Sunday, October 30, 2011

Harga kesihatan kita

Basikal ada macam-macam jenis dan harganya juga ada macam-macam peringkat. Orang yang mengayuh ada macam-macam kategori. Ada yang tak hiraukan apa basikal yang dikayuh, yang penting seronoknya mengayuh. Ada yang amat pentingkan basikal, kalau nak kayuh mesti kayuh basikal yang mahal. Kalau tengok basikal yang murah langsung tak ada selera nak mengayuh.
07 Jamis Trail-X 3.0 menonjolkan jelas huruf X.

Bagi mendapatkan sebuah basikal pun ada macam-macam cara. Ada yang mahukan basikal percuma sahaja. Ada yang sanggup bayar RM50 sahaja. Ada juga yang sanggup bayar sampai RM5 ribu hingga RM15 ribu untuk sebuah basikal. Itu pasal harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal.
06 Jamis Trail-X 3.0 mempunyai tempat untuk pasang tempat barang

Sekarang mari kita pandang dari sudut lain pula.

Bila kita mengayuh basikal maksudnya kita mahu bersukan, bersenam dan rekreasi. Tujuannya yang tersirat adalah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Kalau semata-semata nak mengayuh untuk bersukan, bersenam dan berhibur kita hanya dapat kulitnya sahaja. Inti kepada mengayuh iaitu mendapatkan kesihatan dan kecergasan yang baik untuk tubuh badan dan akal fikiran kita.
05 Jamis Trail-X 3.0 menampal pelekat menunjukkan saiz body 17 inci

Mungkin ada yang akan mempertikaikan, betul ke, berbasikal boleh menjadikan kita sihat dan dapat menyembuhkan penyakit. Ramai yang merasakan tidak logik apabila dinyatakan bahawa kita boleh berubat dengan basikal. Kalau basikal boleh mengubat kita, tidak perlu kita berjumpa doktor. Kerajaan pula tidak perlu membazir membina hospital dan klinik serta melatih doktor, pembantu perubatan dan jururawat. Akan lebih banyak tumbuhnya kedai-kedai basikal berbanding klinik. Kerajaan dikehendaki menyediakan kedai basikal kerajaan berbanding klinik desa. Akan lebih banyak tumbuh kedai basikal swasta berbanding klinik swasta.

Persoalan diatas saya biarkan masing-masing jawab ikut pengalaman masing-masing.

04 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan tayar onroad 26x1.75

Kita berbalik kepada 'harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal'. Harga tersebut adalah harga yang orang sanggup bayar supaya mereka tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit yang biasa kita dengar.

Mudah katanya begini, bagi mereka yang sanggup bayar RM2 ribu untuk sebuah basikal bermakna mereka sanggup bayar RM2 ribu supaya mereka jadi sihat dan tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar. Lebih baik bayar RM2 ribu untuk membeli basikal supaya kita jadi sihat daripada kita membayar RM2 ribu untuk berubat penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar.

03 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan part LX

Tetapi kalau dah beli basikal sampai RM2 ribu, tetapi kayuh 2 bulan sekali. Macam mana nak jauhkan diri dari penyakit-penyakit. Kalau nak berubat dengan basikal kenalah mengayuh sampai berpeluh bukan macam makan ubat lepas makan boleh baring dan tunggu kesan ubat meresap. Kalau beli basikal untuk menjadi sihat dan cergas kenalah keluar mengayuh sampai peluh. Kalau mengayuh 'jalan-jalan makan angin' lepas tu singgah kedai mamak makan roti canai dan teh tarik sambil berharap menjadi bertambah sihat dengan cara begitu. Akan bertambah cepat penyakit-penyakit datang. Membazir saja beli basikal sampai RM2 ribu.

