Tuesday, April 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (11)

Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:
-Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
-Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
-Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
-Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
-Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
-Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
-Tempat letaknya Baitulmal negara.
-Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
-Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan. 

Rujuk: bicaramuslim.com

Wednesday, April 1, 2015

Kemenangan dan Penyampaian Hadiah Jamboree Mempaga MTB 2015

Marilah sejenak kita kaji tentang apa makna kemenangan dari sudut yang lebih luas. Makna kemenangan ini tidak cukup untuk kita kupas di sini satu persatu, itu memerlukan pembahasan dengan diri sendiri.
 1. Makna terbesar dari sebuah kemenangan yang pasti telah dicapai oleh siapa saja yang mau berjihad, baik sendirian atau bersama sama umat adalah ketika seorang mujahid berhasil mengalahkan nafsunya, mengalahkan syetan yang menggodanya serta mengalahkan ‘lapan perkara yang disukai semua manusia’ dan kesukaan-kesukaan yang menjadi cabangnya, mengalahkan urusan-urusan duniawi yang menarik dirinya, di mana dalam hal ini banyak sekali kaum muslimin yang gagal
 2 Jika ibubapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai ..........
 3 Maka ketika seorang mujahid keluar untuk berjihad, berarti ia telah merealisasikan kemenangan atas orang-orang yang tidak mau ikut jihad dan menghalangi darinya.
 4 Ketika seorang teguh di atas jalan dan perjuangan, apapun yang menimpa dirinya, kepayahan dan kekeliruan dan kata-kata yang menyakitkan hati pada dasarnya ini sudah merupakan satu kemenangan.
 5 Jika orang yang mengalami kesengsaraan dan kesedihan melebihi orang lain, tetapi masih terus berjalan di atas jalan kehidupan mereka dan pantang mundur ketika di medan tempur, serta tidak tewas dengan kemewahan dunia telah teguh memegang prinsip yang ia pegang. Itulah kemenangan.
 6 Ia dikatakan menang jika mereka pegang teguh, mereka rela berperang demi membela prinsip tersebut, mereka rela mengorbankan diri demi menebusnya, itulah kemenangan hakiki.
 7 Sungguh mereka yang hanya berbekal keyakinan dalam melawan musuhnya yang dilengkapi dengan berbagai peralatan dan senjata canggih adalah mereka yang menang dengan kemuliaan dan prinsip yang ia pegang.
 8 Adapun orang-orang yang kebanyakan cenderung kepada dunia dan rela hidup dalam kehinaan, maka sejarah tidak akan pernah sudi menulisnya, bahkan sejarah akan membencinya.
 9 Ketika ia menyatakan dengan terus terang bahwa ia sangat merindukan kemenangan di atas jalan yang ia yakini, dan ia menyatakan bahwa kemenangan sama sekali tidak mempengaruhi maju mundur dirinyanya, maka itu sudah termasuk kemenangan tersendiri.
 10 Api dunia ternyata tidak mampu mengundurkan mereka dari prinsip yang mereka pegang. Mereka lebih memilih selamat dari api neraka di akhirat walau harus mereka bayar dengan memasuki api dunia.
 11 Maka merekapun terjun satu persatu ke dalam api, seperti seperti belalang yang meloncat dengan penuh kemantaban dan perasaan rela berkorban, mereka tidak ditakutkan oleh pemandangan api yang begitu hebat. Mereka memasukinya demi meraih kemenangan.
 12 Kemenangan yang selanjutnya adalah kemenangan yang berupa kemenangan hujjah dan dalil. Ini dekat dengan makna kemenangan sebelumnya.
 13 Akan selalu ada satu kelompok dari umatku yang menang di atas kebenaran, tidak akan dipengaruhi oleh orang yang melemahkan semangat, hingga tiba ketentuan, sementara mereka tidak berubah.
 14 Betapa banyak kelompok yang sedikit mengalahkan kelompok yang banyak adalah salah satu kemenangan.
 15 Kalaulah kita tidak melihat kemenangan dengan segera, sebenarnya kemenangan itu hampir saja datang.
 16 Bezanya kemenangan ini tidak hanya dirasakan oleh pemenang yang mendapat kemenangan ini, tapi meluas kepada orang lain, baik ketika orang itu masih hidup atau sudah meninggal. Hujjah dia tersampaikan dan memuaskan hati orang walaupun dirinya sendiri lemah dan tidak meraih kemenangan di medan tempur.
 17 Salah satu bentuk kemenangan adalah kemenangan atas musuh yang senantiasa mengintai dan berusaha sekuat tenaga dengan berbagai cara untuk menghalanginya dari meneruskan tugas kita.
 18 alangkah besar kemenangan itu, ketika seorang hamba berada di bawah naungan hidayah
 19 Ketika kita berjaya untuk meneruskan latihan setiap petang berarti kita telah telah menang atas orang-orang yang sentiasa menghalan kita untuk turun berlatih.
 20 Kalaulah mereka keluar mengayuh bersama, mereka tidak akan menambahkan apapun kepada kita selain kekusutan, mereka menabur riak di dalam hati kita dan di antara mereka yang suka mendengarkan hasutan mereka. Dan ada yang tidak hiraukan hasutan mereka, itulah kemenangan seorang pengayuh basikal.
 21 Orang-orang yang tidak minat mengayuh merasa senang dengan cara hidup mereka yang anti-sukan dan mereka tidak suka berbelanja untuk apa-apa yang menyihatkan tubuh badan mereka dan mereka akan berkata “Janganlah kita membuat kerja meletihkan (berkayuh) dalam cuaca terik panas.
 22 Kita katakan pada mereka, membeli sebuah basikal adalah membeli sebuah kesihatan. Kita lebih rela membayar kepada kedai basikal daripada membayar kepada hospital swasta. Itu juga suatu kemenangan.
23 Bukankah orang yang tetap teguh di atas minat berbasikal dan teruskan aktiviti mengayuh serta menjadi pengayuh yang tetap meneruskan kayuhan boleh disebut sebagai orang yang mendapatkan kemenangan.

