Saturday, June 29, 2013

A577/A578 Gambar lama berbasikal

 A577
A578

Gambar lama tahun 1998. Bertemu dengan saudara Nizar.

Yang harus padaNya pula
Menjadi mumkin meninggalkan dia
Tatkala ditilik kepada esaNya
Tetapi wajib benar kataNya

Saturday, June 22, 2013

A576 Kayuhan Kg Perlok ke Kuala Krau

Pemandan yang dapat dinikmati semasa Kayuhan Temerloh-Jerantut-Raub-Perlok-Kuala Krau-Temerloh pada tahun 1986. Air Sungai Penderas ini sungguh jernih dan deras. Pada tahun 2011 kami pernah cuba mencari semuka lokasi berendam ini tetapi tak jumpa.

Yang mustahil kepada Allah
Segala lawan sifat Salbiyyah
Demikian lagi sifat Nafsiyyah
Serta Maani dan Maknawiyyah

Saturday, June 15, 2013

A574 Kayuhan Kg Perlok ke Kuala Krau

Gambar lama kayuhan Temerloh-Jerantut-Raub-Kg Perlok-Kuala Krau-Temerloh.

Hayat dan Ilmu sifat Maani
Qudrah dan Iradah demikian lagi
Sama dan Bashar bernama Mulki
Ketujuh sifat Kalam hakiki

Saturday, June 8, 2013

A573 Kayuhan Kg Perlok Ke Kuala Krau

Gambar kayuhan Temerloh-Jerantut-Raub-Kg Perlok-Kuala Krau-Temerloh.

Sifat Wujud dikata Zat
Qidam dan Baqa sifat ibarat
Mukhalafatu li jami’ul Kaainat
Qiyamuhubinafsihi,Wahda’aniat

Saturday, June 1, 2013

A572 Kayuhan Perlok ke Kuala Krau.


Gambar kayuhan Temerloh-Jerantut-Raub-Kg Perlok-Kuala Krau Temerloh pada tahun 1986. Kami terpaksa berdepan dengan jalan berselut. Pada masa ini jalan ini telah siap ditar. Jika kita nak pergi ke Lipis dari Temerloh, kita boleh melalui jalan ini. Dari Kuala Kerau boleh terus ke Damat tak perlu melalui Jerantut.

Empat perkara rukun syahadah
Mengisbatkan Zat serta Sifat
Mengisbatkan Afa’al serta Qudrah
Membenarkan rasul genaplah empat