Showing posts with label Program 2014. Show all posts
Showing posts with label Program 2014. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Pra-Kayuhan Tasik Chini 2014

Pada 9.5.2014 telah diadakan Pra-Kayuhan untuk Kayuhan Tasik Chini 2014. Sesi ini adalah untuk menguji laluan yang bakal digunakan sema Kayuhan Sebenar Tasik Chini yang belum ditetapkan tarikh.
 Setelah beratus tahun lamanya legenda naga menjadi kepercayaan Orang Asli yang di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik. Tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.
sumber: kosmo.com.my
 Tasik Chini Resort.
Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, bercerita kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya.

Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati.

Bahasan Abdullah meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik,

Ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air.

Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat.

Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat.
Sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir. Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan tidak berpenyakit.

Penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya. Seorang bomoh di Terengganu memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

Bahasan Abdullah menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas Bahasan Abdullah nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu. Bahasan Abdullah berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. Rawatan itu dibuat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup Bahasan Abdullah yang mungkin terkena sumpahan naga Tasik Chini.

SUMBER:
http://suhazna.blogspot.com/2009/09/lagenda-tasik-chini-kisah-benar.html

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini. Satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.

Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat.

Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.
SUMBER:
http://suhazna.blogspot.com/2009/09/lagenda-tasik-chini-kisah-benar.html

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini.
Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha, lain-lain tasik di seluruh Malaysia tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.
Tapi sekarang ni aku sedih tengok keadaan Tasik Chini. Sejak empangan dibuat, paras air dah turun. Kawasan Tasik pun dah surut dan banyak tempat yang dulu di pinggir tasik dan ada teratai dah hilang. Kalau dulu tepi jalan raya pun banyak teratai sekarang ni tinggal kenangan sahaja bagi aku. Dulu masuk kawasan Tasik Chini, nyaman terasa sekarang dah tiada lagi. Itulah nilai sebuah pembangunan yang perlu dibayar.
Maka pada hari ini Mei 2014 Kumpulan Peminat Basikal Mountain Bike bercadang membuat program kayuhan di Tasik Chini. Bukan untuk mencari Naga Tasik Chini tetapi membawa pengayuh basikal menikmati keindahan Tasik Chini yang berjaya dipertahankan selama ini.

Ada pihak lebih berminat untuk bercerita apa yang telah dirosakkan oleh pihak tertentu. Pengayuh Basikal lebih berminat untuk bercerita apa yang telah terselamat selama ini.

Thursday, June 12, 2014

Kayuhan Cergas 1Malaysia Teluk Cempedak

Tarikh: 15.6.2014 (Ahad)
Tempat: Dataran Teluk Cempedak
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Jarak kayuhan: 

Anjuran:
Jabatan belia dan Sukan Negeri Pahang
JBS Bike Shop
Masasport Cycling Academic

BAYARAN
RM15.00

Apa ada?
Makan/minum untuk 100 orang peserta
cabutan bertuah

Untuk maklumat lanjut
Berkunjunglah ke kedai Basikal Rizal Bukit Rangin

Wednesday, March 12, 2014

Kayuhan Ayam Kampung 2014 (Maran, Pahang. Malaysia)

Maran Cycling Club (MCC) telah adakan Kayuhan Ayam Kampung pada tahun 2013 .MCC juga berpengalaman menjalankan Kayuhan MARAN40

Kayuhan Ayam Kampung (road), jadi tahun ni adalah untuk kita raikan para peminat MTB, Jamboree Ayam Kampung pasti akan menjadi satu Jamboree yang menarik nanti.. kerana laluan yang akan di lalui sangat menarik


Tajuk: Kayuhan Ayam Kampung 2014 (Maran)
Tarikh: 11 Mei 2014
Masa mula: 8.00 pg
Tempat: Kuala Sentul, Maran

Yuran: Rm 50.00

Categori:
-Super Junior,
-Junior,
-Junior Elite,
-Men Open,
-Master,
-Veteran
-Ladies

Jarak Kayuhan 40km

Tarikh tutup penyertaan:

Pengambilan Goodies: - dari jam 2ptg hingga 10 malam /Ahad jam

Info2 terkini akan di update dari masa ke semasa..