Sekitar Jamboree Mempaga MTB 2015

 1 Sebenarnya melalui pengalaman dan pembelajaran secara rasmi dan tidak rasmi ,banyak perkara atau pengetahuan yang saya timba dan ingin saya kongsi bersama orang-orang yang ingin mendengarnya atau berminat.
 2 Senario di Malaysia ini masalahnya terlalu ramai orang yang pandai, atau rasa mereka sudah terlalu pandai dengan sekadar mereka mengetahui atau mahir sesuatu perkara sahaja dalam latihan berbasikal, sering mempengaruhi orang ramai (pengikut sukan berbasikal) agar mengikut cara atau teknik mereka.
 3 Keadaaan ini sebenarnya akan merosakkan generasi sukan berbasikal di Malaysia, kerana banyak sangat ajaran atau fahaman songsang, membuat orang ramai terkeliru. Ini juga membantutkan perkembangan sukan berbasikal di Malaysia.
 4 Selepas Azizul tak akan dapat lagi pelumba yang setaraf dengannya selepas ini. Senario di Malaysia juga biasanya orang akan terpengaruh kepada perkara-perkara yang popular, contoh seperti iklan produk kesihatan, atau trend tertentu yang menjadi ikutan.
 5 Untuk merancang latihan pada pandangan saya beberapa perkara yang perlu di ambil kira (sekadar menyentuh apa yang teringat di fikiran pada waktu ini).
 6 Perkara-perkara tersebut ialah:-
Prinsip latihan
Periodisasi
Teknik kayuhan/biomechanics
Permakanan
Penyertaan perlumbaan
 7 Apabila hendak membuat program latihan kita perlu tahu prinsip-prinsipnya dan prinsip ini sangat perlu di rujuk.
1.    Perkembangan Individu
2.    Adaptasi
3.    Penambahan beban (over load)
4.    Ansur maju
5.    Kebolehbalikan (reversibility)
6.    Kekerapan
7.    Pengkhususan
8.    Variasi
 8 Sepertimana saya selalu bicarakan,bahawa latihan dalam sukan berbasikal atau apa-apa sukan, latihan perlu dilaksanakan dengan latihan Aerobik sebagai permulaan fasa sebagai Base/Foundation, atau latihan Endurance.
 9 Bagi pelumba pro, waktu ini adalah off season di mana mereka akan berkayuh di luar kem dan mereka mencari mileage dengan kayuhan jarak jauh antara 4-8/9 jam sehari.Jangka masa ini biasa berlansung selama 2 hingga 3 bulan.Kebiasaannya mereka akan mencari sejauh sehingga 10,000 km dalam tempoh tersebut.
 10 Bagi kita sebagai pelumba amatur rasanya tak perlu buat sepertimana pro, kerana nak jadi pro kena training 6-10 tahun berterusan dan progressing , jadi kita sekadar mengikut format yang sama tetapi dalam volume dan intensity yang bersesuaian
 11Untuk itu setiap program latihan perlu di mulakan dengan aerobic/endurance . Kenapa perkara ini perlu? Mengikut penemuan, pembacaan dan pembelajaran saya, aerobik sangat perlu pada awal musim kerana beberapa perkara berikut yang dapat saya gariskan:-
 12 Menambah keupayaan penyimpanan carbohydrate dalam otot dan hati
 13 Mencergaskan system respiratory/keupayaan membawa banyak oksigen ke dalam aliran darah.
 14 Menambah keupayaan jantung mengepam banyak darah per minit ke otot yang bekerja.
15 Membantu system ‘thermoregulatory’(penyejukan) dengan menambah aliran darah ke kulit semasa berkayuh.

Friday, March 27, 2015

Kayuhan Riadah 2015 Perpustakaan Daerah Pekan ke UMP Pekan, Pahang

Program: Kayuhan Riadah 2015 Perpustakaan Daerah Pekan ke UMP Pekan
Tarikh: 30 Mac 2015 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Pekan.
VIP: YB Dato' Sri Sh Mohamed Puzi bin Sh Ali

Perpustakaan Awam Daerah Pekan sekali lagi bersama guru dan pelajar SMK Tengku Abdullah akan melakukan Kayuhan Rekreasi 2015 ke UMP pekan. kayuhan ini disertai oleh 60 orang pelajar dan guru.

