Thursday, January 12, 2012

Pahang Bike Ride 2012 - Pelancaran Pakej Cuti-cuti Berbasikal

Program : Pelancaran Pakej Berbasikal Cuti-cuti 1Malaysia di Pahang (Cycling Package Holiday in Pahang)
Tarikh: 12hb Februari 2012
Tempat: Telok Cempedak Kuantan Pahang.
Masa: 3.00 petang

Pengisian:
Tarikh: 11hb. Februari 2012 (Sabtu)
- Acara basikal BMX
- Acara Skateboard
- Acara basikal fixie
- Kursus basikal MTB (berbayar)

Tarikh: 12hb. Februari 2012 (Ahad)
- Kayuhan 'Pahang Bike Ride' (percuma)
- Gerai Pameran
- Pelancaran Pakej Berbasikal Cuti-cuti 1Malaysia Pahang 2012
Program ini adalah anjuran Tourism Malaysia Pahang. Pelancaran peringkat kebangasaan telah berlangsung pada 17hb. Disember 2011 di Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia. Sebanyak 8 pakej yang telah ditawarkan:

JOM CUTI-CUTI BERBASIKAL
DISCOVER PAHANG CYCLING PACKAGES

Pada  hari Pelancaran Pakej Berbasikal Cuti-cuti 1Malaysia Pahang 2012 nanti, Tourisam Malaysia Pahang akan umumkan pakej-pakej yang tawarkan untuk negeri Pahang. Pakej tersebut pada peringkat awalnya mungkin tidak melibatkan semua daerah di Pahang.

CUTI-CUTI BERBASIKAL 
DI NEGERI PAHANG

LINKS PUTRAJAYA BIKE RIDE 2011:
1. warisanchanteq.com (program-cuti-cuti-1-malaysia-putrajaya-bike-ride)
2. 2009tonton.blogspot.com (putrajaya-bike-ride-cuti-cuti-1-malaysia)
3. adib.typepad.com (putrajaya-bike-ridecuti2-1-malaysia)
4. wawaezrill.blogspot.com (putrajaya-bike-ride)
5. putrajayaeasyriders.blogspot.com

LINKS PAKEJ BERBASIKAL CUTI-CUTI 1MALAYSIA
1. motour.gov.my (majlis-pelancaran-pakej-berbasikal-cuti-cuti-1malaysia-2011)
2. beritaharian.org (pakej-berbasikal-cuti-cuti-1malaysia-putrajaya)
3. inimajalah.com.my (pakej-berbasikal-cuti-cuti-1malaysia-putrajaya-diperkenalkan)
4. kosmo.com.my - lapan Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya
5. mohdapih.com (pakej-berbasikal-cuti-cuti-1malaysia-putrajaya)
6. shafienor.blogspot.com (pakej-berbasikal-cuti-cuti-1malaysia)

LINKS CRUSE DAN TAMAN BOTANI:
1. cruisetasikputrajaya.com -Cruise Info
2. dslrfanclub.com (cruise-tasik-putrajaya)
3. nurulazida.blogspot.com (cycling-taman-botani-putrajaya)
4. sarah-livelovelife.blogspot.com (cycling-taman-botani-putrajaya)
5. panoramio.com - Cycling Activity Info
6. theroutinelife.blogspot.com (taman-botani-putrajaya-lakeside-cycling)
7. dadaphotobook.blogspot.com - Taman Botani Putrajaya for cycling
8. bincang.net (Jom-berbasikal-di-Taman-Botani-Putra-Jaya)
9. warlordsarmoury.blogspot.com - Tandem Seat Bicycles for rent
10. suhailisarif.com (cycling-at-taman-botani-putrajaya)
11. baikbike.com (cycling-tour-package-introduced-in-putrajaya
12. lamanbasikal.blogspot.com (pahang-bike-ride-2012-pelancaran-pakej-cuti-cuti berbasikal)

