Saturday, March 30, 2013

A556 Kayuhan Gunung Senyum

Gambar kayuhan ke Gunung Senyum tahun 1998. 
Cuba teka kami tompang lori apa?
Sedapnya nompang lori sampai tertidur. Pelik budak baju hijau tengok, macam orang tak pernah naik lori.

Syariat itu kata Allah
Khitab kepada awam dan khas
Hukumnya tujuh di dalam fiqh
Kemudian beberapa cerita yang indah

Saturday, March 23, 2013

MTB Fuji Nevada 1.0 2006. 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012

 01. MTB Fuji Newada 2006
COLOR Dark Gray
WEIGHT, LB./KG.    29.5/13.4
FRAME WEIGHT, 4.4lb/2.0kg
FORK    NEW Suntour XCM 28mm stanchions, 80mm travel 
SHIFTERS    Shimano Acera EZ Fire shifter/brake, 24-speed 

 02. MTB Fuji Newada 2007
COLOR White/Electric Blue
WEIGHT, LB./KG. 31.3 / 14.1 
FORK    NEW SR Suntour XCM-LO 28mm stanchions, 80mm travel w/Mechanical LO
SHIFTERS    Shimano Acera EZ Fire shifter/brake, 24-speed 



03.  MTB Fuji Newada 2008
COLOR    Electric Blue
WEIGHT, LB./KG.    32.53 lb/14.78kg
FORK    SR Suntour XCM-LO 28mm stanchions, 80mm travel w/Mechanical LO
SHIFTERS    Shimano ST-EF60 EZ Fire shifter/brake, 24-speed
 04. MTB Fuji Newada 2009
COLOR Gun Metal Gray
WEIGHT, LB./KG.    32.81/14.89
FORK    SR Suntour XCM-HLO 28mm stanchions, 80mm travel w/Hydraulic LO
SHIFTERS    NEW Shimano Acera ST-M360 EZ Fire shifter/brake, 24-speed
 05. MTB Fuji Newada 2010
COLOR Gloss Black 
WEIGHT, LB./KG. 14.88kg / 32.81lbs
FORK     SR Suntour XCM-HLO w/Hydraulic LO & 80mm Travel 
SHIFTERS SRAM X.5, Trigger 27-speed
 06. MTB Fuji Newada 2011
COLOR Matte Black 
WEIGHT- LBS/KG    31.7 lbs / 14.4 kg
FORK SR Suntour XCM, 100mm Travel w/Mechanical LO
SHIFTERS Shimano Alivio Rapid Fire, 27-speed
07. MTB Fuji Newada 2012
COLOR Black/Red
WEIGHT    30.49lb /13.82kg 
FORK    SR Suntour XCR w/ hydraulic-speed lockout, 100mm travel
SHIFTERS Shimano Deore Rapid Fire, 30-speed

Tuesday, March 19, 2013

Rim Basikal oleh Tianjin Yakuo Industry (China)

Ini adalah antara model rim keluaran Syarikat Tianjin Yakuo Industry yang mengkhusus dalam pengeluaran rim basikal yang beralamat di
Tianjin Yakuo Industry Trade Co.Ltd
Biancun industrial zone, xiqing District, Tianjin China
Tianjin, Tianjin
China 


  • Tel : 86-22-8392-3747
  • Homepage : http://www.tjyakuo.com

  •  Kita perlu memilih rim yang paling sesuai dengan basikal anda. Ini cerita yang paling mudah kerana basikal anda akan menentukan jenis rim dan tayar yang sepatutnya dipasang. Kita tak boleh pasang rim basikal racing pada basikal lumba. Kerana rangka basikalnya tidak sepadan. 

     Kita perlu juga tentukan jenis logam yang kita mahu atau sanggup bayar untuk rim. Ianya akan melibatkan kos yang besar dalam harga keseluruhan basikal anda. Keluli adalah pilihan bahan asas. Ia adalah tahan lama dan murah, tetapi ia juga sangat berat.

     Aloi atau aluminium merupakan bahan peringkat pertengahan yang berat lebih ringan daripada keluli tetapi juga tidak sekuat keluli. Ini adalah bahan yang biasa untuk basikal berjenama pada masa ini.

    Gentian karbon adalah lebih kuat daripada besi dan lebih ringan daripada aloi aluminium, tetapi ia adalah amat mahal dan sering digunakan hanya oleh penunggang yang berjiwa besar. Gentian karbon ini kebiasaannya ada jangka hayat. Selepas mencapai tahap kegunaannya ianya akan patah atau pecah atau retak.

