Wednesday, November 30, 2011

Berbasikal Ke Gunung Senyum

20110417


Nasi Lemak Gunung Senyum

Kebiasaannya ketika mengayuh basikal kami tak makan nasi lemak. Tetapi Nasi Lemak Gunung Senyum ni nampak menarik menyebabkan hati terpaut untuk mencuba. Sedap mengunung.
02
Sentiasa rasa seronok apabila dapat mengayuh.
01

20110413
Kayuhan Gunung Senyum (10) Badruhisham
Saudara badrul hisham ni dah mengayuh bermula tahun 1992, sekarang ni dah hampir 20 tahun mengayuh. Bermula dengan basikal MTB besi, basikal MTB cromoly dan sampai sekarang basikal MTB aloi. Selama ni dah membeli sebanyak 7 buah basikal. Sekarang bercita-cita nak beli basikal yang terbaik yang mampu di beli, kalau boleh nak beli MTB Cannondale tapi belum cukup berani menghabiskan sampai 3 atau 4 ribu ringgit untuk sebuah basikal.
10
Saudara badrul hisham ini boleh di kategorikan sebagai orang minat mengayuh (bukan minat basikal). Tak jadi masalah bagi beliau mengayuh basikal besi atau basikal aloi murah. Yang penting kayuh. Bagi sesetengah orang yang penting adalah basikal yang mahal sampai ribu-ribu-ribu harganya. Tapi badrul tak kisah. Pasal dia minat mengayuh basikal bukan minat basikal.
09
Kerap kali orang bertanya," lama sangat koi nengok awok ngayuh tapi ngapa tak kurus-kurus". Jawab badrul "kira kurus lan ni. yang penting koi tak bertambah gemuk ... maintain ... pasal koi ngayuh la. kalau koi tak ngayuh dah lama koi bertambah gemok. ni kira kurus la ni". Tapi apapun ... orang kurus ke , orang gemuk ke ... yang penting sihat. Sentiasa bersenam. Ada hobi yang boleh mengeluarkan peluh.
08
Selama ni dah banyak tempat mengayuh. kebanyakannya bersama abang nizam perpustakaan dan cik zainal risda. Tempat yang pernah sampai dengan mengayuh adalah:
1. Gunung Senyum, bermula masa zaman jalan ke gunung senyum masih batu kawi.
2. Rumah rehat Jerantut
3. Bandar Jengka
4. Felda Lurah Bilut
5. Kampung Pandan, Kuantan
6. Rantau Abang, Kuala Terengganu.
7. Bukit Rengit, Lanchang
8. Kampung Perlok Raub.
9. Tasik Bera
07
Kalau orang yang kuat akan berbangga dengan berapa cepat dan pantasnya mereka boleh sampai ke satu-satu tempat. Tapi bagi orang macam badrul, yang penting adalah sampai. Nak kayuh laju-laju tak larat. Kayuh perlahan-lahan sambil melihat kawasan yang dilalui.

Pernah di satu kampung di bentung, kami ditahan oleh orang kampung dan ajak kami panjat pokok buah. Panjatlah. pas tu mereka bagi kami satu guni buah-buah. Terhayung-hayang cik zainal risda mengusung seguni buah-buahan pemberian orang. Sepanjang jalan kerja kami bersedekah buah-buah tersebut kepada orang-orang yang kami temui sepanjang jalan.

