencabar untuk mereka menunjukkan kehebatkan mereka. Kerana mereka mengayuh untuk menunjukkan kehebatan mereka kepada orang lain.
 Mereka merasakan begitu mengkin kerana mereka talah banyak menghabiskan masa untuk berlatih dan berlatih dan berlatih dan berlatih. Sebelum suguh mereka berlatih. Tengah malam mereka berlatih. Inilah perkara yang telah mengangkat mereka yang 'kaki berlatih' ini ke tahap yang tidak sama dengan mereka yang 'kaki santai'.
 Amat perlu dingatkan bahawa berlatih perlukan nasihat daripada jurulatih yang dapat memahami keperluan fizikal kita. Dalam acara berbasikal, kita amat jarang mendengar pengayuh basikal mati ketika 'main basikal'. Mungkin kita pernah dengar orang mati ketika 'main bola'. Ini mungkin terjadi kerana, pengayuh basikal perlu mengadakan latihan bersendirian/berkumpulan sebelum menyertai acar sasaran masingmasing. Untuk menyertai acara 25k off road di budu, perlu membuat beberapa kali sesi latihan 25km off road. Jika hendar sertai acara 120km jalan raya, perlulah mengadakan latihan 120km jalan raya. Kelajuan kayuhan pula perlulah sekurang-kurangnya 35kmj. Perkara paling penting adalah latihan bersendirian/berkumpulan perlulah ansur maju. Jangan kayuh ikut orang.
Jika tidak ikut keadah ansur maju, akan menyebabkan pembinaan kekuatan tubuh badan kita akan menjadi tidak seimbang.Ada bahagian yang kuat dan ada bahagian yang kurang kuat atau lemah. Bagaimana badan kita hendak berfungsi ketahap sepatutnya jika kemampuan tubuh badan tidak seimbang?
Macam mana yang dinamakan kekuatan badan tidak seimbang? Kekuatan badan tidak seimbang apabila kekuatan otot luar tidak sama dengan otot dalam. Mungkin kaki atau peha mempunyai kekuatan yang hebat untuk menujah pengayuh basikal supaya kita boleh kayuh laju. Tetapi jantung kita tidak mampu untuk pam darah selaju yang diperlukan oleh kaki dan peha. Mahu atau tidak mahu, jantung perlu terus mengepam. Mungkin dalam keadaan tertentu, jantung akan memberi tanda kepada kita bahawa dia (jantung) sudah tak larat. Kadang-kadang tanda tersebut sekejap sahaja dan adakalanya sekejap-sekejap. Bila kita tidak hirau dan tidak mahu faham tanda yang badan kita berikan kepada kita, jantung kita akan merajuk. Merajuk kerana dia (jantung) sudahj benar-benar-benar tak larat nak kerja. Pam dan pam dan pam dan pam dan 'jamm' terus terhenti. Maka kita pun jatuh dari basikal dengan menanggung rasa yang amat sakit di jantung. Akhirnya kita mati, meninggalkan' Si Jantung Hati' untuk dimiliki oleh orang lain.
Kesimbangan kemampuan mental dan fizikal dalam berbasikal telah diterangkan pada keluaran yang lebih awal.Untuk mengawal kesimbangan mental, ada komponan-komponan mental yang perlu diberikan perhatian. Pada kali ini diterangkan keperluan untuk mengawal kesimbangan komponan-komponan dalam aspek fizikal. Jika tidak ikut keadah ansur maju dalam latihan, akan menyebabkan pembinaan kekuatan tubuh badan fizikal kita akan menjadi tidak seimbang.Ada bahagian yang kuat dan ada bahagian yang kurang kuat atau lemah. Bagaimana tubuh badan fizikal kita hendak berfungsi ketahap sepatutnya jika kemampuan tubuh badan tidak seimbang?
Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh menyebabkan sakit jantung?
BOLEH, jika kita memaksa jantung bekerja tidak dalam kemampuan jantung kita. Kemampuan jantung semua orang berbeza.

Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh meningkatkan kemampuan jantung?
BOLEH, melalui latihan secara ansur maju dalam tempoh yang panjang. Kesesuaian keadah ansur maju setiap orang mungkin tidak sama.

Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh mengubat sakit jantung?
BOLEH, tanya doktor yang mempunyai pengalaman dalam sains sukan. Atau bertanya kepada jurulatih basikal yang bertaulian tetapi mengkhusus dalam aktiviti rekerasi. Jangan bertanya kepada jurulatih basikal yang bertaulian tetapi mengkhusus dalam melahirkan pelumba prestasi tinggi.