Friday, May 31, 2013

Zainal 04: Depan Rumah SU BIKE Pahang

Begambar kenangan di depan rumah setiausaha Bike Pahang. Ini adalah orang-orang betul-betul 'Otai' dalam aktiviti berbasikal di Temerloh dan Pahang. Semua mengayuh basikal mountain bike besi. Mereka yang mengayuh basikal lumba yang kena mengayuh menongging tidak mahu terlibat dalam kumpulan ini. Atas usaha merekalah telah ditubuhkan Kelab Basikal Kembara Negeri Pahang. atau ringkasnya BIKE Pahang.
Kami semua kayuh basikal Mountain Bike untuk rekreasi sahaja.

Pada masa ini Persatuan Lumba Basikal Pahang (PLBP) dengan Kelab Basikal Kembara pahang (BIKE Pahang) mempunyai haluan yang berbeza. Mereka ni sama-sama minat basikal tetapi tidak boleh bersama. Orang Perlatuan Lumba Basikal Pahang selalu memandang rendah kempulan Kelab Basikal Kembara Pahang. 'Persengketaan' antara PLBP dan BIKE Pahang ini berlarutan apabila PLBP yang ketandusan pelumba muda 'mencuri' pengayuh BIKE Pahang untuk dilatih sebagai pelumba Pahang.

Kalau ada yang berpotensi baik lelaki mahupun perempuan akan di'santap' oleh PLBP. 

Persengketaan antara BIKE Pahang (Basikal Rekreasi) dengan PLBP (Basikal Berlumba) adalah ibarat masalah antara UMNO (Melayu-Isl;am) dengan PAS (Islam-Melayu).

Akhirnya BIKE Pahang dikuburkan apabila Persatuan Lumba Basikal Pahang menukar nama kepada Persatuan Berbasikal Pahang. Semua acara berbasikal (MTB / Racing) dikendalikan oleh Persatuan Berbasikal Pahang.

Kalau ditanya, kenapa ada perselisihan faham antara BIKE Pahang dengan PLBP, mungkin kita akan dapat jawapan yang sama jika kita bertanya kenapa ada perselisihan faham antara UMNO dengan PAS.

Sama-sama satu mina  Sama-sama tinggal di satu tempat. Sama-sama fokus pada satu ada hala. Sama-sama gunakan satu jalan

tambahan lagi

Sama-sama satu agama. Sama-sama satu bangsa. Sama-sama satu negara. Sama-sama satu tuhan (Allah swt)

mungkin jawapannya

Sesiapa yang merasakan dirinya betul adalah betul. Sesiapa yang merasakan diri orang lain salah adalah betul juga

Salahnya kat mana mereka ni?

Bila yang merasakan dirinya betul  mahu sentiasa betul sepanjang masa dan zaman. Bila yang merasakan diri orang lain salah. Mahu sentiasa salah sepanjang masa dan zaman

No comments:

Post a Comment