Sebenarnya masa muda-muda kami tiap-tiap tahu kayuh ke gunung senyum. Ada satu ketika tu, semasa kayuh ke gunung senyum, tak ingat tahunnya. Kami kena kejar dek lembu. Ada seorang yang nama Pok Din tak sempat nak pecut laju-laju. Dia tinggalkan basikal dan terus panjat pokok.
06
Pada hari Kayuhan Gunung Senyum ni badrul mengayuh bersama abang nizam. Ada kumpulan mengayuh dari kuantan, jerantau dan temerloh. Tapi mereka semua kayuh laju-laju, kami berdua perlahan aja, janji sampai. Pada hari ini kami telah mengayuh sejauh 85km. Kami pergi naik jambatan temerloh dan kami balik naik jambatan kuala krau.
05
Sepanjang perjalanan balik kami sempat melihat kesibukan orang berkempen untuk PRK Kerdau. Terima kasih kepada orang-orang ditepi jalan yang memberikan sokongan kepada kami untuk menamatkan kayuh gunung senyum kami sejauh 85 km.
04
Kebiasaannya badrul akan mengayuh dalam kumpulan yeng kecil. Antara tiga orang hingga lima orang sahaja. Antara sebabnya adalah susah nak cari rakan mengayuh yang mahu mengayuh seiring dalam satu kumpulan. lagi satu, kalau ada yang tak larat, boleh lah kami tompang lori pickup kecil, cukup untuk lima orang. Kami pernah nompang lori batang getah, lori tong gas, lori kontraktor buat jalan dan lori tokey cina cari madu lebah.
03
Pesanan badrul pada orang yang baru nak minat mengayuh:
1. Tentukan adakah anda minat mengayuh atau minat basikal. Kalau minat mengayuh, beli apa-apa je dulu basikal dan terus ngayuh. Cari kumpulan yang suka cerita pasal mengayuh bukan cerita pasal basikal dia yang mahal.
2. Tentukan anda nak kayuh sampai bila. Kalau nak kayuh sampai tua, marilah kayuh dengan kami. basikal tak perlu mahal, tapi minat ngayuh.
02
Apakah kebaikan yang didapati melalui mangayuh basikal?
1. Ada orang yang kuat mental tetapi fizikal tak kuat.
2. Ada orang yang kuat fizikal tetapi mental tak kuat.
3. Ada orang yang kuat mental dan kuat fizikal.
Mengayuh basikal telah menjadikan saya kuat mental dan kuat fizikal.

Apa tu kuat mental dan kuat fizikal?
Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat mental dan tentu mintak kereta iring kat belakang. Bila tak daya boleh naik kereta. Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat fizikal tentu tak sampai balik kerumah.
01
Apa kata isteri jika badrul sibuk mengayuh?
Mak (belum kawin) saya tak kisah. Lagipun aktiviti mengayuh masikal bukan kerja jahat. Mungkin orang kata kerja bahaya. Tapi itu semua tak jadi hal. Saya dah banyak kali jatuh. Patah cermin mata. Pecah topi keleda. Koyak baju dan seluar. Sakit badan jangan nak cerita. Tapi dengan izin Allah SWT semuanya tu menjadikan saya makin cekap mengenali tanda-tanda bahaya. makin tabah. Tapi semua tu mungkin hanya sesuai untuk orang macam saya dan abang nizam aja. Jangan kat mesti sesuai untuk orang lain.

Akhir sekali, kalau nak mengayuh JANGAN MEROKOK.

20110411
Kayuhan Gunung Senyum (9) Berkayuh
Akhirnya inilah masa-masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta semenjak pukul 8.00 pagi, Kayuhan Gunung Senyum ke Homestay Jengka 25. YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DIMP., SMP. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan telah mendahului peserta berbasikal. Berada di depan peserta basikal adalah kumpulan bermotosikal anak-anak Felda.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01
20110409
Kayuhan Gunung Senyum (8) Pasukan basikal Sukma 2012
Program Kayuhan Gunung Senyum turut disertai oleh Pasukan Lumba Basikal Pahang yang akan menyertai Sukma Pahang 2012. Turut memantau pelumba-pelumba pahang ini adalah orang kuat pasukan Encik fauzi dan Encik Wak (Aminuddin Sulaiman).
08
Memerhati
07
Merancang
06
Berfikir
05
Tersenyum
04
Memerhati
03
Memberikan tumpuan
02
Bergembira
01
Bersedia.
Kayuhan gunung Senyum (7) Datuk
inilah dua datuk yang sentiasa bersama orang-orang basikal, YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DIMP., SMP. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan serta Datuk Hanafiah Abdul Mutaib Pengarah Pelancongan Pahang.
06
Turut berada dicelah dua datuk adalah Tok Penghulu Razak.
05
YB. Dato' Haji Shafik Fauzan sedang memberikan kertas cabutan bertuah sambil diperhatikan oleh Datuk Hanafiah dan Tok Penghulu Razak.
04
Sedang melihat papan tanda baru untuk Gunung senyum.
03
Semua orang tertarik kepada papan tanda baru Gunung Senyum.
02
YB. Dato' Haji Shafik Fauzan sentiasa dikelilingi oleh orang basikal.
01
YB. Dato' Haji Shafik Fauzan sedang membetuklan kedudukan basikal pelumba Pahang untuk Sukma Pahang 2011.