Untuk maklumat lanjut:
1. Azhar Abu Bakar  019-6265257
2. Choi 017-9133995
3. Zam 013-9818242
4. MatJeri 019-9205837

Link:
basikalmaran.blogspot
eventviva.com

Tuesday, March 11, 2014

Program Berbasikal di Negeri Pahang 2014

SMART Mega Fun Ride
(Kuantan)
23 Februari 2014

Kayuhan SMK Mat Kilau
(Kuantan)
9 Mac 2014

Kayuhan Lipis
16 Mac 2014

Kayuhan DCherating Beach Ride
(Kuantan)
23 mac 2014

Taman Bandar MTB Cretirium
(Kuantan)
29 Mac 2014

Kayuhan Jengka
(UITM Tekam Resort MTB Jamboree)
30 Mac 2014

Kayuhan Bentong
(Janda Baik Waterfall Ride)
19-20 April 2014

Kayuhan Budu (Mat Kilau)
(Kg. Budu, Lipis)
3 Mei 2014

Kayuhan Maran
(Ayam Kampung)
10-11 Mei 2014

Kayuhan Rompin
(Udang Galah)
27 Mei 2014

Kayuhan Kuantan
(160k)
1 Jun 2014

Kayuhan Raub
(Musang King)
16 Ogos 2014

Kayuhan Temerloh
(Patin)
27 Sep 2014

Kayuhan Pekan
(Bandar Diraja)
12 Oktober 2014

Kayuhan Cameron
(Cameron Highlands Thompson Trail Ride)
8-9 Nov 2014

Kayuhan Bera
(Tasik Bera)
22 Nov 2014

Telok Chempedak Downhill Challenge
(Kuantan)
5-7 Dis 2014

Beserah Tengkujuh Ride
(Kuantan)
21 Dis 2014

Untuk maklumat lanjut:
Pejabat Kementerian Pelancongan dan  Kebudayaan Negeri Pahang

Sunday, March 9, 2014

Kayuhan Mat Kilau 3 Mei 2014 (MAT KILAU MTBXtion) di Kg Budu, Lipis, Pahang, Malaysia




Acara: Kayuhan Mat Kilau
Tempat: Sekolah Kebangasaan Budu, Kampung Budu Lipis Pahang Malaysia
Tarikh: 3 MEI 2014 hingga 4 MEI 2014 (Sabtu dan Ahad)
Bayaran: RM50.00
Tarikh Tutup Penyertaan: 18 APRIL 2014


[ BORANG PENYERTAAN ]

WANG TUNAI untuk di MENANGI!

Kategori Penyertaan

LELAKI TERBUKA   - (Umur dari 18 tahun ke 39 tahun)
WANITA TERBUKA - (Umur dari 18 tahun ke 39 tahun)
LELAKI VETERAN   - (Umur dari 40 tahun ke 50 tahun)
JUNIOR - (Umur dari 9 tahun ke 17 tahun)





 Peta kayuhan Mat Kilau
-----------------------------------------------------------------------
MAT KILAU MTBXtion-SERIES, adalah satu acara lumba basikal kategori lasak yang berkonsepkan JAMBOREE CROSS COUNTRY. Nama MAT KILAU dipilih sebagai nama acara ini adalah untuk mengenang sejarah perjuangan pahlawan Melayu ini dalam mempertahankan tanahairnya. Manakala Kampung BUDU pula menjadi tapak dan kubu oleh Mat Kilau dan angkatannya dalam menghadapi musuh demi mempertahankan tanahair.

