Sunday, February 5, 2012

Mana best! basikal mountain bike atau basikal racing?

Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang manganggap memilih keduanya adalah memilih satu aliran. Ada yang lebih fanatik lagi seolah-olah memilih antara mountai baik dengan racing seperti memilih wakil rakyat semasa pilihan raya. Kalau kelompok itu dah pilih basikal mountain bike orang dalam kelompok racing tak nak bercampur dengan mereka. Begitu juga sebaliknya. Kalau ada antara mereka yang telah bertukar haluan, menjual basikal racing dan menjadi penganut basikal mountai bike, maka kawan-kawan lama dalam racing akan terputus.

Trend ini memang dasyat masa dahulu. 15 tahun dulu. Orang basikal racing ni memang orang lama dalam basikal. Basikal mountain bike muncul kemudian. Kita mula-mula muncul basikal mountain bike tahun 1988 di Temerloh, ada pengayuh racing ketawa tengok basikal pelik. Ada juga yang kagum. Tapi saya tak kisah. basikal ini sukan individu, bukan kena ada 2 orang baru boleh jalankan aktiviti. Bila saya gunakan basikal untuk pergi kerja, anak dara ketawa kecil tengok ada budak jantan kayuh basikal pelik. Saya tak kisah.

Lama-lama makin ramai orang pakai basikal mountain bike. Tapi pengayuh basikal racing terus memusuhi pengayuh basikal mountain bike. Selalunya pengayuh basikal muntain bike hanya diam sahaja. Satu ketika kumpulan mountain bike ini dipelawa menyertai kayuhan merdeka Kuantan ke Rantau Abang Terengganu. Macam biasa, pengayuh mountain bike duduk jauh kerana asyik kena hentam. Satu ketika ada pengayuh terpinjam basikal mountain bike seseorang. Dia boleh gunakan basikal mountain bike untuk memintas kelompok pengayuh melalui jalan tanah bukan. Baru dia tahu kelebihan basikal mountain bike.

Basikal mountain bike tidak direka untuk dikayuh dengan hebatnya dijalanraya. Kalau nak lumban dengan basikal racing atas jalan raya memang kalah. Begitu juga kalau basikal racing nak lumba dengan basikal mountain bike atas jalan tanah berbatu dan berpasir memang racing kalah. Ibarat motocross dengan superbike.

Sebenarnya kehadiran basikal mountain bike telah membawa era baru dalam dunia berbasikal. Aktiviti berbasikal menjadi rancak dengan kehadiran basikal mountain bike. Kemajuan dalam teknologi basikal mountain bike telah dapat dinikmati bersama oleh basikal racing.

Ramai orang segan nak berbasikal kerana terpaksa kayuh menonggeng atau membongkok. Kadang-kadang mereka buka segan tetapi otot pinggang tidak kuat. Kalau berada dalam posisi membongkok basikal racing lama-lama tentu pinggang sakit. Bila basikal mountai bike diperkenalkan maka ramai yang tidak segan untuk mengayuh basikal kerana tudak perlu menonggeng dan membongkok.

Kat sini saya tak cadang nak cerita perbandingan teknikal antara basikal mountain bike dengan basikal racing.

Kini talah ada mereka yang menjadi pengayuh dua alam, mengayuh dalam hutan dan mengayuh dalam bandar. Mereka ada basikal mountain bike dan ada basikal racing. Kena keluar belanja lebih sikit. Kalau nak jadi pengayuh dua alam dengan cara yang jimat belanja. Anda boleh beli basikal mountain bike sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah membeli dus set rim. Satu rim pasang tayar botak untuk onroad atas jalan raya. Satu rim lagi pasng tayar berbunga untuk offroad dalam hutan.

Kalau nak cepat jadi kuat, anda boleh berlatih dengan basikal mountain bike dengan menggunakan tayar 26x2.1. Buat latihan atas jalan raya. Bila sampai masa menyertai acaranya baru tukar kepada basikal racing, memang memancut-memancut basikal racing tu kena kayuh.

