Monday, February 4, 2013

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (646) RAJD


01. 26.1.2013 (Sabtu) 10.53 pagi . Bergambar dengan papan tanda 'Penempatan Anggota RAJD - Projerk membina Jambatan Sungai Lembing). Papan tandi ini menunjukkan Rajemen Askar jurutera Dirajatelah membantu menyiapkan Jambatan sungai Lembing.
02.  26.1.2013 (Sabtu) 10.57 pagi
 03. 26.1.2013 (Sabtu) 10.58 pagi
 04. Sebanyak tiga buah jambatan besi bernilai RM36.75 juta akan dibina bagi menggantikan jambatan kayu sedia ada di Sungai Lembing. Jambatan yang mampu menampung berat sehingga 50 tan dan selebar 7.35 meter. Jambatan ini dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk dari tujuh buah kampung.
05.
Tujuh buah kampung tersebut adalah
Kampung Kawah
Kampung Kuala Kenau Seberang
Kampung Melayu
Kampung Jeram Takar
Kampung Air Terjun
Kampung Sungai Mas
Kampung Seberang

Jumlah kos bagi jambatan ini adalah:
-Kg Kawah RM14.47 juta,
-Kg Kenau RM12.14 juta
-Kg Seberang RM10.14 juta.

LINKS;
2. tdm2u.blogspot.com/2011/03/royal-engineers-regiment-rajd
3. sharizalsa.blogspot.com/p/rajd-70-aw-siri-12010
5. utusan.com.my  Tiga jambatan besi di Sg. Lembing

Kayuhan Sungai Lembing 2013: (645) Sungai Nadak

pada jam 10.42 pagi kami sampai di jambatan Sungai Nadak.

Berubat dengan mengayuh basikal

 1.Ada orang anggap berbasikal adalah bersukan. Bila berbasikal mereka akan berpeluh dan dapat merasa seronok.
 2.Ada oran berbasikal kerana minat berbasikal. Mereka ini jarang-jarang mengayuh basikal sampai berpeluh. Bila kawan-kawan jual basikal jenama cube dan beli jenama gaint, mereka ikut.
 3.Ada juga orang yang berbasikal untuk berubat. Kita pernah dengar sang suami yang terpaksa berhenti kerja dan mengiring isterinya mengayuh basikal. Isterinya mengidap penyakit kanser tahap empat. dengan ketekunan mereka suami isteri mengayuh basikal (dengan izin Allah swt) akhirnya kanser tahap empat turun ke tahap dua.
 4.Sang suami terpaksa berhenti kerja kerana hendak mengubat isteri dengan berbasikal. Akhirnya membuka kedai basikal.
 5.Ada juga orang yang disahkan kehabisan minyak pelincir di kepala lutut. Pihak hospital teklah memberikan temujanji untuk melakukan pembedahan memasukkan 'minyak pelincir' dalam kepala lutut. Disebabkan temu janji tersebut enam bulan lagi maka si sakit mengambil keputusan berubat dengan basikal.
 6.Mula-mula dibelinya basikal mountainbike murah. Mula berubat atau mula mengayuh sendirian. tidak berani naj 'joint' kumpulan pengayuh-pengayuh tegar.
 7.Mula-mula tentu mengayuh macam orang sakit. Lama kelamaan dah boleh kayuh macam orang sihat. Lepas tu badan jadi makin sihat. Akhirnya bertemu dengan kumpulan pengayuh yang sesuai 'dijoint'. Bila dah keadah berubat dengan basikal makin menjadi. Kepala lutut dah makin sihat. Tentulah kena beli basikal yang lebih baik sikit.
 8.Setelah sampai tarikh temu janji maka pergilah si sakit ni ke hospitan. Setelah dilakukan ujian, doktor memaklumkan ada pertumbuhan semula cecair 'pelincir' dalam kepala lutu. jadi pembedahan ditangguhkan.

Banyak lagi cerita-cerita lisan/dongen/motivasi begini yang kita boleh dengar dan baca. Ada orang yang berjaya menguruskan badan dengan berbasikal. kalau ada yang dah mencuba tetapi tidak berjaya, mungkin tidak betul caranya. Tidak cukup tempohnya atau tidak cukup yakin. Atau tidak fokos atai tiada fokus.
 9. Kita bukan sahaja boleh mengubat fizikal kita tetapi kita juga boleh mengubat mental kita dengan berbasikal.  Ada caranya. Kita boleh mengatahui adakah kekuatan mental kita sama dengan kekuatan fizikal kita. Ada orang kuat fizikal tetapi tidak kuat mental. Ada juga yang kuat mental tetapi tidak kuat fizikal.

Kadang-kadang kita rasa yakin kita boleh kayuh sejauh 50km tetapi badan kita tidak mampu, seluruh badan sakit. Kadang-kadang kita tidak yakin badan kita boleh kayuh sejauh 50km sedangkan badan kita masih mampu dan tidak ada sakit.
 10.Tetapi apa sebab badan kita boleh berubat dengan basikal atau dengan bersukan atau dengan fisiotrapi.Kita kena faham bahawa badan kita tidak berfingsi seperti engin kereta atau motosikal. Jika lama tidak digunakan ia akan rosak. Jika terlalu kerap digunakan ia akan rosak. Kereta tidak boleh membaiki diri sendiri. Tetapi badan kita boleh membaiki diri sendiri. Ada bahan ajaib dalam badan kita yang boleh merawak organ-organ (alat-alat dalam badan) yang rosak.
11.  Bila kita dikejar oleh hantu atau anjing gila , kita akan lari litang pukang. Kita boleh lompat pagar yang setinggi kita. Kita juga boleh lompat longkang yang sepanjang kita. kita boleh lakukan kita dikejar oleh hantu atau anjing kerana ada satu bahan yang ddigunakan oleh otot kita untuk menjadikan kita sekuat itu.

Bahan ajaib tersebut juga boleh dikeluarkan jika kita seronok melakukan satu-satu aktiviti seperti berbasikal. bahan ajiaib inilah yang merawak si isteri yang sakit kanser dan si sakit lutut.

LINKS:


Saturday, February 2, 2013

A552 Kayuhan Gunung Senyum

Gambar lama mengayuh ke gunung senyum pada tahun 1998.

Syariat itu khawas dan awam
Nabi dan rasul sehingga Adam
Tarekat  itu umpama kolam
Hakikat itu laut yang dalam

Kayuhan Sungai Lembing 2013 (644) Gua Charas

Kami telah sampai di kawasan Gua Charas pada jam 10.13 pagi.

LINKS:
1. pahang.gov.my/gua-charas-sg-lembing-kuantan
2. budakss.blogspot.com/2010/11/gua-charas