Saturday, January 19, 2013

A550 Kayuhan Gunung Senyum Temerloh Pahang

Gambar Kayuhan Gunung Senyum pada 5.6.1998

Ilmu Yakin jalan syariat
Ainul Yakin jalan tarekat
Haqul Yakin jalan hakikat
Ketiganya itu dari makrifat

Wednesday, January 16, 2013

A549 Kayuhan Gunung Senyum 1998

Gambar kayuhan Gunung Senyum 6hb Mei 1998.

Berbasikal tidak sentiasa menyeronokkan. Kadang-kadang ia menyakitkan. Kadang-kadang dirasakan kita dah serik dan tak sanggup lagi mengayuh.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, apabila kita balik dari mengayuh dan kita merasakan "Saya tak sanggup dah ngayuh lagi" tapi minggu depan mengayuh semula.

Jadi, bagaimana kita nak mulakan mengayuh dan tinggalkan sementara tilam yang empok diawal pagi?

Mesti Mempunyai Matlamat

Jika anda tidak ada matlamat, mula-mula perlu dapatkan satu matlamat. Bukan matlamat untuk menjadi pelumba dan kayuh lintang pukan dan tinggalkan semua orang dan anda rasakan matlamat anda tercapai. Bukan matlamat macam itu. Mungkin matlamat anda adalah:
- keinginan untuk kekal cergas dan sihat,
- suatu jarak yang anda mahu kayuh
- mengurangkan berat badan
- Merapatkan hubungan sesama ahli keluarga
- Macam-macam matlamat yang anda sahaja lebih tahu
Dapatkan satu matlamat hari ini. 

Itulah yang kami bertiga buat pada tahun 6hb Mei 1998 seperti dalam gambar. Kami berkongsi satu matlamat untuk mengayuh ke gunung senyum. Pada masa itu tak ramai orang mengayuh basikal. Malah tak ramai yang buat kerja mengayuh ke gunung senyum tiap-tiap tahun. Kayuh pula dengan basikal besi. Nak jumpa basikal aloi ditemerloh amat-amat jarang. Tetapi kami seronok kerana matlamat kami nak kayuh ke gunung senyum tiap-tiap tahun. Setiap tahun itulah yang kami tunggu. Dan setiap minggu kami berlatih untuk kayuhan yang menjadi matlamat kami.

Bagi kami yang penting adalah mengayuh bukan basikal apa yang dikayuh.

Koleksi gambar-gambar lama ini ada banyak dan kami harap dapat mengeluarkannya secara berperingkat jika ada kelapangan.

Tuesday, January 15, 2013

Kayuhan Nazwan 05.01.2013

Pada hari Ahad bersamaan 5hb Januari 2013 Nazwan telah membuat kayuhan dari Perkampung Indera Sempurna - Pantai Sepat - Charok Paloh - Ubai - Perkampungan Indera Sempurna. Kayuhan ini berlangsung sejauh 53km. Sebelum memulakan kayuhan 53km ini, tiada latihan yang berkaitan dengan kayuhan dilakukan.

Nazwan menggunakan basikal Jamid Durango 1 yang telah di 'upgrade. Menggunakan fork Rock Shox Dirt 3 dan menggunakan rim mevic.
 01. Bergambar di batu tanda Pekan 31km dan Kg. Cherok Paloh 6km.
 02. Bergambar di batu tanda Kuantan 16km.
 03. Batu tanda aras.
 04. Kayuhan Nazwan telah sampai di Sungai Penor (C17/20/50)
 05.  Jambatan yang merentang Sungai Penor.
 06. Nazwan telah sampai di Surau kampung tebing Tinggi Penor 26610 Kuantan.
 07. Dihadapan kem latihan Khidmat Negara.
 09. Simpang ke Institut Oseanografi dan Kajian Maritim (INOCEM) dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa dan ditempatkan di Kampung Charok Paloh. [bakaumalaysia.blogspot.com]
 10. papan tanda sempada daerah Pekan.
 11. Inilah nasi ayam Kampung Ubai yang dinikmati oleh Nazwan.
 12. Bergambar dihadapan kedai makan Nasi Dagang Ubai tempat Nazwan makan nasi ayam ubai.
 13. Akhir sekali Nazwan bergambar dihadapan pintu gerbang Penjara Penor. Jika ada peluang akan mengayuh ke kawasan Penjara Mempaga Bentong pula.
[ jpmportal.prison.gov.my: prodok penjara penor ]

Setelah tamat kayuhan sejauh 53km Nazwan hanya sakit sikit-sikit pada peha bahagian depan dan tepi sahaja. Pengalaman pernah patah kaki tidak menjejaskan kekuatan kaki Nazwan untuk mengayuh sejauh 53km. 

Kepada penduduk sekitar Inderasempurna dan Inderapura yang berminat untuk mengiku Nazwan mengayuh, boleh cari Nazwan di SMK Mat Kilau (tingkatan satu).

Friday, January 4, 2013

Keputusan 2012 Undian ANDA SUKA BASIKAL APA:

Keputusan undian 'Anda suka basikal apa?' telah memihak kepada basikal Mountainbike.

Mountainbike 54 (46%)

Racing 8 (24%)

Racing & MTB 21 (18%)

Fixie 6 (5%)

Racing & Fixie 5 (4%)

MTB & Fixie 1 (0%)

Lain-lain 0 (0%)

Votes so far: 115
Poll closed

Undian ini telah  berlangsung sepanjang tahun 2012.

Wednesday, January 2, 2013

Kayuhan Aspirasi Sihat Mentakab Temerloh

 01. Berhenti di pam minyak Petronas Batu Tiga keran hujan lebat.
 02. Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat pengayuh-pengayuh basikal Aspirasi Sihat untuk mengayuh dari Mentakab sampai ke Temerloh.
 03. Seronok juga mengayuh dalam hujan lebat.
 04. basikal Fixie yang menyertai kayuhan Aspirasi Sihat Mentakab -Temerloh yang berlangsung pada 15hb Disember 2012.
 05. Turut dijual semasa program ini adalah baju basikal.
 06. Kumpulan baju hitam turut menyertai kayuhan Aspirasi Sihat Mentakab-Temerloh.
 07. Persatuan Berbasijak Pahang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan ini.
 08. Bigman dan Fatman (Penaluka Khursani)
 09.makanan yang disediakan kepada pengayuh basikal sempena Aspirasi Sihat Mentakab-Temerloh. Turut disediakan pada hari ini adalah cabutan bertuah berupa hamper (bukan barangan basikal).