Tuesday, November 15, 2011

Kayuhan Gunung Senyum 26.11.2011

Kumpulan Semantan MTB yang aktif di Daerah Temerloh akan mengadakan Kayuh Temerloh-Gunung Senyum pada 26hb November 2011 (Sabtu). Ini adalah suatu usaha yang patut disokong kerana Gunung Senyum adalah salah satu destanasi pelancongan yang menarik di Temerloh. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan kepada pengayuh basikal. Penyertaan adalah terhad. Penganjur menggunakan nama Kayuhan Hijau untuk Kayuhan Temerluh-Gunung Senyum pada 26.11.2011 (Sabtu).

Kayuhan Gunung Senyum telah lama diamalkan oleh kumpulan berbasikal di Temerloh. Sejak zaman jalan batu kawi lagi telah ada kumpulan berbasikal mengadakan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum. Pada masa tersebut ada dua pilihan laluan untuk ke Gunung Senyum. Laluan pertama adalah melalui Jambatan Temerloh terus ikut jalan darat ke gunung senyum. Laluan kedua adalah ke Kuala Krau menaiki bot ke seberang dan teruskan kayuhan ke gunung senyum. Pada masa sekarang telah ada laluan ketiga iaitu melalui Kampung Bangau terus ke kampung Sanggang dan ikut laluan sikal menaiki jambatan lebuhraya keluar di kampung bintang dan terus kayuh ke Gunung Senyum.

Penduduk disekitar laluan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum telah biasa dengan kumpulan berbasikal mengayuh basikal dari Temerloh ke Gunung Senyum. Antara kampung sekitar laluan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum adalah Kampung Bintang, Kampung Teluk Ira, Kampung Telok Sentang dan Kampung Batu Sawar.

Pada masa tersebut antara orang yang banyak mengerakkan aktiviti rekreasi berbasikal di Temerloh adalah Tok Penghulu Jazam (Penghulu Mukim Perak), Tuan Syed Rashid (Risda Temerloh), Zainal Abidin Risda Temerloh, Tony Saudagar Hock Chen Soon, Aming Saudagar Hock Chen Soon, Abdul Razak Malek TNB Temerloh/Jengka, Remei Jaafar TNB Temerloh, Baha Majlis Belia Pahang, Saikim Tentera Kem batu Tiga, Meri MPT, Yasir Arafat mini Restoran, Din Planet Kedai Tayar, Hasan Basri Tukang Rumah, Rizal Prewell, Adik beradik tukang besi welding, Iwan pupu Prewell, Zainal Keling dan tidak ketinggalan juga Badrulhisham kantin.

Saudara Badruhisham adalah antara Otai Basikal saki-baki Zaman Tok Penghulu Jazam.

Macam-macam pengalaman kami telah tempoh setelah bertahun-tahun mengadakan Kayuhan Temerloh-Gunung Senyum. Antaranya adalah:
1. Dikejar kumpulan lembu-lembu. Sampai ada yang tak mampu nak pecut buang basikal dan panjat pokok. Nasib baik lembu-lembu tersebut tak henyak basikal yang ditinggalkan dibawah pokok.
2. Kami pernah terpaksa balik menumpang lori batang getah dan lori pickup orang cari madu lebah. Puncanya ada yang curi-curi pergi panjat gunung Synyum setelah sampai ke Gunung Senyum. Bila nak kayuh balik kederat nak kayuh dan tad ada. Terpaksa semua sekali naik lori.
3. Ada juga yang lepas makan nasik terus lemah badan dan tertidur di pangkin. Tarik tolok tetap tak ada kederat nak kayuh basikal. Akhirnya terpaksa sampai malam.
4. Ada suatu ketika mengayuh sambil berpaut pada lori. Akibatnya ada yang tertungit pecah topi dan pecah cermin mata. Kepala tak pecah kerana keras kepala. Bila mak dapat tahu mak cuma geleng kepala sahaja.
5. Satu ketika pula kami melakukan kayuhan santai ke Guning Senyum. Tiba-tiba sampai di gunung senyum ada pertandingin lumba basikal. Ada yang masuk. Tiba-tiba boleh menang. Dapat hadiah hamper yang besar paras pinggang. Pastu termenung memikirkan macam mana nak bawak balik hamper tersebut.
6. Beberapa kali kami mengayuh ke Gunung Senyum dan bermalam di gunung senyum. Ada sekali tu kena marah oleh orang Pejabat Hutan yang bertugas di Gunung Senyum kerana terlewat melaporkan kedatangan. Sengeh ajale bila kena tengking dan marah oleh orang Pejabat Hutan. Malu tak terkira la, tambah pula bila ada budak-budak muda ikut.

