Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00
Laluan jambatan berlumpu ini adalah salah satu laluan mencabar yang disediakan oleh pihak penganjur Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Tetapi ada yang menganggap laluan ini tidak mencabar untuk diri mereka. Penganjur perlu menyediakan laluan yang lebih mencabar untuk mereka menunjukkan kehebatkan mereka. Kerana mereka mengayuh untuk menunjukkan kehebatan mereka kepada orang lain.
Mereka merasakan begitu mengkin kerana mereka talah banyak menghabiskan masa untuk berlatih dan berlatih dan berlatih dan berlatih. Sebelum suguh mereka berlatih. Tengah malam mereka berlatih. Inilah perkara yang telah mengangkat mereka yang 'kaki berlatih' ini ke tahap yang tidak sama dengan mereka yang 'kaki santai'.
Amat perlu dingatkan bahawa berlatih perlukan nasihat daripada jurulatih yang dapat memahami keperluan fizikal kita. Dalam acara berbasikal, kita amat jarang mendengar pengayuh basikal mati ketika 'main basikal'. Mungkin kita pernah dengar orang mati ketika 'main bola'. Ini mungkin terjadi kerana, pengayuh basikal perlu mengadakan latihan bersendirian/berkumpulan sebelum menyertai acar sasaran masingmasing. Untuk menyertai acara 25k off road di budu, perlu membuat beberapa kali sesi latihan 25km off road. Jika hendar sertai acara 120km jalan raya, perlulah mengadakan latihan 120km jalan raya. Kelajuan kayuhan pula perlulah sekurang-kurangnya 35kmj. Perkara paling penting adalah latihan bersendirian/berkumpulan perlulah ansur maju. Jangan kayuh ikut orang.
Jika tidak ikut keadah ansur maju, akan menyebabkan pembinaan kekuatan tubuh badan kita akan menjadi tidak seimbang.Ada bahagian yang kuat dan ada bahagian yang kurang kuat atau lemah. Bagaimana badan kita hendak berfungsi ketahap sepatutnya jika kemampuan tubuh badan tidak seimbang?
Macam mana yang dinamakan kekuatan badan tidak seimbang? Kekuatan badan tidak seimbang apabila kekuatan otot luar tidak sama dengan otot dalam. Mungkin kaki atau peha mempunyai kekuatan yang hebat untuk menujah pengayuh basikal supaya kita boleh kayuh laju. Tetapi jantung kita tidak mampu untuk pam darah selaju yang diperlukan oleh kaki dan peha. Mahu atau tidak mahu, jantung perlu terus mengepam. Mungkin dalam keadaan tertentu, jantung akan memberi tanda kepada kita bahawa dia (jantung) sudah tak larat. Kadang-kadang tanda tersebut sekejap sahaja dan adakalanya sekejap-sekejap. Bila kita tidak hirau dan tidak mahu faham tanda yang badan kita berikan kepada kita, jantung kita akan merajuk. Merajuk kerana dia (jantung) sudahj benar-benar-benar tak larat nak kerja. Pam dan pam dan pam dan pam dan 'jamm' terus terhenti. Maka kita pun jatuh dari basikal dengan menanggung rasa yang amat sakit di jantung. Akhirnya kita mati, meninggalkan' Si Jantung Hati' untuk dimiliki oleh orang lain.
Kesimbangan kemampuan mental dan fizikal dalam berbasikal telah diterangkan pada keluaran yang lebih awal.Untuk mengawal kesimbangan mental, ada komponan-komponan mental yang perlu diberikan perhatian. Pada kali ini diterangkan keperluan untuk mengawal kesimbangan komponan-komponan dalam aspek fizikal. Jika tidak ikut keadah ansur maju dalam latihan, akan menyebabkan pembinaan kekuatan
tubuh badan fizikal kita akan menjadi tidak seimbang.Ada bahagian yang kuat dan
ada bahagian yang kurang kuat atau lemah. Bagaimana tubuh badan fizikal kita hendak
berfungsi ketahap sepatutnya jika kemampuan tubuh badan tidak seimbang?
Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh menyebabkan sakit jantung?
BOLEH, jika kita memaksa jantung bekerja tidak dalam kemampuan jantung kita. Kemampuan jantung semua orang berbeza.
Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh meningkatkan kemampuan jantung?
BOLEH, melalui latihan secara ansur maju dalam tempoh yang panjang. Kesesuaian keadah ansur maju setiap orang mungkin tidak sama.
Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh mengubat sakit jantung?
BOLEH, tanya doktor yang mempunyai pengalaman dalam sains sukan. Atau bertanya kepada jurulatih basikal yang bertaulian tetapi mengkhusus dalam aktiviti rekerasi. Jangan bertanya kepada jurulatih basikal yang bertaulian tetapi mengkhusus dalam melahirkan pelumba prestasi tinggi.
No comments:
Post a Comment