20110405
Kayuhan Gunung Senyum (5) Papan Tanda
YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DIMP., SMP. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan telah melancarkan papan tanda info untuk Gunung Senyum. Turut berbaris dihadapan papan tanda adalah Pasukan Lumba Basikal Pahang untuk Sukma Pahang 2012.
05
04
03
02
01
Kayuhan Gunung Senyum (4) Pahang FM
Turut memeriahkan program pada Kayuhan Gunung Senyum ini adalah Pahang FM. Selesai aktiviti menanam pokok ini Datuk Hanafiah Abdul Mutaib telah ditemuramah oleh Pahang FM.
03
Cuba lihat siapa yang bergaya dengan basikal di belakang Datuk Hanafiah Abdul Mutaib.
02
Cuba lihat disini, siapa pula yang terjengok-jengok dibelakang Datuk Hanafiah Abdul Mutaib.
01
Lagi sekali mereka bergaya dibelakang Datuk Hanafiah Abdul Mutaib.
Kayuhan Gunung Senyum (3) Pokok
Turut diadakan sempena Program Kayuhan Gunung Senyum adalah acara menanam pokok.
10
09
08
07
06
05
04
03
02
01

Sunday, November 20, 2011

Mengayuh dalam bandar Kuantan

Mengayuh basikal di bandar terutama bandar Kuantan bukan suatu aktiviti yang mudah dilakukan. Kadang-kadang naik motosikal pun bukan semua orang berani. Apatah lagi mengayuh basikal. Melihatkan kenderaan seperti kereta, lori, van dan motosikal yang bertali arus bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan untuk pengayuh basikal malah ada yang amat ngeri untuk mengayuh seiring dengan pelbagai kenderaan yang bertali arus.

Ibu bapa juga ada yang merasa bimbang jika anak-anak mereka mengayuh di bandar. Tetapi bagi anak-anak fixie pula mengayuh di bandar ada daya tarikan tersendiri. Ada banyak tempat atau bangunan yang menarik. Perkara inilah yang menarik minat anak-anak muda fixie. Dengan menggunakan basikal fixie anak-anak muda boleh mengembara dengan cepat didalam bandar. Jauh lebih cepat jika dibandingan dengan berjalan kaki. Malah, kadang-kadang jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan kereta.

Bagi penduduk negara asing yang datang bekerja di Malaysia sebagai buruh dan pembantu kedai, mereka amat senang menggunakan basikal sebagai kenderaan ke tempat kerja. Jauh lebih senang jika dibandingkan dengan menggunaka motosikal. Mereka tidak perlu memiliki lesen dan tiada belanja duit minyak. Tetapi bagi sesetengah penduduk di Malaysia ini, mungkin belum sampai masanya untuk mengayuh ke tempat kerja.

Tetapi 'City Of San Francisco' merancang untuk meningkatkan penggunaan basikal sebagai kenderaan pengangkutan sebanyak 20% menjelang tahun 2020. Adakah kita hendak menunggu den melihat sebelum memulakan perancangan seperti San Francisco atau mahu menunggu 2020 untuk baru mahu mula bertindak. Adakah kita masih seronok bersesak-sesak dengan kereta masing-masing di jalan-jalan bandar. Jika jawapannya adalah TIDAK, mungkin inilah masanya untuk anda membeli basikal untuk diri sendiri.

Untuk itu, pihak kerajaan mahu menyediakan satu laluan khas untuk berbasikal di bandar Kuantan. Sebagai peringkat permulaan Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dikhaskan pada satu hari sahaja dalam sebulan. Pada hari tersebut penduduk sekitar Kuantan atau sekitar Pahang atau sekitar Malaysia boleh mengayuh pada satu laluan khas dalam bandar Kuantan.

Jika ada keperluan dan sambutan maka Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dijadikan dua hari sebulan. Jika program ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak mungkin Kuantan akan menjadi Bandar Mesra Basikal. Pelancong yang datang ke Kuantan boleh memilih basikal sebagai kenderaan pengangkutan untuk jalan-jalan pusing bandar. Kalau nak diharapkan beca, pengayuhnya dan tak ada, becanya mungkin masih ada lagi. Jadi pilihan lain adalah pelancong kayuh sendiri basikal untuk jalan-jalan pusing bandar. Mungkin pada suatu masa nanti akan ada pula keperluan untuk kayuh basikal tepi sungai atau kayuh basikal tepi pantai.

Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan meliputi Jalan Tanah Puteh, Jalan Mahkota, Jalan Telok Sisik, Jalan Beserah, Jalan Dato' Lim Hoe Lek, Jalan Bukit Ubi, Jalan Penjara dan kembali ke Jalan Tanah Puteh.
Pelancaran Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan diadakan pada:
Tarikh: 23hb. Oktober 2011
Tempat: Padang MPK Hospital
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Semua mereka yang berminat untuk mengayuh atau menyokong boleh berkumpul di Padang MPK Hospital. Beberapa acara turut diadakan di padang tersebut.

Kalau ada yang merasa bimbang tentang keselamatan berbasikal dijalan raya anda boleh membaca Tesis Audi Keselamatan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal di Kampus UITM. Tesis ini diusahakan oleh Ros Airien bt Ibrahim yang telah siap pada 23hb April 2007.

Friday, November 18, 2011

Petua untuk berjaya dalam perniagaan basikal

INGIN BERJAYA DALAM PERNIAGAAN BASIKAL

1. Jangan berbelanja melebihi pendapatan.

Perkara ini sering dilakukan dalam perniagaan. Ada orang kata, satu daripada empat wanita yang memulakan perniagaan akan gagal? Ada juga orang kata, empat daripada lima orang lelaki gagal dalam perniagaan? Alasan biasa: Mereka berbelanja lebih banyak dari yang mereka dapat.

Jumlah wang yang anda terima dipanggil "jualan kasar," atau gross sales. Wang yang anda belanjakan untuk menjaga perniagaan anda akan dipanggil "atas kepala." atau overhead. Overhed ini termasuk sewa, bil telefon dan elektrik. Perbelanjaan yang paling besar adalah kos "inventori" - barang-barang yang ketara yang anda akan jual.

Apa yang tinggal selepas dibelanjakan adalah "keuntungan." Anda boleh berseronok dengan semua keuntungan anda, dan jika anda bernasib baik, perniagaan anda akan terus membuat kira-kira jumlah keuntungan yang sama setiap hari.

Tetapi adalah lebih baik anda melabur semula sebahagian daripada keuntungan anda dalam mengembangkan perniagaan basikal anda. Ambil sedikit sahaja keuntungan anda, kembalikan kepada perniagaan basikal anda.

2. Perniagaan yang sihat adalah perniagaan yang terus meningkat.

Semasa keadaan perniagaan basikal anda meningkat naik adalah amat penting untuk anda bersedia menghadapi kemurungan perniagaan basikal anda. Bersedia untuk menghadapik kejutan seperti pesaing baru, kekurangan bekalan, atau perubahan dalam trend membeli.

3. Ego boleh merosakkan perniagaan basikal anda.

Salah satu daripada sebab utama orang menghabiskan lebih banyak wang yang mereka dapat adalah kerana mereka merasa perlu untuk 'menunjukkan kehebatan kepada masyarakat.' Ini adalah satu situasi yang didorong oleh ego yang sebenarnya boleh dielakkan. Sebagai contoh, kawan anda mempunyai peralatan membaiki basikal yang terbaru dan mahal, sedangkan dia tidak terlibat dalam perniagaan basikal. Anda tidak perlu peralatan tersebut pada masa ini maka anda tidak perlu membelinya.

4. Semenjak dari hari pertama anda harus imbangkan antara perbelanjaan dan keuntungan

Apabila berhadapan dengan beberapa pilihan bagaimana untuk melaburkan wang dalam perniagaan anda, pilihlah pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan. Pertimbangankan dengan teliti setiap sen dan setiap keputusan.

5. Awasi kebocoran wang dalam perbelanjaan overhed.

Sudah pasti, anda perlu menggunakan elektrik, dan mungkin akan mahu mempunyai insurans apabila perniagaan anda berkembang. Tetapi teliti segala kos yang lebih daripada RM25 sebulan dan lihat jika ia boleh dikurangkan atau dihapuskan. Adakah anda benar-benar memerlukan dua talian telefon? Bolehkah anda membeli alat kimpalan anda atau menyewanya? Adakah anda memerlukan langganan akhbar? Tiap-tiap RM25 sebulan yang anda jumatkan akan memberikan anda RM300 setiap tahun untuk dilaburkan semula sebagai inventori. Antara kebocoran yang besar dalam perniagaan basikal mengupah orang. Apa-apa yang boleh anda lakukan sendiri anda sendiri lakukan, jangan bayar kepada orang lain.

