Kayuhan Insera Mahkota Kuantan ke Sungai Lembing pada 7.6.2014 (Sabtu) bermula jam 8.15 pagi dan sampai ke Hentian Bas Sungai Lembing jam 1015 pagi. Tiada hentian dalam perjalanan pergi ke Sungai Lembing.
Penaluka Khursani bakam menikmati Mee Jawa Sungai Lembing. Asalnya Penaluka Khursani mintak nak makan Mee Bugis tapi tak ada. Jadi makan ajalah Mee Jawa. Apakah bezanya antara Mee Jawa dengan Mee Bugis?
Papan tanda menunjukkan arah tempat Perkelahan Pasir Kubur. mulanya kami dimaklumkan namanya Pengkalan Kubur. Keliru juga mulanya. Setelah melihat-lihat sekitar barulah senang nak ingat. Pasir Kuburnya ini kerana di tepi sungainya ada kawasan berpasir yang luas. Sebelum sampai ke kawasan sungai berpasir ini kita perlu melalui kawasan kubur. Maka jadinya Pasir Kubur.
Sebelum sampai ke kawasan Perkelahan Pasir Kubur kita akan bertemu dengan suatu tandas yang unik. 'Tandas Takada Pintu' (Toilet No Door). Mungkin sebagai orang Melayu kita amat segan untuk menggunakan tandas tak berpintu. Tetapi ianya tetap disediakan mungkin untuk sesiapa yang 'Ada Berani' untuk membuang dalam tandas yang tak berpintu. Amat dicadangkan untuk buang air kecil sahaja. Juga amat dicadangkan supaya menghadap ke dinding JANGAN membelakangkan dinding. Bimbang ada yang terambil gambar.
Kawasan Perkelahan Pasir Kubur ini kelihatannya amat meriah dengan kehadiran pengunjung secara berkumpulan kesini. Ini adalah kumpulan kaum India yang sedang menikmati kesejukan air Pasir Kubur.
Disatu arah yang lain kelihatan masih banyak pengunjung-pengunjung berkereta ke kawasan Perkelahan Pasir Kubur.
Kelihatan beberapa kumpulan sedang syooook memancing. Ada yang menggunakan umpan cacin sahaja.
Ini adalah jarak antar arah masuk dengan tebing sungai. Kelihatan dimereta tempat adalah batu-batu sungai yang saiznya sedang-sedang. terfikir juga mungkin patut dinamakan kawasan Perkelahan Batu Kubur.
Basikal MTB sesuai dikayuh terus ke gigi air. Itu pun bergantung kepada jenis tayar. Kalau pakai tayar ada bunga boleh kayuh sampai gigi air. Kalau pakai tayar botak kena MTB (Main Tolak Basikal).
Kami mengayuh ikut cara 'Easy Touring'. Bawa satu bag pada badan. Cukup-cukup untuk sehelai tuala, kain pelaikat, baju simpanan dan seluar simpanan.
Ketika tengan panas di Pasir Kubur Sungai Lembing, teringat ABC atau ABJ di Kg Kolek.
Kami tak bercadang nak mandi di kawasan Perkhemah Pasir Kubur ini. Bimbang air sungai yang sejuk akan menyebabkan badan menjadi sejuk dan lemah untuk meneruskan kayuhan.
Kami hanya berhenti sekejap sahaja di kawasan Perkelahan Pasir Kubur ini. Perlu teruskan perjalanan menuju ke Masjid Kg Kolek. Mungkin sesuai membersih diri di Masjid Kg Kolek sebelum bersolat dan berihat.
Saudara Bad 'man' sedang memerhati kearah kawasan yang dilarang mandi. Ketika di pekan Sungai Leming kami telah dingatkan supaya tidak mandi di tempat tertentu di Pasir Kubur ini. Bimbang BERKUBUR di Pasir Kubur. Setakat ini sudah dua orang pengunjung Pasir Kubur telah BERKUBUR di Pasir Kubur. Nama Pasir Kubur ini sepatutnya mengingatkan kita kepada kubur kita yang kita sendiri tak tau dimana.
Berkebetulan pula ketika kita nak sampai ke kawasan perkelahan Pasir Kubur ini, kita perlu melalui kawasan perkuburan. Ketika lalu kita berkesempatan pula untuk bersedekah selawat atau Fatihah kepada ahli kubur. Mungkin ini boleh menginsafkan seseorang yang diberi hidayah oleh Allah SWT.
Usaha mereka yang membina kawasan Perkelahan Pasir Kubur ini diharap mendapat keredaan Allah SWT kerana pengunjung Islam berpeluang untuk bersedekah kepada ahli kubur dan berpeluang untuk mengenal diri.