Sunday, August 31, 2014

02 Kayuhan Budu Lipis Pahang - menolak basikal

Acara: Kayuhan Mat Kilau (Mat Kilau MTB Xtion Series 2014)
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00

 Peserta telah dilepaskan pada jam 8.30 pagi oleh Ahli Parlimen Lipis. Masih di awal kayuhan peserta Mat Kilau MTB Xtion Series 2014 telah dilibatkan dengan acara menolak basikal.
 Ada yang hampir nak putus nafar semasa sesi acar menolak basikal ketika Kayuhan Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Sebahagian besar peserta telah membuat latahan kayuhan yang bersesuaian untuk menyertai acara kayuhan Mat Kilau MTB Xtion Series 2014. Tetapi ramai antara mereka yang tidak memasukkan latihan menolak basikal dalam jadual latihan mereka.
Ada yang hampir semput nanya ketika menolak basikal TETAPI ada juga yang segan-segan ketika sesi menolak basikal.

Sunday, August 24, 2014

Kayuhan Masjid/Surau Kuantan 2014

14.1.2014 Kuantan Pahang Malaysia
Pandangan sesetengah masyarakat Islam di negara ini terhadap institusi masjid agak terbatas. Fungsi masjid hanyalah sebagai tempat ibadat semata-mata. Urusan ibadat disempurnakan di masjid tetapi  perancangan dan pelbagai kegiatan hidup yang lain difikirkan tidak wajar dibereskan di tempat masjid.
Kenapa jadi begitu?

Sunday, August 17, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (11) Rodong lama

Inilah rodong yang mengayuh dari Temerloh sampai ke Gunung Senyum.

04. Ramai juga rodong kayuh zaman-zaman dulu yang berhenti ngayoh, masuk sukan lain. Tak menjadi dalam sukan tu, muncul semula dalam aktivi basikal.

03. Ada juga yang sudah 20 tahun tak ubah-ubah minat. Sebab basikal ni aktiviti yang mudah dilakukan. Tak perlu ada 6 orang macam takraw. Tak perlu ada 22 orang macam bola sepak. Tak perlu ada dinding macam skuash. Tak perlu ada kolam yang perlu diisi dengan air. Aktiviti berbasikal boleh dilakukan seorang diri. Pagi petang siang malam tak jadi masalah. Hujan panas tak jadi masalah.

02 Bagi kaki mengayuh, hujan tak jadi penghalang. Tak takut selsema atau pening kepala selepas kena hujan. Tetapi boleh pening kepala kalau dah lama tak kayuh basikal.

01Aktiviti musim hujan bagi kaki basikal adalah mengilat basikal. Habis semua tempa dicuci sampai kilat. Siap simpan dalam bilik dan siap selimut. Bila orang-orang baru suka bertanding beli basikal baru. Kami bertanding beli basikal lama yang pelumba-pelumba dulu buat lumba.

Thursday, August 14, 2014

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (2)


(Masjid Berhampiran Pasaraya Gaint)

Bagi memakmurkan masjid dicadangkan beberapa program yang dirancangkan untuk dilaksanakan seperti program tahunan, bulanan, harian dan berbagai program tahunan yang dicadangkan adalah merupakan program yang biasa dilaksanakan di masjid-masjid kariah seperti
Maal-Hijrah,
Maulidur Rasul s.a.w.,
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Isra’ dan Mikraj,
program korban dan berbagai program lagi yang boleh disumbang dan disusun atur oleh jawatankuasa masjid.

Manakala program bulanan, pengisiannya boleh dibuat dengan mengadakan Qiamullail, majlis membaca kitab berzanji, ceramah bulanan dimana jawatankuasa masjid boleh menjemput wakil jabatan-jabatan kerajaan seperti badan pencegah rasuah, jabatan kerja raya, pejabat tanah, pejabat pendaftaran dan lain untuk menerangkan tugas dan peranan pejabat masing-masing kepada masyarakat.

Rujuk:  bicaramuslim.com

Sunday, August 10, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (10) Bad Man Penaluka Khursani

