Showing posts with label Kayuhan Sihat Daerah Jerantut. Show all posts
Showing posts with label Kayuhan Sihat Daerah Jerantut. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Kayuhan Sihat Daerah Jerantut (3)

Akhirnya Kayuhan Sihat Bandar Jerantut telah berjalan dengan jayanya. Semua peserta selamat sampai. Ada yang sampai dengan basikal, ada yang sampai dengan lori dan ada yang sampai dengan motosikal.
 01. Peserta dijamu dengan 3 jenis kuih selepas tamat Kayuhan Sihat Bandar Jerantut.
 02. Ini adalah basikal Cannondale yang dijadikan hadiah cabutan bertuan. Untuk menyertai cabutan bertuan ini. Mereka yang berminat perlu membayar RM5.00. Selain itu ada juga hadiah-hadiah lain yang disediakan untuk cabutan bertuah. Hadiah diletakkan dalam beg dan tak sempat nak tengok apa isinya. penyampaian hadiah cabudan bertuan disampaikan oleh YB Adun Damak, Pengarah Kementerian Perlancongan Pahang dan AJK Persatuan Lumba Basikal Pahang.
 03. Ini adalah basikal-basikal yang hebat yang menyertai kayuhan pada hari ini. Basikl yang tidak hebat ada banyak. Tetapi semangat mereka jauh lebih hebat.
04. Ini adalah pengusaha kedai basikal jerantut, juga event manager, juga petugas pendaftaran peserta (tiang kutip duit RM5.00), juga juruacara rasmi, juga juruhebah dan juga tukang beri taklimat teknikal. Pandek kata macam-macam kebolehan.
Ada yang bertanya KBJ tu apa? Ada dua versi. Pertama KBJ adalah Kedai Basikal Jerantut. Kedua, KBJ adalah Kelab Bukit Jerantut.

PROFILE KAYUHAN

Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Bandar Jerantut
Jarak: 30km
Bayaran: RM5.00
Pendaftaran: pada hari program sahaja
Urusetia: Kedai Basikal Jerantut

Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)

Minum pagi: tiada
Makan tengahari: tiada
Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.

VIP:
Adun Tahan - pelepasan
Adun Damak - cabutan bertuah
Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang

Sunday, March 3, 2013

Kayuhan Sihat Daerah Jerantut (2)

Kayuhan Sihat Bandar Jerantut ini melibatkan jarak 30 km. Ini adalah jarak yang seronok dikayuh. Tambahan pula mengayuh dalam suasana redup.
 01. saudara badrul penalukakhursani telah berjaya menamatkan kayuhan bandar Jerantut dalam keadaan baru lepas demam.
 02. basikal naik lori.
 03. Encik Nasir dari Temerloh.
04. ini adalah makanan yang disediakan kepada peserta Kayuhan Sihat Bandar Jerantut pada 24.2.2013. Semua peserta dapat menikmati tiga jenis kuih dan air tawar. Tak ada makan tengahari, tak ada nasi dan tak ada mee. Kalau nak sihat kena makan kuih sahaja selepas mengayuh.

PROFILE KAYUHAN
Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Bandar Jerantut
Jarak: 30km
Bayaran: RM5.00
Pendaftaran: pada hari program sahaja
Urusetia: Kedai Basikal Jerantut

Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)

Minum pagi: tiada
Makan tengahari: tiada
Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.

VIP:
Adun Tahan - pelepasan
Adun Damak - cabutan bertuah
Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang

Sunday, February 24, 2013

Kayuhan Sihat Daerah Jerantut (1)

Pada 24 Februari telah diadakan Kayuhan Sihat 1Malaysia di bandar Jerantut. bayaran penyertaan adalah RM5. Ada baju t untuk siapa yang cepat. Tak ada minum pagi dan tak ada makan tengahari. Tetapi ada cabutan bertuah. Dapat bag, isi dalam bag ... tak tau.
 01. Peserta yang mendaftar awal sahaja mendapat baju t. Ramai yang tidak sempat mendapat baju t merah yang bertulis I Love PM.
 02. Secara rasminya kumpulan Semantan MTB dari temerloh tidak berpeluang menghantar wakil mereka pada hari ini. Tetapi saudara Badrulhisham tetap setia memakai baju Semantan MTB.
 03. Ada macam-maca basikal yang terlibat pada hari ini.
 04. Penganjur ada menyediakan check point untuk berhenti sekejap. Dihentian ini peserta disediakan air tawar, roti dan pisang.
05. Masih bersemangat walaupun dan tak larat nak kejar abang-abang dan pakcik-pakcik yang kayuh lintang pukang dan menciput macam orang dah nak terkincit. Mereka ni langsung tak ada semangat 'fun ride'. Mereka ingatkan boleh kayuh sama-sama ramai-ramai. Rupanya semua nak tunjuk bakat berlumba dengan bebudak sekolah rendah.

PROFILE KAYUHAN
Program: Kayuhan Sihat 1Malaysia Daerah Jerantut
Tarikh: 24.2.2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Bandar Jerantut
Jarak: 30km
Bayaran: RM5.00
Pendaftaran: pada hari program sahaja
Urusetia: Kedai Basikal Jerantut

Keselamatan: Polis, Rela, marshall berbasikal
Cabutan bertuah: Ada (Hadiah utama basikal Cannondale)

Minum pagi: tiada
Makan tengahari: tiada
Menu: Roti bungkus, pisang dan kuih 3 jenis.

VIP:
Adun Tahan - pelepasan
Adun Damak - cabutan bertuah
Turut Hadir: Pengarah Kementerian pelancongan Pahang