Lebih baik pergi berlari atau berenang atau sewa kayak. Jumat duit, boleh tambah pelaburan dalam ASB.
02 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan Rock Shok Dirt two

Berlari, berenang, berkayak dan berbasikal adalah sukan yang seimbang. Kita menggunakan serentak kesemua anggota kita ketika menjalankan aktiviti tersebut. Kebanyakan sukan lain menggunakan sebelah anggota tubuh badan kita sahaja. Kalau main ping-pong dan badminton kita akan guna sebelah tangan sahaja. Kalau main bola den takraw kita sepak dengan sebelah kaki sahaja. Kalau berlari, berenang, berkayak dan berbasikal kita perlu gunakan serentak kaki dan tangan kita. Tetapi berlari, berenang dan berkayak banyak bezanya dengan berbasikal. Semasa berlari berbasikal dan berenang, ada orang membuat hayunan yang tidak seimbang antara kaki dan tangan masing-masing. Tetapi semasa berbasikal kedudukan dan pergerakan telah dikawal oleh bentuk basikal. Semasa mengayuh hayunan kaki adalah sama antara kanan dan kiri kerana kaki akan mengikut putaran pengayuh secara sama rata.
01 Jamis Trail-X 3.0 menggunakan crank truvetive

Akhir sekali, kita semua berhak memilih cara bersukan dan cara menjaga kesihatan masing-masing. Mana ada tempat atau negara yang semua orangnya menggunakan basikal lebih banyak berbanding kenderaan bermoto?

Gambar basikal yang ditunjukkan disini adalah model Jamis Trail-X 3.0 warna merah. Rangka basikal ini sesuai untuk dijadikan touring bike. Pada rangka Jamis Trail-X 3.0 ada tempat untuk pasang tempat duduk belakang atau tempat bawa barang. Basikal ini berharga RM1,500.00.

LINKS:
1. Building Your Own Comfort Road Bike
2. 2008 Jamis Trail X 3.0

Friday, October 28, 2011

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (3) 9.10.2011

 (1) Sukanika yang disertai oleh peserta Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
 (2) basikal-basikal yang digunakan oleh peserta Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
 (3) Gambar yang disiarkan dalam Sinar Harian Pahang berkaitan dengan Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
(4) Lagi gambar Kayuhan Patin Bandar Temerloh yang keluar dalam akhbar Sinar Harian Pahang.

Tuesday, October 25, 2011

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (2) 9.10.2011

 (1) Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini kurang mendapat penyertaan dari seluruh Pahang kerana 'berlaga' dengan tarikh Kayuhan Bandar Kuantan. pengayuh kuantan dan bandar sekitarnya akan bertumpu ke Kayuhan Bandar Kuantan. manakala pengayuh yang berada disekitar bandar Temerloh akan bertumpu ke Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
 (2) Program Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini diuruskan oleh pasukan Sinar Harian Pahang. Untuk menyertainya peserta perlu membuat bayaran sebanyak RM30.00 seorang. Dapat sehelai baju T, dapat makan nasi lauk daging (bukan patin), dapat cabutan bertuah (ramai yang bertuah), dapat masuk sukanika dan akhir sekali dapat bergambar dengan dua ekor ikan patin (ikan betul).
 (3) Kayuhan Patin Bandar Temerloh mendapat penyertaan dari kaum wanita juga. Jangan kata wanita tak kuat kayuh basikal, ada yang kuat boleh mengalahkan orang lelaki semasa atas basikal.
(4) Lagi gambar Kayuhan Patin Bandar Temerloh DISINI [atokmtb.blogspot.com/2011/10/tok-meriahkan-kayuhan-bandar-patin.html]

Monday, October 24, 2011

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (1) 9.10.2011

 (1) Sempena kayuhan Patin Bandar Temerloh telah diadakan sesi menanam pokok bagi menghijaukan lagi dandar Temerloh.
 (2) Aktiviti kayuhan basikal adalah aktiviti 'cinta alam' dan 'aktiviti mesra alam' sudah tentu perlu dikaitkan dengan aktiviti menanam pokok yang juga aktiviti 'cinta alam' dan 'aktiviti mesra alam'.
 (3) Kalau kita biarkan bumi Temerloh dengan segala macam pembangunan dengan menaman lebih banyak batu-batu, besi-besi dan kayu papan ... tentu kita akan menyesal 10 atau 20 tahun akan datang.
 (4) Kita mungkin tidak bersedia untuk mengejar jejak Netherlands dalam menjaga alam sekitar. Mereka ada 'town planning' bagi mencapai objektif 'Increase non-motorised mobility Reduce car mobility'. bagi negara Netherland, hampir 12 juta daripada 14 juta penduduk mereka mempunyai basikal.
 (5) Matlamat utala mereka dalam 'traffic planning' adalah mengurangkan penggunan kereta. Untuk mencapat tujuan tersebut mereka telah bermula pada tahun 1970an dengan melancarkan 'Traffic and Transport Structure Scheme'. Seterusnya merekal telah menjalankan 'Programme for Personal Transport - to providing better facilities for cyclists' pada tahun 1980 hingga 1984.



