Sunday, September 28, 2014

Pra-Kayuhan Tasik Chini 2014

Pada 9.5.2014 telah diadakan Pra-Kayuhan untuk Kayuhan Tasik Chini 2014. Sesi ini adalah untuk menguji laluan yang bakal digunakan sema Kayuhan Sebenar Tasik Chini yang belum ditetapkan tarikh.
 Setelah beratus tahun lamanya legenda naga menjadi kepercayaan Orang Asli yang di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik. Tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.
sumber: kosmo.com.my
 Tasik Chini Resort.
Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, bercerita kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya.

Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati.

Bahasan Abdullah meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik,

Ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat.

Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat.
Sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir. Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan tidak berpenyakit.

Penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya. Seorang bomoh di Terengganu memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

Bahasan Abdullah menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas Bahasan Abdullah nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu. Bahasan Abdullah berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. Rawatan itu dibuat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup Bahasan Abdullah yang mungkin terkena sumpahan naga Tasik Chini.

SUMBER:
http://suhazna.blogspot.com/2009/09/lagenda-tasik-chini-kisah-benar.html

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini. Satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.

Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat.

Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.
SUMBER:
http://suhazna.blogspot.com/2009/09/lagenda-tasik-chini-kisah-benar.html

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini.
Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha, lain-lain tasik di seluruh Malaysia tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.
Tapi sekarang ni aku sedih tengok keadaan Tasik Chini. Sejak empangan dibuat, paras air dah turun. Kawasan Tasik pun dah surut dan banyak tempat yang dulu di pinggir tasik dan ada teratai dah hilang. Kalau dulu tepi jalan raya pun banyak teratai sekarang ni tinggal kenangan sahaja bagi aku. Dulu masuk kawasan Tasik Chini, nyaman terasa sekarang dah tiada lagi. Itulah nilai sebuah pembangunan yang perlu dibayar.
Maka pada hari ini Mei 2014 Kumpulan Peminat Basikal Mountain Bike bercadang membuat program kayuhan di Tasik Chini. Bukan untuk mencari Naga Tasik Chini tetapi membawa pengayuh basikal menikmati keindahan Tasik Chini yang berjaya dipertahankan selama ini.

Ada pihak lebih berminat untuk bercerita apa yang telah dirosakkan oleh pihak tertentu. Pengayuh Basikal lebih berminat untuk bercerita apa yang telah terselamat selama ini.

Sunday, September 21, 2014

05 Kayuhan Budu Lipis Pahang - Tapak Warisan Kubu Mat Kilau

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00

Kg Budu dibuka setelah Panglima Ibrahim mengalahkan Tok Batin Badu. Panglima Ibrahim telah membina perkampungan Melayu yang dikenali sebagai Kg. Badu sempena nama Tok Batin Badu. Namun begitu, mengapa Kg. Badu bertukar kepada Kg. Budu, ramai sejarawan berpendapat perubahan ini tidak ada kena mengena dengan “budu” orang Kelantan.
Mungkinkah ada kaitan dengan "Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan)."
 
Kg. Budu pernah menerima dugaan apabila dibakar oleh askar-askar British. Sejarah juga menyaksikan benteng pertahanan di Kg. Napal dan Kg. Parit Dalam tidak dapat dipertahankan daripada serangan askar Britsih.  Di sini jugalah, para pejuang dan para pahlawan Pahang yang mempertahankan tanah pertiwi terkorban. Oleh itu, tempat-tempat yang penuh tragis ini dianggap “keras”, dan sering menjadi gangguan hingga ke hari ini.

 Di Kg. Budu, ada kampung yang dikatakan tempat “Orang Bunian”, iaitu :
Bukit Perangin,
Bukit Kolam, dan
Bukit Perenti yang terletak di permatang Bukit Raya menghala ke Ulu Dong

Rujukan:
http://psmkawasanlipis.blogspot.com/2013/05/kampung-budu-dalam-lipatan-sejarah.html

Sunday, September 14, 2014

04 Kayuhan Budu Lipis Pahang - hentian air

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00
Pengayuh anak-beranak dari Tanjung Malim merasa gembira kerana berjaya memberikan semangat kepada anak ciliknya supaya terus mengayuh untuk sampai di Hentian Air. Disamping menyertai Kayuhan 25km Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 ini, pasangan anak-ayah ini sebenarnya balik kampung disini untuk menjengok tok wan.
Aktivi berbasikal juga mampu membina kerja sama antara peminat basikal dengan bukan peminat basikal. Untuk menjayakan acara seperti Kayuhan 25km off road Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 memerlukan penglibatan ramai pihak antaranya adalah JPAM. Senyuman gadis JPAM amat membantu dalam menguatkan kembali semangat Si Pengayuh Cilik dan a y a h n y a.
Ini adalah pengayuh Cilik dari Tanjung Malim. Datang menyerti kayuhan 25km off road Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Semangat tinggi peserta cilik  ini tidak menghalang beliau untuk mengayuh basikal milik abang-nya yang kurang sesuai untuk si-cili. Inilah contoh minat mengayuh dan BUKAN minat basikal. Yang penting kayuh aja, tak kira basikal apa dan basikal siapa. Asal jangan basikal curi.