Wednesday, January 11, 2012

PERTAMA. Prinsip latihan basikal berprestasi tinggi

TEMERLOH. Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursus dengan berbagai instructor dari luar Negara khusus dari Barat ramai yang  mengatakan:-
1.    Seorang pelumba perlu banyak berkayuh, lagi banyak km, lagi kuat kaki seseorang pelumba itu
2.    Pelumba di Asia rata-rata kurang berkayuh dan kurang km pada kaki mereka dan sebab itulah prestasi mereka jauh ketinggalan berbanding  pelumba Eropah.
3.    Pelumba Eropah terutama professional berkayuh sejauh 35,000 km- 45,000km setahun.

Itu (perkara diatas) hanya menyentuh satu perkara sahaja dari segi latihan, sedangkan terlalu banyak perkara yang perlu di ambil kira. Sebenarnya melalui pengalaman dan pembelajaran secara rasmi dan tidak rasmi ,banyak perkara atau pengetahuan yang saya timba dan ingin saya kongsi bersama orang-orang yang ingin mendengarnya atau berminat. Senario di Malaysia ini masalahnya terlalu ramai orang yang berlagak pandai, atau rasa mereka sudah terlalu pandai dengan sekadar mereka mengetahui atau mahir sesuatu perkara sahaja dalam latihan berbasikal, sering mempengaruhi orang ramai (pengikut sukan berbasikal) agar mengikut cara atau teknik mereka.

Keadaaan ini sebenarnya akan merosakkan generasi sukan berbasikal di Malaysia, kerana banyak sangat ajaran atau fahaman songsang, membuat orang ramai terkeliru. Ini juga membantutkan perkembangan sukan berbasikal di Malaysia. Selepas Azizul tak akan dapat lagi pelumba yang setaraf dengannya selepas ini. Senario di Malaysia juga biasanya orang akan terpengaruh kepada perkara-perkara yang popular, contoh seperti iklan produk kesihatan, atau trend tertentu yang menjadi ikutan.

Ini adalah panduan latihan bagi pelumba basikal 
yang digunakan oleh Wak (Aminudin Sulaiman - Jurulatih Lumba Basikal Pahang)
Teks ini ditulis sendiri oleh Aminudin Sulaiman pada 9.8.2009. 

LINKS
1. eprints.utm.my - Perbandingan Intensiti Semasa Latihan Dan Simulasi Ujian Masa Acara 1000m Bagi Pelumba Basikal Peringkat Negeri
2. utusan.com.my - Terengganu paling aktif lahirkan pelumba basikal taraf dunia
3. myworldfromabicycle.blogspot.com (comparing different cycling abilities)
4. livestrong.com (cycling-training)
5. sweatscience.com - Static stretching before cycling makes you less efficient - Time-trials, body weight and allometric scaling in cycling - Static stretching lowers cycling effiency and time-to-exhaustion - Extreme exercise: Tour de France cyclists live longer - Cycling efficiency: strength training is key for masters - Is less really more in warm-ups? - The priming effect: how a hard warm-up can help performance - Cyclists: adjusting saddle height and maintaining bone density -

Tuesday, January 10, 2012

Bandar Mesra Basikal Di Dunia - Boulder

4.Boulder, Colorado, Amerika Syarikat

Banyak program kemasyarakatan yang telah dijalankan bagi membantu menjadikan berbasikal lebih selamat dan menggalakkan penggunaannya. 'Boulder Safe Routes to School' diangap sebagai program perintis berbasikal untuk bandar Boulder. Ada sekolah yang melaporkan bahawa 75 peratus daripada pelajar-pelajar mereka berjalan atau berbasikal ke sekolah - ini adalah peningkatan sebanyak 620 peratus daripada sebelum projek ini dijalankan. Manakala lebih daripada 4,000 orang mengambil bahagian dalam 'Boulder’s Bike to Work Day' program.