6. Dalam perniagaan basikal, hampir semua kos iklan tidak menguntungkan.

Dalam erti kata lain, jika anda membayar RM30 seminggu untuk iklan dikelaskan dalam akhbar, ia adalah sangat tidak mungkin untuk meningkatkan keuntungan anda dengan RM30 sehari. Satu-satunya pengecualian kepada peraturan pengiklanan dalam buku panduan telefon.

7. Gunakan iklan 'mulut ke mulut'

Beri orang suka bercakap tentang sesuatu yang ada disekeliling. Membiarkan orang bercakap adalah cara yang sangat paling berkesan untuk mengembangkan perniagaan basikal anda. Jadi, gunakan sikat, pen, pita pengukur, dan lain-lain yang orang selalu guna sebagai cenderamata yang boleh memaparkan alamat, nombor telefon dan slogan perniagan basikal anda. Beri barang-barang tersebut kepada pelanggan-pelanggan anda, dan tunggu mereka sebarkan reputasi anda. Perbelanjaan pengiklanan begini lebih menguntungkan pelanggan kerana mereka mendapat sesuatu yang mereka akan guna.

8. Dapatkan promosi percuma

Jika anda boleh melakukan sesuatu yang berbeza dalam perniagaan anda orang ramai akan bercakap tentang cara anda, anda akan mendapati maklumbalas yang sangat meluas. Anda boleh menaja kelab basikal ditempat anda tempatan dan berkayuh dengan mereka. Anda boleh melakukan pemeriksaan keselamatan percuma pada petang Ahad. Anda boleh adalah sudut pameran basikal antik di kedai anda. Anda boleh cuba macam-macam idea yang keratif. Anda boleh berikan baju t percuma dengan setiap basikal. Atau sesuatu yang pelanggan tidak terfikirkan untuk mendapatkannya!

Apabila anda melakukan sesuatu yang berbeza, bukan saja orang bercakap tentang anda, tetapi wartawan dan bloger akan tulis mengenai anda di akhbar, majalah dan blog. Mungkin anda dijemput untuk bercakap dalam radio, atau ditemubual di TV. Ini adalah lebih berkesan daripada lain keadah pengiklanan, dan ia percuma.

9. Lebih baik bermula secara kecilan

Bina perniagaan anda dengan keuntungan dari perniagan anda, bukan dari sumber lain seperti pinjaman. Cara ini, jika perniagaan anda gagal berkembang, ia tidak menyakitkan. Anda boleh cuba lagi. Memang  banyak perniagaan baru gagal, anda juga tidak terkecuali. Tetapi anda meningkatkan potensi anda untuk berjaya jika anda bermula dalam keadaan mencuba dua, tiga, atau lebih kali sehingga anda benar-benar berhak untuk menikmati kejayaan sebagai pengusaha kedai basikal.

9. Berpegang kepada apa yang anda tahu.

Perkara yang buruk bagi perniagaan adalah memberikan maklumat teknikal yang tidak betul, atau membuat pembaikan atau penyesuaian yang anda tidak layak atau mampu untuk membuatnya. Fokuskan kepada apa yang anda mahir. Ini akan menyebabkan pelanggan akan sentiasa mencari anda, kerana anda adalah pakarnya, atau dikenali kerana mempunyai inventori dalam satu-satu kerja.

10. Layan pelanggan anda seperti raja

Jika anda melayan pelanggan dengan amat baik, dia tidak mungkin untuk keluar dan memberitahu semua orang betapa baik dan bagusnya anda. Tetapi jika anda melayan pelanggan anda dengan teruk, dia akan memberitahu 40 kawan-kawannya supaya mereka tidak berurus niaga dengan anda. Layan pelanggan anda seperti raja dan kedai basikal anda mungkin mendapat reputasi terbaik!

11. Simpan pelbagai stok tapi sikit-sikit dan banyak jenis

Buat penambahan barangan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Pelanggan akan datang dari masa ke semasa terutama jika mereka tahu anda mungkin mempunyai apa yang mereka perlukan.

Disebabkan anda baru mula berniaga, tambahan barangan sedikit-sedikit, tetapi banyak jenis. Pembelian sikit-sikit barang akan menyebabkan anda membeli dengan harga yang mahal. tetapi yang lebih penting adalah anda mempunyai pelbagai barangan yang pelanggan anda mahu.Walau bagaimanapun, kos tambahan yang kecil dapat diimbangi dengan mempunyai apa yang pelanggan anda mahu sekerap mungkin. Sangat penting untuk anda mendapatkan seberapa banyak pembekal yang anda boleh.