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (3)


Sekiranya kita berjaya mengembalikan peranan dan fungsi masjid secara berkesan, cekap dan berkualiti (berkualiti) pastinya masyarakat Islam dapat melihat dan mengecapi suasana kehidupan yang harmoni. Manakala perpaduan masyarakat dan pengembangan dakwah Islam secara menyeluruh bagi memperkasa dan memartabatkan umat berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dapat dijayakan. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud :

‘ Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.

Rujuk:  bicaramuslim.com

Sunday, September 7, 2014

03 Kayuhan Budu Lipis Pahang -

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00

 Laluan jambatan berlumpu ini adalah salah satu laluan mencabar yang disediakan oleh pihak penganjur Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Tetapi ada yang menganggap laluan ini tidak mencabar untuk diri mereka. Penganjur perlu menyediakan laluan yang lebih mencabar untuk mereka menunjukkan kehebatkan mereka. Kerana mereka mengayuh untuk menunjukkan kehebatan mereka kepada orang lain.
 Mereka merasakan begitu mengkin kerana mereka talah banyak menghabiskan masa untuk berlatih dan berlatih dan berlatih dan berlatih. Sebelum suguh mereka berlatih. Tengah malam mereka berlatih. Inilah perkara yang telah mengangkat mereka yang 'kaki berlatih' ini ke tahap yang tidak sama dengan mereka yang 'kaki santai'.
 Amat perlu dingatkan bahawa berlatih perlukan nasihat daripada jurulatih yang dapat memahami keperluan fizikal kita. Dalam acara berbasikal, kita amat jarang mendengar pengayuh basikal mati ketika 'main basikal'. Mungkin kita pernah dengar orang mati ketika 'main bola'. Ini mungkin terjadi kerana, pengayuh basikal perlu mengadakan latihan bersendirian/berkumpulan sebelum menyertai acar sasaran masingmasing. Untuk menyertai acara 25k off road di budu, perlu membuat beberapa kali sesi latihan 25km off road. Jika hendar sertai acara 120km jalan raya, perlulah mengadakan latihan 120km jalan raya. Kelajuan kayuhan pula perlulah sekurang-kurangnya 35kmj. Perkara paling penting adalah latihan bersendirian/berkumpulan perlulah ansur maju. Jangan kayuh ikut orang.
Jika tidak ikut keadah ansur maju, akan menyebabkan pembinaan kekuatan tubuh badan kita akan menjadi tidak seimbang.Ada bahagian yang kuat dan ada bahagian yang kurang kuat atau lemah. Bagaimana badan kita hendak berfungsi ketahap sepatutnya jika kemampuan tubuh badan tidak seimbang?
Macam mana yang dinamakan kekuatan badan tidak seimbang? Kekuatan badan tidak seimbang apabila kekuatan otot luar tidak sama dengan otot dalam. Mungkin kaki atau peha mempunyai kekuatan yang hebat untuk menujah pengayuh basikal supaya kita boleh kayuh laju. Tetapi jantung kita tidak mampu untuk pam darah selaju yang diperlukan oleh kaki dan peha. Mahu atau tidak mahu, jantung perlu terus mengepam. Mungkin dalam keadaan tertentu, jantung akan memberi tanda kepada kita bahawa dia (jantung) sudah tak larat. Kadang-kadang tanda tersebut sekejap sahaja dan adakalanya sekejap-sekejap. Bila kita tidak hirau dan tidak mahu faham tanda yang badan kita berikan kepada kita, jantung kita akan merajuk. Merajuk kerana dia (jantung) sudahj benar-benar-benar tak larat nak kerja. Pam dan pam dan pam dan pam dan 'jamm' terus terhenti. Maka kita pun jatuh dari basikal dengan menanggung rasa yang amat sakit di jantung. Akhirnya kita mati, meninggalkan' Si Jantung Hati' untuk dimiliki oleh orang lain.
Kesimbangan kemampuan mental dan fizikal dalam berbasikal telah diterangkan pada keluaran yang lebih awal.Untuk mengawal kesimbangan mental, ada komponan-komponan mental yang perlu diberikan perhatian. Pada kali ini diterangkan keperluan untuk mengawal kesimbangan komponan-komponan dalam aspek fizikal. Jika tidak ikut keadah ansur maju dalam latihan, akan menyebabkan pembinaan kekuatan tubuh badan fizikal kita akan menjadi tidak seimbang.Ada bahagian yang kuat dan ada bahagian yang kurang kuat atau lemah. Bagaimana tubuh badan fizikal kita hendak berfungsi ketahap sepatutnya jika kemampuan tubuh badan tidak seimbang?
Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh menyebabkan sakit jantung?
BOLEH, jika kita memaksa jantung bekerja tidak dalam kemampuan jantung kita. Kemampuan jantung semua orang berbeza.

Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh meningkatkan kemampuan jantung?
BOLEH, melalui latihan secara ansur maju dalam tempoh yang panjang. Kesesuaian keadah ansur maju setiap orang mungkin tidak sama.

Sekarang timbul pula persoalan ... apakan berbasikal boleh mengubat sakit jantung?
BOLEH, tanya doktor yang mempunyai pengalaman dalam sains sukan. Atau bertanya kepada jurulatih basikal yang bertaulian tetapi mengkhusus dalam aktiviti rekerasi. Jangan bertanya kepada jurulatih basikal yang bertaulian tetapi mengkhusus dalam melahirkan pelumba prestasi tinggi.