Sunday, October 23, 2011

Kayuhan Lubuk Yu 2011 Maran (5)



 1. Saudara Badrulhisham dari Temerloh dengan basikal Cannondale F3000sl
 3. Saudara Nizam dengan basikal Jamis Durango 1.
 4. Saudara badrulhisham bergambar dengan nombor pendaftaran untuk Cannondale F3000sl iaitu 158. Nombor yang tak bertuah di Lubuk Yu Maran. Tetapi beliau rasa bertuah kerana berjaya sampai.
 5. Saudara Samsul Toyota Temerloh dengan basikalnya mempunyai berat 11kg. Keluarga beliau boleh dianggap sebagai keluarga basikal kerana isteri dan anak turut sama mengayuh. Isterinya yang berjaya sampai lebih awal.
 6. Kain rentang TAMAT, Moh Kayuh Ke Lubuk Yu Maran Pahang, Malaysia. Kini semuanya dah selamat
7. Saudara Badrulhisham sedang moyok menunggu nasi bungkus dan lori Majlis Daerah Maran. Lori MDM telah digunakan untuk mengangkut pengayuh balik semula ke Padang Golf Maran. Terima kasih pemandu lori MDM yang sungguh mesra basikal.

Akan terbit selepas ini adalah koleksi gambar Kayuha Bandar Patin Temerloh.

Saturday, October 22, 2011

Kayuhan Lubuk YU 2011 Maran (4)

 1. Sebelum bersurai, makan dan bergerak balik ke Padang Golf Maran, pengayuh diminta bergambar kenangan.
 2. Posisi belun tersusun. Ada yang pandang kanan dan ada yang pandang kiri.
 3.Yang betulnya semua pengayuh kena pandang kedepan. Sempat pula Encik Samsul Toyota pandang ke kanan.
4. Patutlah pengayuh basikal terkeliru, rupanya banyak sangat juru gambar. Tak tau nak pandang kat mana.

Friday, October 21, 2011

Kayuhan Lubuk Yu 2011 Maran (3)

 1. YB Kuala Sentul mempelawa peserta kayuhan basikal Lubuk Yu bergambar kenangan.
 2. Tunggu saya nak juga bergambar.
 3. Inilah koleksi hadiah cabutan bertuah.
 4. YB Kuala Sentul menyampaikan hadiah kepada pengayuh basikal yang bernasib baik.
 5. Sungguh bertuah anak dara Encik Samsul Toyota kerana walaupun lewat sampai tetapi rupanya ada tuah.
 5. Farah dan Rizal sabar menunggu peserta bertuah muncul.
 6. Inilah koleksi basikal yang telah sampai le Lubuk Yu maran.
6. Hadiah utama adalah body basikal XDS yang berharga lebih kurang RM400. Rupanya pengayuh perempuan menjadi peserta yang paling bertuah.

Thursday, October 20, 2011

Kayuhan Lubuk Yu 2011 Maran (2)


 1. Kawasan berhimpun peserta kayuhan lubuk yu.

 2. Sementara menunggu peserta kayuhan yang belum sampai, ada yang tangkap gambar.

 3. Abah dengan marinda hitam hijau.

 4. Siapa kata yang besar tak boleh mengayuh. Saudara Badrulhisham ini mampu mengayuh dari padang golf maran sampai ke Lubuk Yu.

 5. Nampak sangat gaya letih.

 6. Bergambar dekat air lubuk yu, tapi ikan yu susan nak jumpa.

 7. Berasa seronok sungguh kerana telah berjaya sampai.

 8. Saudara Zainal Abidin yang telah mencecah umur 50 tahun, masih mampu mengayuh dari padang golf Maran sampai ke Lubuk Yu. Betul-betul kayuh tak ada tompang lori Majlis Daerah Maran. Beliau sempat mengayuh beriringan dengan YB Adun Kuala Sentul.

 8. Saudara Zainal Abidin CC Pejabat Risda Negeri Pahang dengan Basikal Jamis Taril x 3.0 bergaya dengan baju Shimano.

 9. YB Adun Kuala Sentul bergambar dengan peserta muda Kayuhan Lubuk Yu Maran 2011.