Saturday, September 14, 2013

A580 Kayuhan Balik Kampung (Temerloh-Kg Tekal)

Ini adalah gambar tahun 1999, bulan September, 19hb. Kami telah mengayuh balik kampung kuala Tekal, iaitu kampung asal ayah badrul hisham dan ayah shahril. Ini adalah rumah mak sedara Badrulhisham. Pak sedaranya pada masa tu mengamalkan makan akar pitamwali. Dia makan dengan cara apit dengan pisang. Kalau tak, tak sanggup nak telan, akar pitamwali ni pahit amat sangat. Sesiapa yang mengamalkan makan akan pitamwali ni, nyamok tak suka gigit pasal darah jadi pahit. Tapi tak boleh amak kerap sangat bimbang darah jadi pekat. nanti boleh kena tekanan darah rendah. Boleh 'goool'.

Kinii pok sedaranya dah arwah. Al-Fatihan untuk arwah. Mak sedaranya masih ada.

4.2.2013

No comments:

Post a Comment