Mana best! basikal mountain bike atau basikal racing?

Dua-dua best. Cubalah dulu baru tau.

Bagi mereka yang baru nak beli basikal, nak beli yang mana satu? Tak mampu nak beli dua-dua.

Belilah basikal mountain bike dahulu. Beli ikut saiz badan. Bila dah lama-lama tentu terasa nak kayuh lagi laju dan memiliki basikal yang lagi ringan. Barulah beli basikal racing. Kalau minat basikal, minat berbasikal dan minat bersenam dapat bertahan lama.

LINKS:
1. eslbee.com - Road Biking Vs. Mountain Biking
2. wisegeek.com (what-is-the-difference-between-a-mountain-bike-and-a-road-bike)
3. askville.amazon.com (Decide-road-bike-mountain)
4. answers.yahoo.com - Difference between road and mountain bike?
5. bikeforums.net - difference between road bike and mountain bike fit
6. bikeradar.com (power-output-road-bike-vs-mountain-bike)
7. wcrpalmares.org (difference-between-mountain-bikes-and-road-bikes)

Friday, February 3, 2012

Sistem Kongsi Basikal

Sistem Kongsi Basikal (Bike Share) adalah perkhidmatan basikal disediakan untuk kegunaan secara dikongsi dengan individu-individu yang tidak memiliki basikal. Sistem Kongsi Basikal (Bike Share) boleh dibahagikan kepada dua kategori umum:  
1. "Community Bike programs - Program Berbasikal Masyarakat" anjuran kebanyakannya oleh kumpulan-kumpulan masyarakat tempatan atau organisasi bukan keuntungan; dan  
2. "Smart Bike programs - Program Pintar Berbasikal" yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan, kadang-kadang dalam perkongsian awam-swasta. 

Konsep utama Sistem Kongsi Basikal (Bike Share) adalah untuk menyediakan akses percuma atau mampu milik basikal untuk melakukan perjalanan yang jarak dekat di kawasan bandar. Ianya sebagai alternatif kepada pengangkutan awam atau kenderaan persendirian yang bermotor, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas, bunyi bising dan pencemaran udara. Sistem perkongsian basikal juga dianggap sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah "last mile" (kilometer terakhir) yang menyambung pengguna ke rangkaian transit awam.

Ia telah dianggarkan bahawa pada tahun 2010, terdapat lebih daripada 200 skim seperti itu yang beroperasi di seluruh dunia. Pada tahun 2010 pula terdapat lebih 300 bandar menawarkan program
Kongsi Basikal (Bike Share).

Bagi Malaysia umumnya, masih jauh untuk mencapai tahap Kongsi Basikal (Bike Share). Ada proses evolusi yang Malaysia perlu lalui sebelum mencapai tahap ini. Bandar-bandar tersebut telah melalui proses-prose tersebut dan akhirnya mereka sampai ke tahap Kongsi Basikal (Bike Share). Apabila program Kongsi Basikal (Bike Share) mereka dijalankan, masyarakat mereka menerima dan menggunakan dengan sepenuhnya kerana mereka benar-benar berminat dan amat memerlukannya.

Jika Malaysai memilih untuk terus melompat ke tahap Kongsi Basikal (Bike Share) mungkin kerajaan akan membazirkan wang kerana masyarakat Malaysia belum benar-benar bersedia dan belum benar-benar memerlukan basikal sampai ke tahap nak Kongsi Basikal (Bike Share).

Proses yang perlu dilalui oleh masyarakat kita di Malaysia telah diceritakan dalam Laman Basikal ini. Tetapi tidak salah juga jika ada pihak yang ingin mencuba. Keadan yang seakan-akan mungkin telah ada tetapi kita perlu tunggu hingga kita benar-benar mencapai tahap Kongsi Basikal (Bike Share).

