Ini adalah salah satu gambar lama kayuhan Temerloh - Gunung Senyum. Semasa kayuhan ini kami belajar supaya berhati-hati apabila ada kumpulan lembu di laluan yang akan kita lalu. Perlu lebih berhati-hati apabila kumpulan lembu tersebut berada di dua belah jalan. lebih bahaya lagi jika Sang ibu lembu berada disebelah sini manakala sang anak lembu berada disebelah sana.
Keadaan ini telah menyebabkan Pokdin telah dikejar oleh bapak lembu kerana meyangka pokdin nak ke anak lembu tersebut. Pokdin telah dikejar hebat oleh lembu tersebut. Oleh kerana dah tak larat nak kayuh maka Pokdin terus panjat pokok. Tinggal basikal kat bawah pokok. Nasib baik sang lembu tu tak lenyek basikal Pokdin. Kalau tidak tai taulah Pokdin nak balik dengan apa.
Paling hairan adalah kenapa sang lembu tu marah sangat kat Pokdin. Nak kata pokdin nak kan anak dia mustahil. Nak kata Pokdin ngorat anak dia lagi mustahil. Bukan nak kata Pokdin tak kacak (kalau pun ye) tapi rasanya Pokdin tak tergamak nakkkan anak lembu. Bersepah lagi anak orang yang ada kat Temerloh ni. Mungkin lembu tu cemburu kat Pokdin. Ityulah manis masam kayuhan bersama Pokdin
Akhir sekali Pokdin berpesan jangan kayuh basikal yang ada spring (asober) depan belakang (ful sus) untuk kembara di jalan raya. Kerana spring tersebut akan menyebabkan basikal tersebut sentiasa berenjut sepanjang perjalanan. Baru separuh perjalanan pinggang Pokdin rasa macam nak putus. Masa tu Pokdin ingatkan hebat kalau kayuh basikal macam tu.
Mana satukan pokdin dalam gambar diatas?
Ada setengah terlalu manis
Setengahnya masam menjalis
Setengahnya lazat tiada rengis
Setengahnya pahit rupanya majlis