Islam adalah satu cara hidup yang sempurna di mana
keseluruhan aktiviti kehidupan dianggap sebagai ibadat yang mempunyai
kaitan secara langsung dengan kehidupan di akhirat. Dengan itu segala
urusan hidup seseorang muslim seperti jual-beli (ekonomi), sosial,
kebajikan, pendidikan, perundangan dan sebagainya, termasuk juga riadah
mempunyai hubungan langsung dengan persediaan untuk hidup di akhirat.
Budaya hidup muslimin tidak memisahkan di antara kegiatan-kegiatan
duniawi (sekular) dengan persediaan untuk akhirat.
Rujuk: 2010812422.blogspot.com