LINKS:
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Bicycle_sharing_system
2. http://bike-sharing.blogspot.com/
3. http://news.nationalgeographic.com/news/energy/2011/06/110607-global-bike-share/
4. http://www.bikeshareworld.com/ [KLIK]
5. http://gigaom.com/cleantech/10-city-bike-sharing-networks-to-watch/
6. http://www.greenprophet.com/2011/12/bike-sharing-middle-east/
7. http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1813972,00.html
8. http://www.obisproject.com/palio/html.run?_Instance=obis (Optimising Bike Sharing in European Cities)
9. http://athenadr.wordpress.com/2010/03/22/bike-sharing-innovation-efficiency-design-and-technology/

 Singapore
1. http://cyclinginsingapore.blogspot.com/
2. http://isuda.org/blog/2011/10/isuda-bike-sharing-%E2%80%93-increase-transport-mode-share-of-train-and-bus/
3. http://gs2050.wikidot.com/green-transport
4. http://www.straitstimes.com/BreakingNews/Singapore/Story/STIStory_736003.html (Public bike sharing is making a comeback in Singapore)
5. http://cycling.webs-sg.com/
6. http://singapore.angloinfo.com/af/666/singapore-bicycles-and-bike-hire.html


Wednesday, February 1, 2012

10 Perkara Bagaimana Untuk Berlatih Bagi Acara Berbasikal 100km Sehari.

Banyak pengayuh yang telah bertahun-tahun mengayuh rekreasi. Paling jauh mereka mengayuh 50km ke 80km. Mungkin ada yang ingin mencuba berbasikal sejauh 100km di jalan raya dan ini boleh dijadikan cabaran besar untuk diri masing-masing. Kerana MENGAYUH BOLEH MENGUBAH KEHIDUPAN KITA. Setiap pengayuh tegar akan berangan-angan untuk mengayuh 100km macam Le Tour de Langkawi atau Tour de France. Macam Lance Armstrong atau macam Eddy Merckx.

Sebelum memulakan kayuhan 100km kita perlu bersedia dari sudut fizikal (mental cerita lain). Sepintas lalu bunyinya agak menakutkan dan menyeronokkan. Untuk menjadikan sasaran tersebut mampu dicapai kita kena mencubanya melalui latihan. Latihan tentulah ambil masa yang lama berdasarkan jarak maksima yang pernah dibuat sebelum ini. Kalau tak pernah kayuh sampai 50km, mustahil dapat mencapai jarak 100km dalam tempoh sebulan.

Jarak mampu kayuh kita ukur dengan cara begini. Setelah kita membuat kayuhan 10km atau 20km atau 50km atau apa-apa km, keesokannya kita masih bertenaga dn tidak sakit sakit badan. Esoknya masih mampu untuk lakukan kayuhan santai. Kalau esoknya sakit-sakit badan, maknanya masih dalam peringkat latihan. badan kita masih belum kuat dan masih belum boleh terima beban latihan/kayuhan yang kita buat.

Berikut 7 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyertai acara kayuhan 100km sehari.

1• Sebagai permulaan kita perlu korbankan masa kita 2 kali seminggu. Seeloknya kita perlu 3-4 kali seminggu, sama ada dengan basikal atau diselangkan dengan sukan lain. Adakah anda mampu berlatih 3 kali seminggu? Tak mampu tak apa, kita ada cara lain.

2• Sebagai permulaan juga anda perlu mengayuh basikal 1 hingga 2 jam setiap kali latihan. Mampukah anda berbasikal selama 1 jam tanpa henti setiap kali berlatih.? Kalau tak mampu kita ada cara lain.

3• Sebagi permulaan juga anda TIDAK perlu tetapkan jarak untuk anda mengayuh basikal. Yang anda perlu tetapkan adalah tempoh masa, iaitu 1 jam atau 2 jam. Bukan 10km atau 20km. Dalam tempoh 1 atau 2 jam tersebut anda akan meningkat jumlah jarak (ansur maju). Perkara yang paling penting adalah anda mampu berlatih secara tetap 1 jam sehari dengan kadar 3 hari seminggu. Mampukah anda ikut jadual kayuhan yang anda mampu tetapkan? Kalau tak mampu tak apa, kita ada cara lain.