----------------------------------------------------------
Petikan dari
http://lamanbasikal.blogspot.com/2012/01/kayuh-basikal-boleh-mengubah-kehidupan.html

Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak dan menyimpan tenaga macam mengayuh basikal.

Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.

Mengayuh basikal mengajar kita supaya mengayuh dengan seimbang antara kaki kanan dan kaki kiri. Tangan juga perlu seimbang antara tangan kiri. Tetapi ada masanya kita akan mengurangkan pegangan tangan salah satu tangan. Kadang-kadang kita mampu mengayuh basikal dengan melepaskan kedua tangan.

Begitu juga dalam kehidupan. Cakap-cakap orang yang baik dan buruk kita harus mampu membuat tindakan yang seimbang. Jika kita condong sebelah pihak sahaja maka kita akan mengayuh dengan sebelah kaki sahaja. Ada juga yang mempunyai 'skill' untuk mengayuh sambil 'lepas tangan'. Jika, kita telah mempunyai bakat dan kemahiran dalam satu-satu keadaan kita mampu membuat keputusan secara 'lepas tangan' juga tetapi haluan hidup tetap lurus. Kita tidak tersungkur. Basikal tidak rosak dan kehidupan kita tidak rosak.

Mengayuh basikal juga perlua ada rentak. Ada masa kita kayuh santai ada masa ketika melintas lampu isyarat kita kena pecut lebih laju. Ada masa kita terpaksa mengayuh selaju-lajunya kerana telah ditinggal jauh oleh kawan atau dkejar anjing gila. Kalau kita tersangkut antara mak lembu dengan anak lembu apa rentak nak pakai. Kita bukan nak buat apa-apa pun katt anak lembu tu, tapi mak lembu yang berada di seberang jalan tak percaya kan kita. Rentak apa nak pakai kalau bukan rentak seribu.

Begitu juga dengan kehidupan. Bukan semua keputusan dan tindakan kita perlu buat segera dan pantas. Ada keputusan perlu betul-betul cepat kalau tidak rugi. Ada pula keputusan kita perlu buat dengan perlahan dan tenang supaya tidak rugi puluh atau ratus ribu.

Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.

Begitu juga kemampuan kita untuk bersaing. Kita tidak boleh terlalu bergantung pada satu-satu orang atau satu-satu cara atau satu-satu tempat. Bila berubah keadaan sekeliling kita, kita boleh ikut berubah.

Perlu diingat, jarak perjalanan serta tempoh kayuhan yang lama akan membuatkan kita letih dan jemu, jadi adalah penting untuk kita memiliki tempo yang boleh dijadikan panduan bagi memastikan kita tidak terlalu ketinggalan daripada pengayuh yang lain.

Dalam kehidupan kita mesti ada rentak juga. Ada hari dam masa kita perlu bergerak dengan pantas sepanjang masa supaya kita tidak ketinggalan. Ada ketika kita perlu perlahankan rentak kita supaya kita tidak meninggalkan kawan-kawan dan kawan-kawan mahu terus berkawan.

Dalam mengayuh kita perlu tetapkan sasaran. Berapa jarak kita nak kayuh. Mampukan kita mangayuh jarak tersebut. Mampukan mental dan fizikal kita menempuh laluan tersebut. Cukupkah bekalan yang kita bawa, ada air dan ada pam dan tiub simpanan. Adakah kita nak pergi mengayuh dan balik naik lori.

Begitu juga hidup kita. Kita perlu tahu apa yang kita hendak dalam hidup kita. Mampukah kita mencapai cita-cita kita. Cukupkan bekalan dan persediaan kewangan dan masa. Macam mana kalau tiba-tiba kita hilang fokus dan minat.

Berbasikal boleh mengubah hidup kita. Kita perlu cari caranya dan sesuaikan dengan diri kita.

Tetapi ada kalangan kita yang telah berbelas malah berpuluh tahun mengayuh tetapi gagal mengubah kehidupan, kenapa? Sama-sama kita mencari jawapan untuk diri kita sendiri. Kuncinya adalah kita perlu bertanya kepada diri kita. Tetapi apakah soalan yang kita perlu tanya pada diri kita? Soalan tersebut, juga kita perlu bertanya kepada diri kita. Peninggggg.

Seperti kata Lence Armstrong “It’s not about the bike”. Ini bukan sekadar cerita basikal tetapi 'It’s about never give up'.

Saturday, March 14, 2015

Kayuhan Masjid Daerah Kuantan (10)

Setiap masjid seharusnya memiliki landasan dan fungsi berkenaan. Itulah sebabnya Rasulullah meruntuhkan bangunan kaum munafik yang juga disebut sebagai masjid dan menjadikan lokasi itu tempat membuang sampah-sarap. Ini kerana bangunan itu tidak menjalankan fungsi masjid yang sebenarnya iaitu ketakwaan.

Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat

Rujuk:  bicaramuslim.com