Sekurang-kurangnya 95 peratus penempatan ada lorong basikal atau laluan basikal. Mereka baru-baru ini menyiapkan dua laluan 'under passes' utama, dan menawarkan pemetaan basikal dalam talian. Boulder telah membelanjakan purata 15% daripada belanjawan pengangkutan untuk membina dan mengekalkan laluan berbasikalnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.



sumber: blog.boulderbcycle.com.


Boulder juga menjalankan program Perkongsian Basikal (Bike Share) yang dinamakan 'Boulder B-Cycle'. Prinsip B-Cycle adalah Daftar (Sign In), Pilih Basikal (Select), Kayuh Basikal (Ride) dan Pulangkan Basikal (Return). Masyarakat Boulder boleh mendapat basikal di mana-mana 'B-station' dan setelah siap mereka boleh memulangkannya ke 'B-station' yang berhampiran.

sumber:
1. http://www.virgin-vacations.com/11-most-bike-friendly-cities.aspx
2. http://boulder.bcycle.com/
3. http://blog.boulderbcycle.com/

Wednesday, January 4, 2012

Kayuh basikal boleh mengubah kehidupan kita

Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak dan menyimpan tenaga macam mengayuh basikal.

Basikal racing  jenama Mazona Shimano Durace/Ultegra/105 dengan tayar tubless dan padel sarung/sangkar jenama Shimano 600 yang orang dan tak pakai. Menggunakan fork carbon fiber serta guna handel leper. Hub zipp emas dan tayar tubless. Mazona Shimano ini telah dijual.

Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.

Mengayuh basikal mengajar kita supaya mengayuh dengan seimbang antara kaki kanan dan kaki kiri. Tangan juga perlu seimbang antara tangan kiri. Tetapi ada masanya kita akan mengurangkan pegangan tangan salah satu tangan. Kadang-kadang kita mampu mengayuh basikal dengan melepaskan kedua tangan.

Begitu juga dalam kehidupan. Cakap-cakap orang yang baik dan buruk kita harus mampu membuat tindakan yang seimbang. Jika kita condong sebelah pihak sahaja maka kita akan mengayuh dengan sebelah kaki sahaja. Ada juga yang mempunyai 'skill' untuk mengayuh sambil 'lepas tangan'. Jika, kita telah mempunyai bakat dan kemahiran dalam satu-satu keadaan kita mampu membuat keputusan secara 'lepas tangan' juga tetapi haluan hidup tetap lurus. Kita tidak tersungkur. Basikal tidak rosak dan kehidupan kita tidak rosak.

Mengayuh basikal juga perlua ada rentak. Ada masa kita kayuh santai ada masa ketika melintas lampu isyarat kita kena pecut lebih laju. Ada masa kita terpaksa mengayuh selaju-lajunya kerana telah ditinggal jauh oleh kawan atau dkejar anjing gila. Kalau kita tersangkut antara mak lembu dengan anak lembu apa rentak nak pakai. Kita bukan nak buat apa-apa pun katt anak lembu tu, tapi mak lembu yang berada di seberang jalan tak percaya kan kita. Rentak apa nak pakai kalau bukan rentak seribu.

Begitu juga dengan kehidupan. Bukan semua keputusan dan tindakan kita perlu buat segera dan pantas. Ada keputusan perlu betul-betul cepat kalau tidak rugi. Ada pula keputusan kita perlu buat dengan perlahan dan tenang supaya tidak rugi puluh atau ratus ribu.

Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.

Begitu juga kemampuan kita untuk bersaing. Kita tidak boleh terlalu bergantung pada satu-satu orang atau satu-satu cara atau satu-satu tempat. Bila berubah keadaan sekeliling kita, kita boleh ikut berubah.

Perlu diingat, jarak perjalanan serta tempoh kayuhan yang lama akan membuatkan kita letih dan jemu, jadi adalah penting untuk kita memiliki tempo yang boleh dijadikan panduan bagi memastikan kita tidak terlalu ketinggalan daripada pengayuh yang lain.

