Wednesday, July 31, 2013

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL KEBANGSAAN (GP) SIRKIT-3 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR 2013

KEJOHANAN  LUMBA BASIKAL KEBANGSAAN
(GP) SIRKIT-3 RAUB,
PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH: 31HB OGOS & 1HB SEPTEMBER 2013

ANJURAN : PERSATUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA
Dengan kerjasama
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGARA
DAN PERSATUAN BERBASIKAL PAHANG

KEJOHANAN LUMBA BASIKAL KEBANGSAAN (GP) SIRKIT-3
RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR
31HB OGOS & 1HB SEPTEMBER 2013

Kejohanan  Lumba  Basikal  Kebangsaan  (GP)  bagi  acara  Lebuhraya  adalah
merupakan  acara  tahunan  yang  dianjurkan  oleh  Persatuan  Kebangsaan  Berbasikal
Malaysia (PKBM) di  mana penganjuran diadakan bagi  negeri-negeri  yang terpilih
untuk menjadi tuan rumah.

Nor Azian memimpin perlumbaan elit wanita di hadapan Masziyaton semasa Sirkit Satu GP Kebangsaan 2013 di Johor. 
sumber :MNCF

Sirkit 1 bagi tahun 2013 telah diadakan di Negeri Johor pada  April  2013  yang  lalu,  manakala  Sirkit  Ke-2  pula  telah  diadakan  di  Negeri Perlis  pada  bulan  Jun  2013. 

Kini  tiba  pula  giliran  Negeri  Pahang  terpilih  untuk menjadi  tuan  rumah  bagi  Kejohanan  Lumba  Basikal  Kebangsaan  (GP)  bagi  acara Lebuhraya  Sirkit  Ke-3    yang  bakal  diadakan  di  Daerah  Raub,  Pahang  pada  31
Ogos dan 1 September 2013 ini.

Kejohanan  Lumba  Basikal  Kebangsaan  (GP)  bagi  acara  Lebuhraya  Sirkit Ke-3 ini mendapat kerjasama penganjuran daripada Kementerian Belia dan Sukan Negara dan juga Persatuan Berbasikal Negeri Pahang.

Kejohanan  ini  terbuka  kepada  Kategori  Lelaki  Elit,  Wanita  Terbuka,  Lelaki Bawah  18  tahun  dan  Lelaki  bawah  16  tahun  bagi  dua  acara  yang dipertandingkan iaitu acara Lebuhraya dan Ujian Masa Individu.

Sehubungan  dengan  itu,  hadiah  yang  bakal  direbut  oleh  pemanang  adalah merupakan  medal  emas,  perak  dan  gangsa  beserta  wang  tunai  bagi  setiap  acara yang dipertandingkan.

Justeru  itu,  hasrat  pihak  penganjur  adalah  untuk  mencari  bakat  baru  yang
berpotensi tinggi bagi dijadikan pelapis kebangsaan selepas ini.

TARIKH KEJOHANAN
30 OGOS HINGGA 1 SEPTEMBER 2013

TEMPAT / LALUAN
DAERAH RAUB, PAHANG

Mula/Tamat di Caravan Serai ,Batu 12 ½,Jalan Tras,Bentong.

i.  Laluan  perlumbaan  dari  lokasi  mula/tamat  menghala  kearah Bentong,di  persimpangan  Lee  Rubber  belok  kiri  menghala  kearah Raub  melalui  simpang  Labu,Simpang  Lurah  Bilut  dan  di Persimpangan  Raub/Bukit  Fraser  belok  kiri  menghala  kearah  Bukit Fraser  melalui  Tras,Tranum,Sg.Chetang  dan  Sang  Lee  sahingga melintasi tempat mula/tamat di Caravan Serai(Batu 12 ½  ,Jalan Tras) bagi  melengkapkan  1  pusingan(lap).Setiap  1  pusingan@lap  jaraknya ialah 52 km

Semua acara akan menggunakan laluan ini ,cuma jumlah lap@pusingan bergangtung kepada jarak bagi setiap acara yang di pertandingkan.

PENYERTAAN
300 Peserta – wakil dari Persatuan Berbasikal Negeri di Malaysia

 KATEGORI 
i.  Kategori Lelaki Elit,
ii.  Wanita Terbuka
iii.  Lelaki Bawah 18 tahun 
iv.  Lelaki bawah 16 tahun

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

i.  Lebuhraya ( 4 kategori )
208 km Lepas Beramai-ramai Lelaki Elite
156 km Lepas Beramai-ramai Wanita Terbuka
156 km Lepas Beramai-ramai Lelaki Junior
104 km Lepas Beramai-ramai Lelaki Bawah 16 Tahun

ii.  Ujian Masa Individu 
40 km Lelaki Elite
20 km Wanita Terbuka
20 km Lelaki Junior

Adalah  menjadi  hasrat  penganjur  agar  kejohanan  ini  akan  berlangsung dengan  jayanya  dengan  penglibatan  peserta  dari  pelbagai  negeri  di  Malaysia. Dengan  adanya  kejohanan  sebegini  akan  lebih  menarik  minat  golongan  muda untuk  menyertai  sukan  berbasikal  yang  berprestij  dan  sekaligus  mereka  ini  bakal menjadi pelumba basikal Negara kelak.