Saudara badrul hisham ni dah mengayuh bermula tahun 1992, sekarang ni dah hampir 20 tahun mengayuh. Bermula dengan basikal MTB besi, basikal MTB cromoly dan sampai sekarang basikal MTB aloi. Selama ni dah membeli sebanyak 7 buah basikal. Sekarang bercita-cita nak beli basikal yang terbaik yang mampu di beli, kalau boleh nak beli MTB Cannondale tapi belum cukup berani menghabiskan sampai 3 atau 4 ribu ringgit untuk sebuah basikal.
10
Saudara badrul hisham ini boleh di kategorikan sebagai orang minat mengayuh (bukan minat basikal). Tak jadi masalah bagi beliau mengayuh basikal besi atau basikal aloi murah. Yang penting kayuh. Bagi sesetengah orang yang penting adalah basikal yang mahal sampai ribu-ribu-ribu harganya. Tapi badrul tak kisah. Pasal dia minat mengayuh basikal bukan minat basikal.
09
Kerap kali orang bertanya," lama sangat koi nengok awok ngayuh tapi ngapa tak kurus-kurus". Jawab badrul "kira kurus lan ni. yang penting koi tak bertambah gemuk ... maintain ... pasal koi ngayuh la. kalau koi tak ngayuh dah lama koi bertambah gemok. ni kira kurus la ni". Tapi apapun ... orang kurus ke , orang gemuk ke ... yang penting sihat. Sentiasa bersenam. Ada hobi yang boleh mengeluarkan peluh.
08
Selama ni dah banyak tempat mengayuh. kebanyakannya bersama abang nizam perpustakaan dan cik zainal risda. Tempat yang pernah sampai dengan mengayuh adalah:
1. Gunung Senyum, bermula masa zaman jalan ke gunung senyum masih batu kawi.
2. Rumah rehat Jerantut
3. Bandar Jengka
4. Felda Lurah Bilut
5. Kampung Pandan, Kuantan
6. Rantau Abang, Kuala Terengganu.
7. Bukit Rengit, Lanchang
8. Kampung Perlok Raub.
9. Tasik Bera
07
Kalau orang yang kuat akan berbangga dengan berapa cepat dan pantasnya mereka boleh sampai ke satu-satu tempat. Tapi bagi orang macam badrul, yang penting adalah sampai. Nak kayuh laju-laju tak larat. Kayuh perlahan-lahan sambil melihat kawasan yang dilalui.

Pernah di satu kampung di bentung, kami ditahan oleh orang kampung dan ajak kami panjat pokok buah. Panjatlah. pas tu mereka bagi kami satu guni buah-buah. Terhayung-hayang cik zainal risda mengusung seguni buah-buahan pemberian orang. Sepanjang jalan kerja kami bersedekah buah-buah tersebut kepada orang-orang yang kami temui sepanjang jalan.

Sebenarnya masa muda-muda kami tiap-tiap tahu kayuh ke gunung senyum. Ada satu ketika tu, semasa kayuh ke gunung senyum, tak ingat tahunnya. Kami kena kejar dek lembu. Ada seorang yang nama Pok Din tak sempat nak pecut laju-laju. Dia tinggalkan basikal dan terus panjat pokok.
06
Pada hari Kayuhan Gunung Senyum ni badrul mengayuh bersama abang nizam. Ada kumpulan mengayuh dari kuantan, jerantau dan temerloh. Tapi mereka semua kayuh laju-laju, kami berdua perlahan aja, janji sampai. Pada hari ini kami telah mengayuh sejauh 85km. Kami pergi naik jambatan temerloh dan kami balik naik jambatan kuala krau.
05
Sepanjang perjalanan balik kami sempat melihat kesibukan orang berkempen untuk PRK Kerdau. Terima kasih kepada orang-orang ditepi jalan yang memberikan sokongan kepada kami untuk menamatkan kayuh gunung senyum kami sejauh 85 km.
04
Kebiasaannya badrul akan mengayuh dalam kumpulan yeng kecil. Antara tiga orang hingga lima orang sahaja. Antara sebabnya adalah susah nak cari rakan mengayuh yang mahu mengayuh seiring dalam satu kumpulan. lagi satu, kalau ada yang tak larat, boleh lah kami tompang lori pickup kecil, cukup untuk lima orang. Kami pernah nompang lori batang getah, lori tong gas, lori kontraktor buat jalan dan lori tokey cina cari madu lebah.
03
Pesanan badrul pada orang yang baru nak minat mengayuh:
1. Tentukan adakah anda minat mengayuh atau minat basikal. Kalau minat mengayuh, beli apa-apa je dulu basikal dan terus ngayuh. Cari kumpulan yang suka cerita pasal mengayuh bukan cerita pasal basikal dia yang mahal.
2. Tentukan anda nak kayuh sampai bila. Kalau nak kayuh sampai tua, marilah kayuh dengan kami. basikal tak perlu mahal, tapi minat ngayuh.
02
Apakah kebaikan yang didapati melalui mangayuh basikal?
1. Ada orang yang kuat mental tetapi fizikal tak kuat.
2. Ada orang yang kuat fizikal tetapi mental tak kuat.
3. Ada orang yang kuat mental dan kuat fizikal.
Mengayuh basikal telah menjadikan saya kuat mental dan kuat fizikal.

