Akhirnya Kayuhan Sihat Bandar Jerantut telah berjalan dengan jayanya. Semua peserta selamat sampai. Ada yang sampai dengan basikal, ada yang sampai dengan lori dan ada yang sampai dengan motosikal.
01. Peserta dijamu dengan 3 jenis kuih selepas tamat Kayuhan Sihat Bandar Jerantut.
02. Ini adalah basikal Cannondale yang dijadikan hadiah cabutan bertuan. Untuk menyertai cabutan bertuan ini. Mereka yang berminat perlu membayar RM5.00. Selain itu ada juga hadiah-hadiah lain yang disediakan untuk cabutan bertuah. Hadiah diletakkan dalam beg dan tak sempat nak tengok apa isinya. penyampaian hadiah cabudan bertuan disampaikan oleh YB Adun Damak, Pengarah Kementerian Perlancongan Pahang dan AJK Persatuan Lumba Basikal Pahang.
03. Ini adalah basikal-basikal yang hebat yang menyertai kayuhan pada hari ini. Basikl yang tidak hebat ada banyak. Tetapi semangat mereka jauh lebih hebat.
04. Ini adalah pengusaha kedai basikal jerantut, juga event manager, juga petugas pendaftaran peserta (tiang kutip duit RM5.00), juga juruacara rasmi, juga juruhebah dan juga tukang beri taklimat teknikal. Pandek kata macam-macam kebolehan.
Ada yang bertanya KBJ tu apa? Ada dua versi. Pertama KBJ adalah Kedai Basikal Jerantut. Kedua, KBJ adalah Kelab Bukit Jerantut.
Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Bandar Jerantut
Jarak: 30km
Bayaran: RM5.00
Pendaftaran: pada hari program sahaja
Urusetia: Kedai Basikal Jerantut
Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)
Minum pagi: tiada
Makan tengahari: tiada
Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.
VIP:
Adun Tahan - pelepasan
Adun Damak - cabutan bertuah
Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang
No comments:
Post a Comment