 Pelbagai aktiviti karnival akan di adakan antaranya :-

Pameran Sejarah Mukim Budu
 Pameran Sejarah Negeri Pahang
Pameran Pahlawan Melayu
Pameran Ulama’ Melayu
Pameran Senjata Melayu
Pameran Permainan Melayu
Pameran Pakaian Melayu
Pameran Agensi – agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Rejimen Askar Melayu Diraja, Pameran Kementerian Kesihatan, Pameran Majlis Amanah Raya, dan sebagainya


-----------------------------------------------------------------------
ATURCARA

Nama Acara
MAT KILAU MTBXtion-SERIES

Tarikh         
4hb Mei 2014

Tempat
Mukim Kg Budu, Benta Pahang Darul Makmur

Konsep
JAMBOREE/CROSS COUNTRY

Yuran Penyertaan
RM50.00 seorang

Jarak
25 km +/-

Itinerari Program

03hb Mei 2014 (SABTU)
   
10.00 pagi    
Karnival bermula
2.00 petang    
Ketibaan para tetamu,media dan masyarakat kampong
2.30 petang    
Ketibaan tetamu VIP dan para jemputan
2.45 petang    
Ketibaan Perasmi- Ahli Parlimen Lipis YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamed
3.00 petang    
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
3.10 petang    
Ucapan Pengarah Program I Encik Mohd Rushdi Bin Abdul Ghani
3.20 petang    
Ucapan Perasmian oleh Ahli Parlimen Lipis YB Dato' Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamad
3.40 petang    
Gimmik Perasmian
3.45 petang    
Persembahan Silat
4.00 petang    
Menjemput perasmi  melawat tapak karnival
4.30 petang    
Minum Petang
4.45 petang    
Persembahan Tarian Tradisional
5.00 petang    
Persembahan Muzik Tradisional
Persembahan Permainan Tradisional
6.00 petang    
Karnival Rehat
8.30 malam    
Persembahan Dato’ Ariffin Said
9.00 malam    
Persembahan Puisi
9.30 malam    
Tayangan Wayang Pacak
11.00 malam    
Karnival Rehat
   
4hb Mei 2014 (AHAD)
   
7.45 pagi    
Sarapan pagi
8.00 pagi    
Perasmian oleh YB ADUN Benta YB Dato' Ir. Hj Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak
8.30 pagi    
Flag-Off oleh ADUN Benta YB Dato' Ir. Hj Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak
10.30 pagi    
Peserta pertama di jangka tiba di garisan penamat
11.00 pagi    
Ketibaan Perasmi
11.15 pagi    
Menjemput perasmi  melawat tapak karnival
11.30 pagi    
Peserta terakhir dijangka tiba di garisan penamat
11.45 pagi    
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
11.50 pagi    
Ucapan Pengarah Program I Encik Mohd Rushdi Bin Abdul Ghani
12.00 t/hari    
Ucapan Perasmian
12.30 t/hari    
Pengumuman pemenang setiap kategori Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
12.45 t/hari    
Perasmi, VVIP, VIP, Pengarah Program dan tetamu jemputan bergerak ke Pusat Pembangunan Modal Insan (PPMI) untuk makan tengahari
2.00 petang    
Acara Mat Kilau MTB Xtion - SERIES Tamat
4.00 petang    
Acara Karnival Warisan Sejarah & Budaya tamat
-----------------------------------------------------------------------
 SENARAI HOTEL/CHALET/HOMESTAY

    RUMAH REHAT RESIDEN INN, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-312 2788

    RUMAH REHAT TANJUNG INN, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-312 1185

    RUMAH TAMU DAERAH, Jalan Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-312 1253

    LIPIS CENTREPOINT HOTEL, Level 5 Lipis Centrepoint, Jln Pekeliling Kuala Lipis, Pahang.
    No Tel : 09-312 2688

    HOTEL JELAI, No 44 Jln Jelai Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-315 1049

    HOTEL LIPIS PLAZA, No 1 Kompleks Taipan Jln Benta-Lipis Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-513 6688

    GIN LOKE HOTEL, 64 1st Floor Jalan Besar, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-362 2888

    KENONG RIMBA LODGE, 14 1st Floor, Medan Stesen Keretapi, Kuala Lipis, Pahang.
    No Tel : 09-266 3884/09-965 7388

    ORCHIRD HOTEL, 7 Jln Rumah Rehat, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-312 3598

    TIONG KOK HOTEL, 80 Main Street, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-312 2599