Saturday, July 27, 2013

A585 Gambar lama kermara berbasikal

Ini adalah gambar lama kembara berbasikal yang dilakukan oleh kami pada 10.10.1999. Kami bergambar di papantanda kampung Masjid Mukim Lipat Kajang.

Dahan dan ranting bercabang-cabang
Ada yang lenjar ada yang rendang
Setengahnya pohon tidak berbatang
Setengahnya tumpat tidak berlubang

Saturday, July 20, 2013

A584 Gambar lama kembara berbasikal

Gambar lama kayuhan balik kampung Kayuhan Temerloh - Tekal. Siap beli ikan sardin nak bagi wan masak. kalau tak bawak bekal sadin, kusut pulak orang tua kat tekal tu nanti nak cari lauk untuk kami. ini adalah kayuhan tahun 1999. Yang berbaju merah dah kawain ada anak seorang, menetap di Johor dan kerja di kedai basikal. Yang baju hijau dan baju cokelat tu, tak tau dimana. Yang berbaju putih masih aktif mengayuh. Kini dah pakai basikal aloi jenama Cannondale F3000sl. Manakala basikal simpanan/kecemasan jenama Marine. Dia kin berada di kawasan Temerloh dan Kuantan. Menggunakan nama pena penalukakhursani.

Segala kayu yang berkelarah
Pucuk menyurung batang bertambah
Daun dan kulit sungguh pun larah
Akar menyurung di dalam tanah

Saturday, July 13, 2013

A582 Kayuhan Jeti Tanjung Keling Lipat Kajang

Gambar lama Kayuhan Temerloh-Kuala Krau. Ketika ini kami singgah di Jeti Tanjung Keling Lipat kajang. Terjumpa budak kampung balik menangkap ikan ubi. Dia nak jual ikan ubi tersebut tapi macam mana pulak nak osong ikan ubi tu atas basikal? Karang bolos je ikan tu tengah jalan. Jadinya tak jadi beli.

Segala kayu yang berkelarah
Pucuk menyurung batang bertambah
Daun dan kulit sungguh pun larah
Akar menyurung di dalam tanah

Sunday, July 7, 2013

Popular Posts 8.7.2013

  1. Ada pemerhati basikal bertanya, kenapa ada basikal yang dijual mahal sangat , dimana letaknya harga yang mahal itu? Jawapannya adalah yang ...
  2. Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang m...
  3. Basikal yang mahal adalah idaman setiap pengayuh basikal tegar. Ada pengayuh yang dengan mula-mula kayuh dan mula-mula beli terus merasa ba...
  4. Banyak pengayuh yang telah bertahun-tahun mengayuh rekreasi. Paling jauh mereka mengayuh 50km ke 80km. Mungkin ada yang ingin mencuba berbas...
  5. Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak ...
  6. TEMERLOH. Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursu...
  7. Doa Keluar Masuk tandas adalah doa yang boleh dijadikan pendinding semasa kita menjalankan aktiviti berbasikal. Kita tak tau apa yang akan ...
  8. Sekretariat Sukma XV Pahang sudah ditubuh dan kini beroperasi di Wisma Belia Indera Mahkota yang diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif da...
  9.  Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd akan menganjurkan " World Kidney Day Run & Carnival 2013 ". Larian Hari Buah Pingga...
  10. 16 DISEMBER 2012 (AHAD) MTB Jamboree PUTRAJAYA 2012 DATARAN PUTRA, PUTRAJAYA ------------------------------------- Tourism Malaysia deng...

Saturday, July 6, 2013

A579/A583 Kayuhan Gunung Senyum

 A579
A583

Kejadian menompang toyota Hilux ini kerana semasa kayuhan ke Gunung Senyum. Keadaan ini terjadi kerana hari telah lewat petang dan kemungkinan akan sampai lewat ke bandar Temerluh. Keadaan ini merbahaya kepada pengayuh. Pada masa tu mada ada jual macam-macam lampu untuk basikal. Maka keputusan dibuat untuk menompang lori. Mujur lori tokey cina pencari madu lebah sanggup berhenti. Nasib baik muat semua 10 buah basikal.

Wajib kepada Rasullulah
Sidik dan Tabligh serta Amanah
Mustahil padanya dusta dan Bidaah
Asi dan Kitman serta Khiyannah