12. Berseronok dengan apa yang anda buat.

Wang akan datang jika kita seronok membuat apa yang kita suka buat. Wang akan lari (kita kena kejar) jika kita melakukan dengan perasaan tidak seronok.

Sumber: www.bikewebsite.com

Wednesday, November 16, 2011

Kayuhan Bandar ke Bandar 26.12.2011


Ramai dikalangan pengayuh basikal di Pahang telah biasa mengayuh dalam satu-satu daerah atau satu-satu bandar. Mungkin ada yang ingin merasa kelainan dalam mengayuh basikal. Maka Tourism Pahang dan Persatuan Berbasikal Negeri Pahang berusaha mengadakan suatu kayuhan antara bandar. Bandar yang dipilih kali ini  adalah Bandar Kuantan dan Bandar Diraja Pekan.

Kebanyakan orang ada yang telah biasa dengan suasa persekitaran semasa melalui jalan Kuantan ke Pekan. Tetapi apabila mengayuh basikal dari Kuantan ke Pekan, kita akan merasai suasana pemandangan yang berbeza. Dalam keadaan kita bergerak dengan basikal, banyak perkara-perkara detail yang kita akan dapat nikmati semasa mengayuh.

Banyak orang salah faham penerapan nilai-nila semasa mengayuh. Disini kita bercerita pasal satu nilai sahaja "Yang penting adalah apa yang kita dapat dan rasa (nikmati) semasa mengayuh. Bukan apabila kita sampai ke tempat kita mengayuh". Untuk mendapat lebih nikmatnya kita perlu melakukan kayuhan perjalanan balik pula. Maksudnya apabila kita sampai ke destinasi kita perlu berihat dan menyimpan tenaga untuk kayuhan balik. Nikmat kayuhan perjalanan balik berbeza dengan nikmat kayuhan perjalanan semasa pergi.

Bagi pengayuh rekreasi, basikal digunakan sebagai alat rekreasi atau alat untuk bersukan atau alat untuk berkomuniti. Basikal bukan digunakan sebagai kenderaan untuk pergi ke satu-satu tempat. Kalau kita ada urusan di Pekan, buat apa kita bersusah payah berbasikal ke Pekan. Bila nak sampai dan bila nak balik semula kerumah?

Apabila kita melakukan kayuhan rekrasi atau kayuhan santai atau kayuhan suka-suka maka kita perlu nikmati kayuhan kita tersebut. Kalau mengayuh berlumba macam orang nak 'terkincit' mencari tandas, tak ada la nikmatnya mengayuh. Kalau mencari nikmat berlumba dapatlah, kalau itulah nikmat yang dicari. Kiasannya adalah antara orang makan kerana lapar atau kebulur dengan orang makan kerana nak menikmati makanan. Penghayatannya tentu berbeza.

Jadi apabila mengayuh antara Kuantan ke Pekan nanti, marilah kita sama-sama nikmati kayuhan dan pemandangan akan dilalui dalam laluan kayuhan. Jangan gopoh-gopoh nak cepat sampai. Memang ada fesyen mengayuhnya kayuh laju-laju dan tinggalkan yang orang 'slow'.

Sumber gambar: atokmtb.blogspot.com

Program: Kayuhan Bandar ke Bandar
Tarikh: 26.12.2011 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Taman Inderapura Kuantan - Waterfront Pekan
Anjuran: Tourism Pahang dan Persatuan Berbasikal Negeri Pahang
Sasaran Penyertaan: 500 orang
Laluan: Taman Inderapura Kuantan - Waterfront Pekan - Taman Inderapura Kuantan

RTB Beserah, Kuantan MTB Ent, Kuantan MTB Centre, Kheng Ho Kuantan, Ah Sun Moto, Speda Malam Kuantan, Fixed Indera Mahkita Kuantan, Fixed Gear Kuantan, Fixed Gear Tanah Putih, Kelab Basikal Penjara Penor, Kelab Basikal Polis Galing, Kelab Basikal Jerantut, Bicycast Jerantut, Kelab MTB UiTM Jengka, Fixed Gear Raub, Bentong Mountain Bike Sport Team, Lipis Cyclocross Mtb
Club,

Untuk maklumat lanjut, klik DISINI.