    HOMESTAY KUALA MEDANG, Pejabat Penghulu Mukim Jelai, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 012-900 5828

    LIPIS PLAZA HOTEL, Kompleks Taipan, Jalan Benta-Lipis, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-513 6688

    NEN TIONG KOK HOTEL, 69 Jalan Besar, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-312 2044

    MERAPOH RESTHOUSE
    No Tel :  09-912 2350

    HOMESTAY DAN BILIK SEWA AH LEK, Mini Market A Lek, Benta, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 09-323 8515

    HOMESTAY BENTA, Benta Music & Stationary, Benta Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 019-968 6368

    HOMESTAY SMKPGAS (Cikgu Alias), SMK Panglima Garang Abdul Samad, Kampung Budu, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 013-980 3418

    AWATIF HOMESTAY 1, Institut Perguruan Tunki Ampuan Afzan, Kuala Lipis, PahanG
    No Tel : 019-931 4901

    AWATIF HOMESTAY 2, Bandar Lipis, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 019-931 4901

    HOMESTAY ACIK PEKAN BENTA, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel : 014-220 9355 atau 014-226 4566

    HOMESTAY KAMPUNG CHAT, Kampung Chat, Kuala Lipis, Pahang
    No Tel :019-900 9058

-----------------------------------------------------------------------
 PENGANJUR
Blackwind Adventure Team

PENGANJUR BERSAMA:

Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis


DISOKONG OLEH :

Pejabat Ahli Parlimen Lipis
Pejabat ADUN Benta
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang
Majlis Daerah Lipis
Jabatan Penerangan Daerah Lipis
Polis DiRaja Malaysia
Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis
Kelab Kembara Reakreasi Dan Jejak Sejarah Anak Pahang
Rejimen Askar Melayu Diraja Lipis


PIHAK-PIHAK LAIN YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM KARNIVAL WARISAN SEJARAH DAN BUDAYA & MAT KILAU MTB Xtion - SERIES :

    Pejabat Pendidikan Daerah Lipis
    Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
    Jabatan Belia dan Sukan Daerah Lipis
    Pejabat Pelajaran Daerah Lipis
    Jabatan Pertahanan Awam Lipis
    Majlis Amanah Raya Daerah Lipis
    Pejabat Perhutanan Negeri Pahang
    Lembaga Muzium Negeri Pahang
    Jabatan Kesihatan Daerah Lipis
    Persatuan Bulan Sabit Merah
    Pejabat Penghulu Kg Budu
    Sekolah Kebangsaan Kg Budu
    Pusat Pembangunan Modal Insan
    JKK Kampung Budu
    JKK Kampung Terap
    Masyarakat Kampung Budu & Terap
-----------------------------------------------------------------------
 Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Call/SMS/Whatassp

Mohd Fuad Roslizan
HP: 018-376 9907

Mohd Yusoff Kamaruddin
HP: 011-3980 3099

Dalim Othman
HP: 012-341 9537

[ BORANG PENYERTAAN ]

-----------------------------------------------------------------------
PESERTA YANG TELAH MENDAFTAR


BIL NAMA KELAB
1 Afida Razali Personal
2 Anuar vSalleh Personal
3 Azman Kamaruddin Personal
4 Azriel Bin Sharuddin Team Chevrolet
5 Iqra' Izz  Rostam Personal
6 Jumaat Sari PECS
7 Malik Radzuan Muhammad Personal
8 Mohd Faizal Shamsuddin KLCT
9 Mohd Zukri Tahir Polygon Malaysia
10 Muhamad Mustaqeem Che Mohd Rusof Personal
11 Ong Pei Cun Wolf Riderz MTB
12 Rafi Raviandran Personal
13 Rosdy Abdul Rahman Personal
14 Rostam Hashim Personal
15 Saharuddin Mohammed Team Chevrolet
16 Shahrizal Zainal Abidin Personal
17 Shahrulnizam Kamarudin Perhebat Cycling Team
18 Sufaizal Rabu Spoket Karat Cycling Team
19 Zahid Din Alang Personal
20 Zanatinuli Bt Rahmat DR2 Team