Sunday, March 10, 2013

Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin (Pahang)

Peminat basikal dan peminat berbasikal (Basikal, Berbasikal dan Bersukan)  telah semakin menjadi-menjadi di Daerah Rompin. Beberapa nama-nama besar dari Rompin telah muncul di peringkat Negeri Pahang dan Peringkat kebangasaan. Kemunculan beberapa penggerak telah berjaya mamantapkan hala tuju aktivi mengayhn basikal di daerah Rompin.

Kumpulan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin ini bermula sebagai "Rompin Cyclist Club" (RCC )

"Rompin Cyclist Club" (RCC ) dianggotai sekumpulan pengayuh yang berkongsi hobi mengayuh basikal. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat di Daerah Rompin. Lingkungan umur kumpulan ini adalah dari usia seawal 10 tahun sehinggalah 55 tahun. Mereka bekerja sebagai pelajar, penjawat awam, pekerja swasta dan juga orang kerja biasa-biasa aja..

Nama RCC ini adalah Rompin Cylcist Club (rompincyclistclub.blogspot.com), Pada masa ini "Rompin Cyclist Club" (RCC) bukanlah sebuah kelab yang mempunyai struktur orginasasi yang tersusun. RCC tidak mempunyai sebarang jawatan seperti pengerusi, s/u, bendahari mahupun ajk. Mereka hanyalah sekumpulan Jejaka Kacak dari Rompin yang berkumpul dalam sesuatu masa bagi melakukan aktiviti berbasikal.

Secara rasminya,  "Rompin Cyclist Club" (RCC) diwujudkan pada 23 Oktober 2012 iaitu ketika "ngeteh" di Kedai Johan di Bandar Rompin ini.

Ketika itu salah seorang rakan "Rompin Cyclist Club" (RCC membawa kertas kerja untuk Program Kayuhan Santai yang jaraknya sejauh 48km. Bagi menampakkan gahnya program ini, nama "Rompin Cyclist Club" (RCC pun dipersetujui.

Dengan wujudnya "Rompin Cyclist Club" (RCC ini, mereka berharap mahu menarik minat masyarakat di Rompin ini untuk menyertai sukan berbasikal.

Setiap petang penduduk di Rompin akan terlihat kelibat sekumpulan ahli  "Rompin Cyclist Club" (RCC yang mengayuh basikal Daerah Rompin. Kepada penduduk Rompin jangan segan silu untuk turut serta bersama-sama mengayuh pusing-pusing Bnadar Rompin. Kayuhan beramai-ramai sebegini boleh berikan keseronokan dan kepuasan dalam bersukan.

Akhirnya pada 4hb Mac 2013, "Rompin Cyclist Club" (RCC telah mengambil langkah yang lebih mantap dengan berkumpul di Perpustakaan Awam Daerah Rompin bagi menetapkan halatuju yang lebih jelas. maka pada hari tersebut "Rompin Cyclist Club" (RCC telah menubuhkan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin in.

Adalah diharapkan usaha penubuhan AJK Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin ini oleh "Rompin Cyclist Club" (RCC akan memberi suntikan semangat kepada kumpulan peminat basikal di daeral-daerah lain di Pahang.

Tarikh: 4 Mac 2013
Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Pekan
Masa: 9.00 malam

sumber gambar: http://rompincyclistclub.blogspot.com/2013/03/mesyuarat-penubuhan-persatuan.html

Senarai ringkas ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin

Presiden Penaja:
Tuan Wadi -RCC

Naib Presiden Penaja:
Yaakob -Forest

Setiausaha Penaja:
Shaharudin -Pertanian

Bendahari Penaja:
Azhar -Komissar

AJK Penaja:
Mizi -TGCC
Imran -RCC
Sofi -RCC
Cikgu Ijat -RCC
Haidir -RCC

Selamat Maju Jaya kepada semua mereka yang berusaha kearah penubuhan ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Berbasikal Daerah Rompin.

No comments:

Post a Comment