Sunday, February 10, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (665) makan petai

26.01.2013 (Sabtu) 12.00 tengahari. Kami sampai di gerai makan berhampiran hentian bas Rapid Percuma Kuantan-Sungai Lembing.
 01. Sempat berborok dengan Encik Wan Ismail Wan Ali.
 02. Gerai pilihan saudara Zainal Abidin Risda Pahang.
 03. Nasi Ayam Sungai Lembing yang bakal dinikmati oleh saudara Badrul. Bagi saudara badrul, Sungai Lembing bukanlah tempat yang asing bagi beliau. Ayah beliau permah mengajar di Sekolah Menengah Sungai Lembing. Mak saudara Badrul pula pernah tinggal di Sungai Lembing. Tok Mat b Chot pula adalah tekond darat di lombong Sungai Lembing ini. Mungkin ada sesuatu yang dicari oleh saudara Badrus di Sungai Lembing. Biarlah pencarian tersebut menjadi rahsia pada masa ini.
04. Inilah makanan tengahari yang dinikmati di Sungai Lembing. Nasi Putih, ayam nasi ayam, sambal lada dan petai Sungai Lembing.

Saturday, February 9, 2013

A553 kayuhan Gunung Senyum 1998

Gambar ini dirakam pada 6.6.1998.

Syariat itu tempurung yang keras
Tarekat itu nyor diramas 
Hakikat itu minyak terkeatas
Hening dan jernih tiada berhampas

Friday, February 8, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (660) Sampai


26.1.2013 (Sabtu) 11.50 pagi kami telah berjaya sampai dengan basikal di Sungai Lembing. Turut sama meraikan kejayaan kami berjaya sampai di Sungai Lembing ini adalah Cannondale F3000sl (merah/putih) , Jamid Trail X (merah/putih) dan Fuji Nevada 1.0. (biru/putih)

Berjaya sampai dengan catatan masa 4 jam. Sekarang kena fikirkan kayuhan balik pula.

Wednesday, February 6, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (657) 1km lagi

 01. Ada orang menjual ikan sungai siap siang.
 02. 26.1.2013 (Sabtu) jam 11.44 pagi kami telah sampai di batu tanda yang menunjukkan Sungai Lembing 1km. Lega rasanya. Bagi orang yang pertama kali mengayuh ke sungai lembing, terasa matlamat dan hampir tercapai.
03. rupanya kami telah meninggalkan kuantan sejauh 40 km. Bila melihat jarak 40km ini baru terasa jauhnya kami dah kayuh. Tiba-tiba kaki terus terasa sakit. Kepada sesiapa yang bergambar di batu tanda ini kena berhati-hati kerana batu tanda Sungai Lembing 1 km ini sudah patah.

Lihat semua gambar:

Monday, February 4, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (646) RAJD


01. 26.1.2013 (Sabtu) 10.53 pagi . Bergambar dengan papan tanda 'Penempatan Anggota RAJD - Projerk membina Jambatan Sungai Lembing). Papan tandi ini menunjukkan Rajemen Askar jurutera Dirajatelah membantu menyiapkan Jambatan sungai Lembing.
02.  26.1.2013 (Sabtu) 10.57 pagi
 03. 26.1.2013 (Sabtu) 10.58 pagi
 04. Sebanyak tiga buah jambatan besi bernilai RM36.75 juta akan dibina bagi menggantikan jambatan kayu sedia ada di Sungai Lembing. Jambatan yang mampu menampung berat sehingga 50 tan dan selebar 7.35 meter. Jambatan ini dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk dari tujuh buah kampung.
05.
Tujuh buah kampung tersebut adalah
Kampung Kawah
Kampung Kuala Kenau Seberang
Kampung Melayu
Kampung Jeram Takar
Kampung Air Terjun
Kampung Sungai Mas
Kampung Seberang

Jumlah kos bagi jambatan ini adalah:
-Kg Kawah RM14.47 juta,
-Kg Kenau RM12.14 juta
-Kg Seberang RM10.14 juta.

LINKS;
2. tdm2u.blogspot.com/2011/03/royal-engineers-regiment-rajd
3. sharizalsa.blogspot.com/p/rajd-70-aw-siri-12010
5. utusan.com.my  Tiga jambatan besi di Sg. Lembing