4• Dalam tempoh 2 minggu sebelum menyertai acara kayuhan 100km kita MESTI telah berjaya mengayuh jarak tersebut. Kalau tak mampu, tak apa, JANGAN masuk. Masuk acara yang lebih pendek jaraknya.

5• Jika anda tidak mampu untuk terus mengayuh selama 1 jam sehari dalam tempoh 3 kali seminggu, anda boleh ubah dan sesuaikan dengan kemampuan tubuh badan anda. Anda boleh memilih untuk mengayuh 30 minit sehari dengan 1 kali seminggu.Kesannya adalah sasaran 100km akan berganjak lebih jauh. Kecilkan sasaran anda cari acara yang tubuh badan anda telah bersedia.

6• Kita perlukan bahan api/tenaga (makanan/minuman) yang cukup untuk membolehkan kita berkemampuan meneruskan kayuhan sejauh 100km. Kita perlu berlatih untuk mengambil makanan dan minum semasa kita berlatih. Supaya kita dapat latih tubuh badan kita untuk ansur maju pulih dengan cepat dalam tempoh latihan. kita tidak mahu kehabisan tenaga sebelum sampai sasaran. Kita juga tidak mahu terlalu letih/lembik setelah berlatih.

7• Cara lebih mudah adalah dengan mengayuh bersama dengan orang yang telah berpengalaman mengayuh 4 jam atau 5 jam terus menerus. Lebih banyak panduan yang boleh diceritakan dan kita boleh memilih mana yang sesuai dengan tubuh badan kita. Untuk mengayuh 100km kita tidak boleh bergantung kepada latihan mengayuh sahaja. Mungkin kita perlukan latihan mengayuh 95% dan mendengar cerita (latihan teori) 5%.

8• Jangan lupa latihan pecut. Walaupun kita bukan nak menyertai perlumbaan tetapi kayuhan pecut dapat meningkatkan ketahanan badan anda dengan menaikkan kadar 'lactate threshold'. Ini adalh titik dimana badan kita memberitahu bahawa  ia sudah tidak mampu untuk meneruskan kayuhan.

Dengan latihan pecut kita dapat menaikkan titi tersebut. Kesannya anda boleh menunggang dengan lebih cepat dan lebih jauh sebelum badan anda sampai titik tersebut. Cuba melakukan 5 atau 6 kali pecutan tahap maksim dalam tempoh 1 minit atau 2 minit. Anda boleh lakukan latihan ini di kawasan berbukit atau berangin.

10• Jangan lupa bawa bekalan makanan dan jangan terlewat minum air. Kerap minum air tetapi sikit-sikit. Terutama jika cuaca panas dan perit. Jangan biarkan badan kita kehabisan air baru kita nak minum. Jangan sampai tekak kita terasa perit dan kering baru kita nak hirup air. Keadaan kita mungkin sudah terlambat untuk badan kita pulih dan menyejukkan diri. Awasi tanda merah pada muka kerana itu tanda badan kita dan panas. Jangan sampai merah dah sampai ke telinga itu dah bahaya. Seolah-olah radiator badan kita dah panas. Jangan minum air batu yang sejuk amat, kalau radiator kereta kita kurang air dan kita tambah dengan air sejuk, apa jadi pada engin?

Berikut adalah 10 perkara yang boleh kita lakukan semasa latihan kayuhan 100km. Berlatih dan beringat semasa berlatih supaya ianya menjadi ingatan pada acara sebenar.

IDEA DARI:
1.avantiplus.co.nz (100km-training)
2. gerekbasikal.blogspot.com (warga-emas-kayuh-100km-sehari-jaja)
3. ibrahimbasikal.blogspot.com (kayuhan-100km)
4. khairi000007.blogspot.com (kwong-wah-yit-poh-100km-ride)
5. chap-ayam-runners09.blogspot.com (letua-100km-ride-2011-laporan)
6. livestrong.com (train-100mile-bike-ride)
7. writersinthestorm.wordpress.com (my-first-100-mile-bicycle-ride)
8. bicycling.com (training 100 mile goal)