Saturday, October 26, 2013

A634 Kayuhan Gunung Senyum Meri 5

Samada untuk pelumba basikal atau pengayuh rekreasi, perlu sentiasa menjimatkan tenaga. Penjimatan tenaga untuk pelumba bertujuan untuk menggunakan sepenuh tenaga apabile berhampiran garisan penamat, jangan sampai tenaga habis awal.

bagi pengayuh rekreasi pula, menjimatkan tenaga adalah bagi tujuan untuk mengayuh balik. Kalau tidak berusaha menjimatkan tenaga nanti habis tenaga apabila nak kayuh balik. Terpaksa tompang lori. Bila satu kawan naik lori akan menyebabkan kawan-kawan yang tidak kuat semangat nak naik lori juga. Akhienya semua naik lori. Misi mengayuh tidak tercapai kerana balik dengan lori.
Gambar lama Kayuhan Gunung Senyum.

Saturday, October 19, 2013

A633 Kayuhan Gunung Senyum Meri 3


Gambar lama kayuhan ke Gunung Senyum. 

Gambar ini telah dihantar ke majalah Rekreasi dan diterbitkan. Sebenarnya kami kayuh sahaja ke Gunung Senyum. Ada antara kami yang tak pernah menjelajah ke dalam Gunung Senyum. Fokus kami adalah mengayuh ke gunung senyum dan mebgayuh balik ke Temerloh. Apabila sampai ke Gunung Senyum baru separuh perjalanan telah selesai. Ada separuh lagi perjalanan perlu dihabiskan. kalau ada sesiapa yang menggunakan banyak tenaganya untuk menjelajah Gunung Senyum akhirnya tak larat nak kayuh balik ke Temerloh. Balik tompang lori.

Saturday, October 12, 2013

A632 Kayuhan Gunung Senyum Meri 2


 01. Pada masa itu, tak banyak laluan basikal yang terfikir oleh kami. Bila nak kayuh jauh, kami hanya fikirkan Kayuhan Gunung Senyum. Pernah juga kami mengayuh ikut Kuala krau. Naik bot dan kayuh ke gunung senyum. Tapi tiada gambar. pada masa itu Tony dan Aming dari Kedai Basikal Saudagar Hock Seng Choon banyak membantu.

02. Hingga sekarang kami masih ketagih untuk mengayuh ke gunung senyum. Apa yangkami dapat adalah kayuhan gunung senyum ini mengubah pandangan kami terhadap jarak ke gunung senyum. Kalau dahulu, persediaan rapi dibuat untuk memulakan kayuhan ke gunung senyum. Tetapi setelah tiap-tiap tahun melakukan keyuhan akhirnya kami rasakan jarak ke gunung senyum ni dah jadi tak jauh.

Saturday, October 5, 2013

A629 Kayuhan Senyum Meri 1

Gambar lama Kayuhan Gunung Senyum bersama Meri dan Ita. Wakti ini sedang berihat atas bukit selepas kayuhan naik bukit. Masa ini kami tak kaji pun apa orang-orang sepanjang jalan ke gunung senyum kata tentang bebudak ngayuh ke gunung senyum. Tetapi kami tidak mendapat gangguan dari orang-orang kampung. Ada yang memberikan sokongan dan ada yang kagum dan pelik. Apa tak peliknya, orang dekat gunung senyum tak pernah buat kerja mengayuh ke gunung senyum. Tetapi ada bebudak dari Temerloh ngayuh ke Gunung Senyum tiap-tiap tahun.