Apa tu kuat mental dan kuat fizikal?
Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat mental dan tentu mintak kereta iring kat belakang. Bila tak daya boleh naik kereta. Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat fizikal tentu tak sampai balik kerumah.
01
Apa kata isteri jika badrul sibuk mengayuh?
Mak (belum kawin) saya tak kisah. Lagipun aktiviti mengayuh masikal bukan kerja jahat. Mungkin orang kata kerja bahaya. Tapi itu semua tak jadi hal. Saya dah banyak kali jatuh. Patah cermin mata. Pecah topi keleda. Koyak baju dan seluar. Sakit badan jangan nak cerita. Tapi dengan izin Allah SWT semuanya tu menjadikan saya makin cekap mengenali tanda-tanda bahaya. makin tabah. Tapi semua tu mungkin hanya sesuai untuk orang macam saya dan abang nizam aja. Jangan kat mesti sesuai untuk orang lain.

Akhir sekali, kalau nak mengayuh JANGAN MEROKOK.

Sunday, August 3, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (9) Mula kayuh

Akhirnya inilah masa-masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta semenjak pukul 8.00 pagi, Kayuhan Gunung Senyum ke Homestay Jengka 25. YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DIMP., SMP. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan telah mendahului peserta berbasikal. Berada di depan peserta basikal adalah kumpulan bermotosikal anak-anak Felda.

10 Penaluka Khursani (berbaju biru) kelihatan berjalan kaki sambil mengheret basikal. Beliau tidak tergesa-gesa untuk memecut kerana itu bukanlah matlamat Penaluka Khursan semasa kayuhan Gunung Senyum ini.

09 Cuba tengok rupa bayang-bayang YB Shafik Fauzan dan Hj Idros Yanya. Tentu anda dapat mengagak pukul berapa sekarang.

08. Eloknya kenalah mula mengayuh awal pagi atau lewat pagi. Tetapi dik kerana ada beberapa acara yang perlu dihabiskan maka terpaksalah mula mengayuh lewat. Mana-mana peserta yang dah tak sabar menunggu maka terpaksalah mereka balik awal.

07. Itu semua tak jadi masalah, yang penting... basikal telah mendapat tempat sebagai salah-satu pengisian tompangan yang menarik yang menjayakan pelbagai acara.

06. Kadang-kadang terfikirkan 'jenis' orang yang sukakan aktiviti berbasikal. Kebiasaannya mereka adalah orang yang lasak-lasak. Tapi mungkin juga ada mereka yang gayanya lasak ...cakapnya lasak tapi asyik nak kayuh dekat-dekat aja.

05. Kami berharap mereka yang baru-baru berjinak dengan basikal dalam 5 tahun atau 10 tahun tidak menjadikan berbasikal adalah sukan/rekreasi yang susan untuk disertai. Apabila meletakkan syarat harga basikal yang sesuai adalah RM5,000.

04. Kalau dengar nasihat basikal yang seelok-elok untuk memulakan aktiviti berbasikal adalah berharga RM5,000. Ramailah orang-orang 'kurang duit akan menjauhkan diri dari aktiviti ini.

03. Lagi satu penghalang kepada kemasukan beramai-ramai untuk aktiviti berbasikal adalah, nak kena kayuh laju. Siapa yang kayuh perlahan kena tinggal. Mereka ini dianggap sebagai budak .....

02. Di negara kita masih belum banyak golongan yang dikelaskan sebagai 'Keluarga Basikal'. Kalau di luar negara telah ada 'keluarga basikal', dalam keluarga mereka semuanya minat berbasikal. Minat tersebut bukan bermula dari generasi sekarang tetapi telah bermula pada nenek moyang mereka. Ayahnya kaki basikal, maknya kaki basikal, atoknya kaki basikal, wannya kaki basikal sampai kepada tok moyang lelaki dan perempuan semuanya kaki basikal. Dalam keluarga mereka tak ada pilihan untuk meminati apa, pilihan yang ada hanya basikal sahaja.

0. Di Pahang atau Malaysia, minat berbasikal kebiasannya tiba-tiba muncul. Habis semua anak beranak tetiba minat basikal ....1...2...3... dah minat bendal lain pulak. Tetiba sekali lagi, basikal menjadi benda yang glamor dan nampak hebat, tetiba mereka ini minat semula basikal. Bukan kata tak boleh masuk. Tapi itulah cara mereka, kita terima aja. Dan biarkan apa mereka nak cakap. Kejap lagi mereka pergi semula.