    Ini adalah rim keluaran Tianjin Yakuo Industry:
    40mm height bicycle rim
    used for road bike and Track cycling
    700C*36H*14G
    870G/PC
    POWDER COATED

     YKL-D10
     YKL-D11
     YKL-D1
     YKL-D14
      YKL-D18
      YKL-D15
      YKL-D2
      YKL-D4
      YKL-D5
      YKL-D3
      YKL-JD2
      YKL-D7
      YKL-JD1
    YKL-M

    Untuk maklumat lanjut:
    Tianjin yakuo Industry Co.
    Tel: 86-13820534405
    Fax: 022-83923611
    MSN: didiao9413@msn.cn
    Skype: Hans.li6
    Web site: www.tjyakuo.com

    Sunday, March 10, 2013

    Aktiviti berbasikal jarak jauh untuk pelancong

    Sinar Harian Pahang 27 Jun 2012

    KUANTAN - Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang (KPMNP) menggalakkan setiap persatuan berbasikal negeri Pahang dan pusat peranginan negeri ini bergiat aktif menganjurkan aktiviti berbasikal jarak jauh bagi menambah aktiviti dalam kalendar pelancongan negeri.
      
    Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang Idros Yahya berkata aktiviti ini mempunyai nilai pelancongan tersendiri, yang menjurus kepada aktiviti lasak dan terdapat permintaan bagi laluan yang lebih panjang dan mencabar.
     
    "Kebanyakan aktiviti kayuhan ini melibatkan laluan merentasi kampung dan bandar, peserta secara tidak langsung dapat meneroka dan menikmati pemandangan di sepanjang laluan ikon pelancongan di Pahang," katanya kepada Bernama pada Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1Malaysia 2012 di sini.
      
    Turut hadir Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Kementerian Pelancongan Malaysia Pahang Amran Abd Rahman dan Pengurus Impiana Resort Cherating Kamarudin Kassim.
      
    Setakat ini, KPMNP telah menganjurkan aktiviti seumpamanya seperti Kayuhan Taman Negara Green Jamboree 2012, Kayuhan 'Mountain Bike' di Jengka sejauh 46KM dan kayuhan di Raub sepanjang 140KM merentasi laluan Bentong, Lipis dan Raub.
      
    Idros berkata satu kumpulan seramai 130 peserta dari Singapura akan menyertai aktiviti berbasikal dari Kuantan ke Singapura, di mana mereka akan menginap satu malam di Kuantan dan Rompin sebelum pulang ke Singapura.
      
    Sehingga pertengahan tahun ini, seramai 3,646 peserta menyertai acara kayuhan basikal di sekitar negeri Pahang dan KPMNP menyasarkan sejumlah 6,500 pelancong berbasikal sehingga akhir tahun ini, katanya. - Bernama

    Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin (Pahang)

    Peminat basikal dan peminat berbasikal (Basikal, Berbasikal dan Bersukan)  telah semakin menjadi-menjadi di Daerah Rompin. Beberapa nama-nama besar dari Rompin telah muncul di peringkat Negeri Pahang dan Peringkat kebangasaan. Kemunculan beberapa penggerak telah berjaya mamantapkan hala tuju aktivi mengayhn basikal di daerah Rompin.

    Kumpulan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin ini bermula sebagai "Rompin Cyclist Club" (RCC )

    "Rompin Cyclist Club" (RCC ) dianggotai sekumpulan pengayuh yang berkongsi hobi mengayuh basikal. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat di Daerah Rompin. Lingkungan umur kumpulan ini adalah dari usia seawal 10 tahun sehinggalah 55 tahun. Mereka bekerja sebagai pelajar, penjawat awam, pekerja swasta dan juga orang kerja biasa-biasa aja..

    Nama RCC ini adalah Rompin Cylcist Club (rompincyclistclub.blogspot.com), Pada masa ini "Rompin Cyclist Club" (RCC) bukanlah sebuah kelab yang mempunyai struktur orginasasi yang tersusun. RCC tidak mempunyai sebarang jawatan seperti pengerusi, s/u, bendahari mahupun ajk. Mereka hanyalah sekumpulan Jejaka Kacak dari Rompin yang berkumpul dalam sesuatu masa bagi melakukan aktiviti berbasikal.

    Secara rasminya,  "Rompin Cyclist Club" (RCC) diwujudkan pada 23 Oktober 2012 iaitu ketika "ngeteh" di Kedai Johan di Bandar Rompin ini.

    Ketika itu salah seorang rakan "Rompin Cyclist Club" (RCC membawa kertas kerja untuk Program Kayuhan Santai yang jaraknya sejauh 48km. Bagi menampakkan gahnya program ini, nama "Rompin Cyclist Club" (RCC pun dipersetujui.

    Dengan wujudnya "Rompin Cyclist Club" (RCC ini, mereka berharap mahu menarik minat masyarakat di Rompin ini untuk menyertai sukan berbasikal.

    Setiap petang penduduk di Rompin akan terlihat kelibat sekumpulan ahli  "Rompin Cyclist Club" (RCC yang mengayuh basikal Daerah Rompin. Kepada penduduk Rompin jangan segan silu untuk turut serta bersama-sama mengayuh pusing-pusing Bnadar Rompin. Kayuhan beramai-ramai sebegini boleh berikan keseronokan dan kepuasan dalam bersukan.