Links:
1. lamanpahang.blogspot.com (Kayuhan Gunung Senyum)

Doa masuk dan keluar tandas Sebagai Pendinding Semasa Mengayuh Basikal


Doa Keluar Masuk tandas adalah doa yang boleh dijadikan pendinding semasa kita menjalankan aktiviti berbasikal. Kita tak tau apa yang akan melintas ketika kita mengayuh. Kadang-kadang kita mengayuh di tempat 'keras' kadang kita mengayuh di tempat 'lembut'. Kadang-kadang melintas benda putih dan kadang-kadang melintas benda hitam. Apa-apa pun kita doa pada Allah SWT supaya dijauhi benda-benda tersebut, kalau boleh tak nak terserempak dan tak nak terlintas. Dala pada itu tak rugi kita amalkan doa ini sebagai pendinding bagi memohon perlindungan dari Allah SWT semasa kita mengayuh basikal.

Apabila ditambah dengan niat kita mengayuh basikal adalah untuk sihatkan badan, moga-moga Allah SWT akan makbulkan doa kita. Bila dah sihat kita boleh menjalankan tanggungjawab kita seperti biasa. Nak tunggang kuda kita tak ada kuda, yang ada basikal.

Ingat! jangan lupa, amalkan doa ini semasa masuk dan keluar tandas. Kita membaca "Allaahumma innii a'uudzubika minal khubutsi wal khabaa'itsi." semasa kita memasuki tandas kerana tandas adalah tempat yang kotor. Tempat yang kotor disukai oleh syaitan, kita memohon perlindungan dari godaan syaitan lelaki dan syaitan perempuan yang berada dalam tandas.

Semasa keluar kita membaca "Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba 'annjil adzaa wa'aafaanii.". Doa ini adalah untuk kita memohon ampunan dari Allah SWT kerana segala puji hanya bagi Allah yang telah menghilangkan penyakit kita dan telah menyembuhkan/menyelamatkan kita.

Bacalah doa ini.

(klik pada gambar diatas untuk dapatkan saiz besar dan anda boleh save, print dan tampal)

Doa ini telah dipetik dari: lamanperpustakaan.blogspot.com



Doa masuk dan keluar tandas adalah doa pendinding untuk diri kita. Mengamalkan doa pendinding ini boleh memberikan kebaikan pada jasad dan jiwa kita. Untuk itu marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadikan doa pendinding ini sebagai amalan. Kepada yang ingin mengamalkannya, anda boleh 'save' gambar diatas dan ditampal ditempat yang boleh mengingatkan diri kita, keluarga kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita. Semoga kita semua dapat manafaat dari doa ini dan menjadikan kita insan yang cemerlang dan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT sepanjang masa.

Untuk tahu lebih lanjut tentang kisah yang berkaitan dengan doa masuk dan keluar tandas anda boleh klik pada links pilihan dibawah.

Petikan 1:
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: 'Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan'. [Riwayat al Bukhari dan Muslim] Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina
Sumber: http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/2669-pendinding-daripada-jinsyaitan/

Petikan 2:
Doa Masuk tandas: Ertinya: "Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala kejahatan" (Riwayat Bukhari)


Doa keluar tandas: Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku." (Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)

Sumber: http://www.islam2u.net/index.php?limitstart=267
Petikan 3:
Antara aktiviti yang berfaedah boleh dilakukan di tandas adalah berak, kencing, cuci baju, makan, tido, mengelamun, berangan, mandi, cuci tandas, merokok, bersenam, jogging, menyanyi, baca surat khabar dan sebagainya. Boleh dikatakan tandas itu ada seribu macam kegunaannya. Kalau nak buat majlis pun boleh. Begitu la kehebatan tandas...hehe

Lupa nak tutup kepala. Hal ni aku dah bincang dah dalam entry yang dulu. Memang kita digalakkan untuk tutup kepala bila masuk ke tandas. Kata orang, bila tak tutup kepala. Setan akan berak atas kepala. Lama-kelamaan kita akan jadi bengap...
Sumber: http://justkhairy.blogspot.com/2011/01/perkara-terlupa-bila-masuk-tandas.html

Petikan 4:
Manakala sunnah Rasulullah s.a.w ketika masuk ke tandas mesti melangkah dengan mendahului kaki kiri dan keluar tandas dengan mendahului kaki kanan. Tandas adalah tempat yang kotor berbanding dengan dunia diluar tandas jadi semestinya jangan kita memuliakan tandas tetapi mesti memastikan tandas sentiasa bersih.
Sumber: http://denaihati.com/sunnah-rasulullah-keluar-masuk-masjid-dan-tandas

Petikan 5:
Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:
1. Cara yang haram.
2. Cara yang makruh.
3. Cara yang sunat.
Sumber: http://www.al-kauthar.lot3398.com/bimbingan-fardhu-ain/bab-4-hukum-qada-hajat/4-hukum-qada-hajat.html

Petikan 6:
--17. Do'a Masuk Tandas
Allaahumma innii a'uudzubika minal khubutsi wal khabaa'itsi.
Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari syaitan besar laki-laki dan betina. (HR. Bukhari dan Muslim)
--18. Do'a Keluar Tandas
Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba 'annjil adzaa wa'aafaanii.
Artinya : Ku memohon ampunan-Mu. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penyakitku dan telah menyembuhkan/menyelamatkanku. (HR. Abu Daud)
Sumber: http://www.al-azim.com/~beringin/agama/doa.htm

Petikan 7:
Doa Masuk Tandas: Allahumma inni a'udzu bika minal khubutshi wal khabaa'its.
Ertinya: Ya allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan lelaki dan syaitan perempuan.

Doa Keluar Tandas: Ghufranaka alhamdulillahi ladzi adzhaba' anniil adzaa wa'aafaanii wa abqaa maa yan fa' unii.
Ertinya: Dengan menhharap ampunan-Mu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku. yang telah menyelamatkan aku dan yang telah mensisakan yang bermanfaat bagiku.
Sumber: http://kartunhariini.blogspot.com/2010/01/diari-mukmim-amalan-sepanjang-sehari.html

Pahang Sasar Empat Emas Acara Basikal di Sukma 2012

Oleh Asrol Awang
am@hmetro.com.my
SUMBER: hmetro.com.my


 
Ketua jurulatih Pahang En. Aminuddin Sulaiman

"EMPAT emas menjadi sasaran Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) pada Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang Jun tahun depan, biarpun sedar ujian getir bakal dihadapi 17 pelumbanya.

Pada kejohanan sukan terbesar di negara ini, Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) menyandarkan harapan kepada 17 pelumba, masing-masing 12 lelaki dan lima wanita dalam acara iaitu trek, lebuh raya, basikal bukit dan BMX.

Ketua jurulatih Pahang, Aminuddin Sulaiman berpuas hati dengan komitmen 20 pelumba termasuk atlet kebangsaan dan pelapis yang menjalani latihan intensif.

Menurutnya, beliau bersama pembantunya, Abdul Aziz Aliasak melatih 10 pelumba di Temerloh manakala bakinya terbabit bersama skuad negara termasuk mereka yang beraksi di Sukan Sea Indonesia November depan.

“Tiga pelumba juga diserapkan dalam skuad pelapis negara yang memberikan kelebihan kepada Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) untuk membariskan pelumba terbaik pada
Sukma nanti.

“Semua pelumba berada pada prestasi terbaik terutama dari segi komitmen dan disiplin untuk memburu empat emas bagi memperbaiki pencapaian di
Sukma Melaka tahun lalu."

Itua apa yang Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) harapkan untuk peringkat Sukma. Tetapi kita berharap usaha Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) bukan setakat Sukma sahaja. Kalau boleh kita mahu macam Terengganu, paling aktif lahirkan pelumba basikal taraf dunia. Pahang juga mahu mempunyai anak-anak kelahiran Pahang yang berjaya seperti Azizul Hasni Awang dan Anuar Manan. Bukan kita mahu Persatuan Berbasikal Pahang bersaing dengan Persatuan Berbasikal Negeri Terengganu. Tetapi, kita mahu anak-anak Pahang turut memberikan sumbangan kepada negata Malaysia dengan menghasilkan pelumba bertaraf dunia.

Untuk memastikan kejayaan ini, semua orang yang berminat dengan basikal di Pahang perlu membantu Persatuan Berbasikal Pahang (PBP). Peminat basikal di Pahang tidak boleh biarkan Persatuan Berbasikal Pahang (PBP) berusaha sendirian.

Masalah tetap ada. Tetapi yang lebih penting orang-orang basikal di Pahang perlu Satu Hati. Kita turut jejak langkan Terengganu dengan menghasilkan pelumba basikal bertaraf dunia. Jangan harapkan orang luar Pahang membantu negeri Pahang. Orang Pahang kena bantu orang Pahang.

Semoga sasaran empat emas di Sukma Pahang 2012 akan menji titik permulaan untuk pelumba 'anak-anak Pahang' mengayuh ke pentas dunia yang lebih luas dna lebih mencabar.

Sunday, November 13, 2011

Kayuhan Raub (Pahang) 27 November 2011

Dijemput semua kaki kayuh seluruh malaysia untuk menyertai kayuhan Raub 2011

Tarikh: 27 November 2011 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Majlis Daerah Raub
Jarak: 60km
Laluan: Dataran Raub - Ulu Gali - Kampung Jelu - Bukit Pampong - Dong - Gasing - Cheroh - Dataran Raub


Basikal : semua jenis Basikal
Yuran Pendaftaran: RM40

Tarikh tutup penyertaan 18 November 2011

untuk maklumat lanjut sila hubungi
En Salim:019-9187454
Cik Noor:012-9617872
En Shaiful :013-9662624

untuk mendapatkan borang sila layari : http://raubfunride2011.blogspot.com/ dan http://www.voetpedalecyclingteam.blogspot.com

Kayuhan Raub 2011 dianjurkan oleh Mega Pro Event dengan Kerjasama Persatuan Berbasikal Pahang ,Voetpedale Cycling Team,Polis Daerah Raub Dan Sinar Harian

Borang penyertaan hendaklah difaks berserta salinan resit bank ke no 09-355 0024

Lihat gambar Kayuhan Raub klik DISINI.

Thursday, November 10, 2011

Nak kayuh dengan siapa?

Ada orang yang tiba-tiba timbul minat mengayuh setelah tengok orang lain atau sekumpulan orang mengayuh basikal. Kadang-kadang juga minat timbul secara tiba-tiba setelah diajak oleh kawan atau teringatkan kenangan lama berbasikal. Ada juga yang tiba-tiba mengayuh kerana nak selesaikan masalah kesihatan. Ada cerita 'kononnya' apabila mengayuh boleh menurunkan tahap penyakit kanser. Ada juga 'kononnya' mengayuh boleh memulihkan sakit lutut yang berpunca dari kekurangan minyak grease. Lagi seronok apabila ada yang tiba-tiba mengayuh setelah tak tau nak buat apa, maka diambilnya basikal anak terus dibawa kayuh keliling taman.
13
Bagi mereka ini yang telah melepasi tahap SATU iaitu timbulnya minat mengayuh akan berhadapan dengan tahap DUA iaitu basikal apa nak beli (racing atau mtb atau rac+mtb) dan berapa harga yang sanggup dibayar. Seterusnya mereka akan berhadapan dengan tahap TIGA dengan sapa nak kayuh (kayuh sorang atau kayuh kumpulan kecil atau kayuh kumpulan besar atau kayuh dengan keluarga). Jika mereka telah berjaya mereka akan maju ke tahap EMPAT iaitu nak kayuh ke mana (nak terus kayuh dari rumah atau nak kena punggah dengan kereta ke tempat mula mengayuh) dengan kumpulan yang dipilih.
12
Sekarang kita kembali kepada tajuk, Nak Kayuh Dengan Siapa (tahap tiga). Untuk menjawab soalan 'Nak Kayuh Dengan Siapa' kita kena kembali kepada apa tujuan kita mengayuh. Jika kita telah mengenal pasti tujuan yang benar-benar tersirat dalam hati kita maka senanglah kita membuat keputusan nak kayuh dengan siapa.
11
Orang yang mengayuh basikal racing mempunyai tujuan sebenar yang berbeza dengan orang yang mengayuh basikal mtb. Bagi pengayuh mtb yang menggunakan tayar offroad mempunyai tujuan yang berbeza dengan orang yang mengayuh menggunakan tayar mtb onroad.
10
Orang yang baru nak mula mengayuh basikal boleh mengayuh sorang-sorang dulu. Tak menjadi kejanggalan jika kita mengayuh basikal sorang-sorang kerana berbasikal adalah sukan individu. Tak perlu ada dua orang nak mula mengayuh macam main ping-pong atau badminton atau tenis. Tak perlu ada 6 orang macam takraw atau 22 orang macam bola sepak. Ada basikal boleh terus mengayuh sorang-sorang, tak perlu tunggu ada 2 orang atau 6 orang atau 22 orang. Nanti anda akan berjumpa dengan kumpulan yang sesuai dengan anda.
09
Mengayuh ni macam main main squash, ada reket ada bola dan ada dinding boleh mula. Macam juga menambak dan memanah, ada kelengkapan memanah/menembak dan lapang sasar boleh mula. Berbasikal juga macam kayak individu, ada kayak ada paddel ada tasik/sungai/laut boleh mula.
08
Bezanya berbasikal dengan sukan-sukan tersebut adalah berbasikal boleh bermula terus dari rumah dan tamat setelah kembali semula ke rumah. Ad juga yang gagal kembali, sampai separuh jalan telefon isteri mintak datang ambil dengan kereta.
07
Bila ngayuh sorang-sorang ni ada masanya bosan juga. Teringin nak kayuh berkawan-kawan macam orang lain. Nak cari kawan mengayuh mtb onroad susah sikit. Kalau kita berkawan dengan orang yang kuat kita tak boleh ikut, tak boleh nak kejar. Kalau kita berkawan dengan orang yang tak kuat, kita pula tak berpeluh mengikut belakang kawan yang kayuh perlahan ni.
06
Kita kena cari orang yang sama kuat atau sama tak kuat macam kita. Susah juga nak cari orang yang macam ni.
05
Caranya, kalau kita nak berkawan dengan orang yang kuat kita kena banyak berlatih supa sama kuat macam mereka. Kalau kita nak nak berkawan dengan orang tak kuat macam kita kiat kena dapat timbulkan rasa seronok 'kayuh slow rock' atau 'kayuh sentimental' ni. Kalau kita selalu pecut dan tinggalkan mereka macam mana nak berkawan.
04
Kita kena cari orang yang jiwanya sama dengan kita baru kita boleh mengayuh sama-sama. Individu yang jiwanya gila-gila dan hotfm tentu nak kayuh gila-gila dan hot-hot, tentu tak sesuai kayuh dengan kumpulan yang jiwanya romantis. Mereka yang jiwanya gila akan kayuh 'bersempudai', ( ada yang belah kanan, ada yang jauh kedepan, ada yang jauh kebelakang dan ada yang tak tau dimana).
03
Mereka yang jiwa romantis, jiwa 60an, jiwa klasik, jiwa ikim tentu mahu mengayuh tertib dan berdisplin. Bila kumpulan mereka mengayuh nampak macam pergerakan keretapi atau ular anaconda. Panjang tapi tak terputus-putus. Kita boleh kenal kumpula ini adalah apabila pakaian mengayuh mereka adalah biasa-biasa aja. Cara mereka bercakap dan bergurau adalah lembut dan sopan. Bila berjumpa orang baru mereka akan bersalam dan bertanya khabar.
02
Akhir cerita, teruskan mengayuh walaupun seorang pada peringkat permulaan, satu masa nanti anda akan jumpa orang yang sehati dan sejiwa untuk dijadikan rakan mengayuh.
01
Berbalik kepada gambar basikal yang ada. Basikal ni masih lagi menggunakan rangka Jamis Trail X 3.0. Berbanding Jamis Trail X 3.0 yang sebelum ini, menggunakan rim regeda, hub formula dan lidi bukan aloi. Sekarang Jamis Trail X 3.0 ini telah bertukar kepada rim mevik, hub deore dan lidi aloi. Jamis Trail X 3.0 ini telah dijual kepada orang lain.