Dalam kehidupan kita mesti ada rentak juga. Ada hari dam masa kita perlu bergerak dengan pantas sepanjang masa supaya kita tidak ketinggalan. Ada ketika kita perlu perlahankan rentak kita supaya kita tidak meninggalkan kawan-kawan dan kawan-kawan mahu terus berkawan.

Dalam mengayuh kita perlu tetapkan sasaran. Berapa jarak kita nak kayuh. Mampukan kita mangayuh jarak tersebut. Mampukan mental dan fizikal kita menempuh laluan tersebut. Cukupkah bekalan yang kita bawa, ada air dan ada pam dan tiub simpanan. Adakah kita nak pergi mengayuh dan balik naik lori.

Begitu juga hidup kita. Kita perlu tahu apa yang kita hendak dalam hidup kita. Mampukah kita mencapai cita-cita kita. Cukupkan bekalan dan persediaan kewangan dan masa. Macam mana kalau tiba-tiba kita hilang fokus dan minat.

Berbasikal boleh mengubah hidup kita. Kita perlu cari caranya dan sesuaikan dengan diri kita.

Tetapi ada kalangan kita yang telah berbelas malah berpuluh tahun mengayuh tetapi gagal mengubah kehidupan, kenapa? Sama-sama kita mencari jawapan untuk diri kita sendiri. Kuncinya adalah kita perlu bertanya kepada diri kita. Tetapi apakah soalan yang kita perlu tanya pada diri kita? Soalan tersebut, juga kita perlu bertanya kepada diri kita. Peninggggg.

Seperti kata Lence Armstrong “It’s not about the bike”. Ini bukan sekadar cerita basikal tetapi 'It’s about never give up'.

Rujukan:
1. utusan.com.my (Kayuh basikal jadi falsafah kehidupan)
2. one-ummah.net (kayuh-basikal-jadi-falsafah-kehidupanl)
3. flickr.com (hafizshariff) Shimano Mazona Race Bike
4. seasonexplorer.blogspot.com (my-jamis-durango) -belakang tu roadbike mazona ku
5. photobucket.com (mybikestuff) Mazona
6. mudah.my (MAZONA frame roadbike 53cm)
7. kakirunner.blogspot.com (MY_road bike: shimano MAZONA)

Sunday, January 1, 2012

Bandar Mesra Basikal Di Dunia - Copenhagen

3. Copenhagen, Denmark

Copenhagen telah dinamakan oleh Forbes sebagai 'Top Ten Places To Live In Europe'. Copenhagen juga 'ibu' kepada program basikal yang paling berjaya didunia. Hampir semua orang Denmark mempunyai basikal, dan Copenhagen telah dikenali sebagai 'The City of Bikes'. Copenhagen membelanjakan antara $10 juta dan $20 juta setahun untuk penambahan dan penambahbaikan infrastruktur basikal.




Visit Denmark (denmark-pictures.com)


Pada masa ini 32% pekerja basikal untuk pergi bekerja. 50 peratus berpendapat mereka berbasikal untuk ke tempat kerja kerana ia adalah cepat dan mudah. Laluan basikal di bandar ini adalah meluas dan digunakan dengan baik. Laluan basikal sering dipisahkan daripada laluan utama lain-lain kenderaan dan kadang-kadang mempunyai sistem isyarat mereka sendiri. Telah ada satu kejiranan iaitu 'The Totorious Commune Christiania', iaitu bandar yang benar-benar bebas kereta. Di tempat ini, kereta dikenakan bayaran $5 sejam bagi bayaran meletak kereta, keadaan ini menjadikan penggunaan basikal lebih menjimatkan.

Bandar menyediakan basikal awam yang boleh didapati di seluruh kawasan bandar dan boleh digunakan dengan deposit sebanyak 20 Kroner, wang anda akan dikembalikan setelah anda kembali basikal rak basikal.

sumber:
http://www.virgin-vacations.com/11-most-bike-friendly-cities.aspx