    Akhirnya pada 4hb Mac 2013, "Rompin Cyclist Club" (RCC telah mengambil langkah yang lebih mantap dengan berkumpul di Perpustakaan Awam Daerah Rompin bagi menetapkan halatuju yang lebih jelas. maka pada hari tersebut "Rompin Cyclist Club" (RCC telah menubuhkan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin in.

    Adalah diharapkan usaha penubuhan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin ini oleh "Rompin Cyclist Club" (RCC akan memberi suntikan semangat kepada kumpulan peminat basikal di daeral-daerah lain di Pahang.

    Tarikh: 4 Mac 2013
    Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Pekan
    Masa: 9.00 malam

    sumber gambar: http://rompincyclistclub.blogspot.com/2013/03/mesyuarat-penubuhan-persatuan.html

    Senarai ringkas ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin

    Presiden Penaja:
    Tuan Wadi -RCC

    Naib Presiden Penaja:
    Yaakob -Forest

    Setiausaha Penaja:
    Shaharudin -Pertanian

    Bendahari Penaja:
    Azhar -Komissar

    AJK Penaja:
    Mizi -TGCC
    Imran -RCC
    Sofi -RCC
    Cikgu Ijat -RCC
    Haidir -RCC

    Selamat Maju Jaya kepada semua mereka yang berusaha kearah penubuhan ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin.

    Kayuhan Sihat Daerah Jerantut (3)

    Akhirnya Kayuhan Sihat Bandar Jerantut telah berjalan dengan jayanya. Semua peserta selamat sampai. Ada yang sampai dengan basikal, ada yang sampai dengan lori dan ada yang sampai dengan motosikal.
     01. Peserta dijamu dengan 3 jenis kuih selepas tamat Kayuhan Sihat Bandar Jerantut.
     02. Ini adalah basikal Cannondale yang dijadikan hadiah cabutan bertuan. Untuk menyertai cabutan bertuan ini. Mereka yang berminat perlu membayar RM5.00. Selain itu ada juga hadiah-hadiah lain yang disediakan untuk cabutan bertuah. Hadiah diletakkan dalam beg dan tak sempat nak tengok apa isinya. penyampaian hadiah cabudan bertuan disampaikan oleh YB Adun Damak, Pengarah Kementerian Perlancongan Pahang dan AJK Persatuan Lumba Basikal Pahang.
     03. Ini adalah basikal-basikal yang hebat yang menyertai kayuhan pada hari ini. Basikl yang tidak hebat ada banyak. Tetapi semangat mereka jauh lebih hebat.
    04. Ini adalah pengusaha kedai basikal jerantut, juga event manager, juga petugas pendaftaran peserta (tiang kutip duit RM5.00), juga juruacara rasmi, juga juruhebah dan juga tukang beri taklimat teknikal. Pandek kata macam-macam kebolehan.
    Ada yang bertanya KBJ tu apa? Ada dua versi. Pertama KBJ adalah Kedai Basikal Jerantut. Kedua, KBJ adalah Kelab Bukit Jerantut.

    PROFILE KAYUHAN

    Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
    Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
    Tempat: Dataran Bandar Jerantut
    Jarak: 30km
    Bayaran: RM5.00
    Pendaftaran: pada hari program sahaja
    Urusetia: Kedai Basikal Jerantut

    Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
    Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)

    Minum pagi: tiada
    Makan tengahari: tiada
    Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.

    VIP:
    Adun Tahan - pelepasan
    Adun Damak - cabutan bertuah
    Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang

    Sunday, March 3, 2013

    Kayuhan Sihat Daerah Jerantut (2)

    Kayuhan Sihat Bandar Jerantut ini melibatkan jarak 30 km. Ini adalah jarak yang seronok dikayuh. Tambahan pula mengayuh dalam suasana redup.
     01. saudara badrul penalukakhursani telah berjaya menamatkan kayuhan bandar Jerantut dalam keadaan baru lepas demam.
     02. basikal naik lori.
     03. Encik Nasir dari Temerloh.
    04. ini adalah makanan yang disediakan kepada peserta Kayuhan Sihat Bandar Jerantut pada 24.2.2013. Semua peserta dapat menikmati tiga jenis kuih dan air tawar. Tak ada makan tengahari, tak ada nasi dan tak ada mee. Kalau nak sihat kena makan kuih sahaja selepas mengayuh.

    PROFILE KAYUHAN
    Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
    Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
    Tempat: Dataran Bandar Jerantut
    Jarak: 30km
    Bayaran: RM5.00
    Pendaftaran: pada hari program sahaja
    Urusetia: Kedai Basikal Jerantut

    Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
    Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)

    Minum pagi: tiada
    Makan tengahari: tiada
    Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.

    VIP:
    Adun Tahan - pelepasan
    Adun Damak - cabutan bertuah
    Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang